Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, November 11, 2010

Dua perkara mengembirakan koi hari ni...

Salam....

Hari ni 11 November bersamaan dgn 5 Zulhijjah, kome warga sekoloh merase gembira walaupun tak berape teruja.

Yg menjadikan kome bergembire pasei keputusan UPSR yang dikeluarkan hari ni mencatat keputusan yg baik berbanding tahun lepas.

Kalo 2009 dulu, kome dapat hanya 3 org 5A, keknyer tahun ni, peningkatan sebanyak 100% menjadikan sebanyak 6 org.

Berbanding dgn sekolah2 berhampiran, kome antara penyumbang kedua terbanyak selepas sekoloh Tementi yang melahirkan seramai 8 orang.

Sekolah lain yang sama banyak iaitu sekoloh Kumai, juga 6 orang yg mendapat keputusan yg sama.

Bagi sekolah2 felda berhampiran, ade yg hanya mendapat 1, 2 dan 3 orang calon 5A.

Kira2nyer pencapaian tahun ni menyamai 2 tahun dan 4 tahun yang lalu, di mana 2 tahun terdahulu, juga seramai 6 orang calon 5A.

Yg sedikit meralatkan kome, 2 orang calon dah A Bahasa Inggeris tetapi Sains pulak dapat B. Kalo tak, gerenti 8 orang calon 5A sekaligus memecah rekod UPSR sekoloh nih semenjak UPSR diwujudkan.

Andainyer pecah rekod, mboh kome syer sikit sorang beli lembu buat kenduri kesyukuran gamoknyer. Keknye hajat tu tak kesampaian....tapi di hati , kome tetap bersyukur.

Yang kedua mengembirakan koi tetapi tak kepada beberapa org berkenaan, ialah pasei hari nih, kome Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan mengadakan mesyuarat Agung Tahunan untuk memilih jawatankuasa baru untuk tahun 2011 nanti.

Besenyer pemilihan AJK baru pada awei tahun depan. Tapi koi fikir, lebih baik tamatkan awal2. Senang sikit AJK baru nak rancang program. GB pulak setuju bile koi minta buat jamuan akhir tahun terus sekali dgn mesyuarat agung.

Kome AJK tahun nih, gembiralah sebab dah lepas tanggungjawab, manakala jawatankuasa baru pulak terpakse ambil alih untuk menjalankan aktiviti2 kelab pada tahun depan.

Selaku pengerusi, koi terpakse faham akan keadaan betape payohnyer membulatkan muafakat antara ahli. Bior pepatah mengatakan :

" Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".....

Rase koi lebih senang membulatkan air.

Sebabnyer air mudah dibentuk, sifatnyer pulok hanya statik.

Tak kepala manusia nih. Macam2 feel ade. Yang mudah berurusannyer ade, yang ambik tak kisahpun ramei, yang ngikut je pun ade. Yang liat membayor yuran toksoh ceritelah. Yang taknok bayo pun ade.

Dan yang paling nyampohnyer hok ade sifat angkuh lagi sombong. Itu yang menyebabkan semangat nak bekerja kuat jadi terbantut.

Jadinyer, tak heran le kalo koi ngabor yang hari nih, koi gembira. Sebabnyer tahun depan, tak payoh beriye2 dah fikir macamane nak jalankan aktiviti yang dapat memenuhi selera semua orang.

Bior le pengerusi dan orang2nye pulok yang pening kepala pasei tu sedangkan koi boleh ngikut aje apa aktiviti yang dijalankan nanti.......

Sekian....

6 comments:

Aku Anak Pahang said...

Tahnioh buat anak2 hok dapat keputusan yang baik. Hok tak brapa ceroh te usoh mikir sgt ande perikse lain yang bakal aok lalui kelok janji blajor molek.

Abby Salvatore said...

congratz...hepi ntuk suma anak2 didik sebab luus ngan cemerlangnya..
chayo!chayo!

saharul said...

Yg pastinya tahun depan muka2 baru pulak untuk digilap...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
cikgu
budak budak ramai yg cerdik sekarang..tahniah

terokai seni said...

tahniah le cekgu... ble cuti betui-betui le kali ni

Nizam Awang Brahim said...

Tahnioh...Tahnioh kepade yang berjaye ter.Yang tak berjaye ter banyok peluang lagi...Teruskan usaha.