Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, October 24, 2009

Lemang periuk kera...

Salam....

Sebut saja pasal lemang, umum mengetahui bahawa pulut yang dimasak di dalam buluh yang beralaskan daun pisang ataupun daun karek, ataupun daun lebak.

Tapi kalau koi cerita pasal lemang periuk kera, rasanya ramai orang tercengang2 memikirkan gone gaya kebendanya.

Tapi itulah realitinya. Makanan asal usul dari kaum asli yang jarang2 dijumpai, apatah lagi diniagakan untuk tujuan komersil.

Lemang periuk kera ni simple aje makanannya. Cuma bahan utamanya ialah periuk kera yang besar dan bulat untuk dijadikan sarung lemang ter. Pulut yang dimasukkan ke dalamnya sama seperti kaedah membuat lemang biasa, cuma cara masaknya ialah dengan kaedah kukus.

Dari segi rasa, tidak jauh beza dengan pulut biasa, tapi kelebihannya adalah ketahanan nya adalah lebih lama daripada lemang biasa.

Untuk memastikan rasa dan baunya lebih harum, periuk kera yang banyak tumbuh di persekitaran Tasek Bera, akan dipilih di kalangan yang dah tua. Sebelum proses mengisi pulut dan santan, periuk kera tersebut akan dicuci sehingga bersih.

Yang istemewanya, selain ringkas dan senang disediakan, lemang ini juga hanya mengambil masa sekitar 30-40 minit sahaja untuk masak.

Mengkalar kita berada di dalam hutan, ada pulak pulut dan santan, jumpa pulak periuk kera ni.....itulah masa yang sesuai untuk memasak makanan yang pasti mengenyangkan....






Sebenarnya, banyak lagi lemang ter, tapi disebabkan pengemarnya ramai......koi hanya dan tangkap satu je contoh untuk bahan bukti....


sekian...

3 comments:

relevan said...

Kesian ket kera kera..tak pasai2 periuk dia orang dibuat macam buluh lemang..

Cikgu Jang .. said...

tu lah pasalnya....habis periuk kera tu...

Anonymous said...

pa2 pun 2 lemang periuk kera memnag sedap ........ yg perbodohkan kera 2..iytu la dia kera asli .kalau x pandai mkan xyah nk ckp2..... benda sedap bhaa 2..jgn terasa ya....sorry