Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, October 30, 2009

Kayu capcai pun laku

Salam...

Nampak sangat kayu2 balak kat Malaysia ni dah semakin berkurangan.

Sebagai bukti, tengok lah sendiri beberapa gambar yang koi ambik kat matau balak sebelah projek koi buat.

Gambar tu koi sengaja ambik sebab bosan nunggu driver jentolak yang berjanji nak jumpa koi pada pukul 2.30 ptg tadi. Alih2 dekat pukul 3 baru sampai orangnya.

Cadangnya koi nak upah mesin jentolak berantai suruh buat jalan kat projek baru koi yang terletak sebelah aje matau tu. Sebab tulah koi pergi situ dan berbincang dengan taukey mesin tu Punyalah payah nak suruh org ni, makakan kita takde mesin gitu. kalau ade taklah tengah hari panas koi pergi sana semata2 nak berbincang pasal harga buat jalan tu.

Bincang punya bincang kos sehari sewa mesin tu RM 1500. Pandai2 le apa kerja nak dibuat selama tempoh sari tu. kalau siap jalan cepat, bolehlah stakking mana2 kawasan yang terlampau semak.

Sambil nunggu driver tu tadi, koi lepak kat matau tu dan tengok kiap tu tengah ngisi kayu balak ke dalam lori. Kayu2 takder yang besar sangatnya, besar2 betis kite pun habis diangkutnya.

Tapi sebenarnya koi suka sangat ada pembalakan di situ, banyak kelebihan yg koi dapat sebab projek koi semua kat situ. Jalan depan projek koi diaorang repair cantik2 sebab lori balak keluar masuk ikut situ, lepas ni sungai kat belakang tu, dia org akan korek bagi besar supaya bila musim hujan tajde lah air melempah masuk projek koi. Di samping itu juga, disebabkan ada kegiatan pembalakan secara langsung binatang liar lari jauh2 dari situ. Lagipun koi nak marahpun buat ape, bukannya kayu2 tu koi yg punya.

Dan yang paling koi suke, boleh koi ambik kesempatan sewa mesin diaorang buat jalan pertanian kat projek koi tu. Kalau tak, susah nak cari mesin ni dan kalau nak juga kena sewa lauder sekali. Siaplah RM 800 pergi balik. Cuma buat masa ni koi tak ada modal banyak. kalau tak, gerenti dengan mesin jengkaut sekali koi sewa suruh gali longkang keliling projek ter.

Walau apa2 pun, esok selepas balik dari ambik PTK, koi kena pegi projek tu memantau mesin tu buat kerja. Harap2 selepas ni mudahlah koi nak jalankan perojek seterusnya tanpa tertangguh lagi. Cadangnya koi nak tanam pokok getah aje. Kongsi dengan abang koi. .........





Dalam hati ko, kalau le koi ada mesin jentolak macam dalam gambar tu, gerenti boleh buat duit punya.....hehehehe

6 comments:

mazru said...

cikgu,koi rase la yak balak yg dia amik tu bekas-bekas peninggalan kontraktor sebelum tokey sekarrng ni dak??

koi tengok macam tengah cuci mangkuk tu,kayu 4 inci ni kira rege lain dah..kala tak silap koi lah...

Ateh Nour said...

Sallam cikgujang, keh rasalah, nih balok-balok yang kecik nih deme nok buat kayu api tok...

Redz da Tsar said...

buat arang jer tue... hantor ke somil Feri...

Aku Anak Pahang said...

Ada org disebut mata kayu...tapi yang ini kawan raya hantu kayu...kawan pun tak pahan dalam enakmen perkayuan pahang juga ada kobor brapa siaz kayu yang wajib, sunat dan haram dipotong. Maka susah laa mekala bender halal berlaka skg ni.

Relevan said...

Betul Cikgu..kala kayu getoh pulak yang ranting jer tinggal..yang nama jackpot tu abis semua diangkut.. ( ada ke kayu nama macam nama satu bentuk perjudian judi ) ?..

saharul said...

Salam rodong...

Koi pun sebenarnya tak tahu langsung kayu tu nak buat ape, tapi kabo dek india drever itik ( kiap) tu, buat plywood je...kalau tak pun boleh buat kayu api...hehehe

Kalau bab enakmen perkayuan, koi rasa dia org ni ikut dan je. Kekadang ter, sempadan yg tak masuk lesen pun habis dibahannya....ialah manusia katakan....