Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, November 7, 2010

Cerita dua orang rodong sekampung..

Salam...

Usin dan Ucop merupakan dua orang sahabat karib yang bodoh-bodoh alang. Apa sahaja aktiviti yang dilakukan atau ke mana sahaja pergi, mereka tak pernah berenggang.


Suatu hari mereka berdua telah pergi melastik burung. Mereka meredah semak dan belukar hinggalah sampai ke sebuah kebun. Mereka masuk ke kebun tersebut dan meneruskan aktiviti melastik burung.


Tiba-tiba mereka terlihat sebatang pokok mangga yang lebat buahnya. Maka mereka berdua pun berpakat untuk mengambil buah mangga tersebut. Usin mencari-cari kayu panjang untuk dibuat galah, tetapi tidak berjumpa.


“Tak payoh jolok, baling jer… ha.. kutip kayu tu, kita baling.. kala kena buoh tu karang, dia gugur la…” kata Ucop.

Maka mereka berdua pun mula membaling buah mangga tersebut bergilir-gilir. Setelah beberapa lama membaling, sebiji buah mangga pun tak dapat mereka perolehi.


“Letih dah aku ni… baling-baling tak kena. Ntoh masok, ntoh tidok! Karang kala jatuh buoh tu.. sekali muda, masang pulok tu.... buat penat jer…” Ucop mula mengadu.



“Ha’ah la…ya tak ya juga.. ntoh masok, ntoh tidok!” Usin membalas.


“Baik awok pegi cek buoh tu. Karang buat penat je kita baling buoh muda..” cadang Ucop.


“Awok tunggu sini kejak, aku pegi cek.. masok ke tidok….” Usin tidak membantah.


Usin pun memanjat pokok mangga tersebut, dan mula memicit satu persatu buah-buah mangga yang dapat dicapainya. Kemudian dia turun semula ke tanah.


“Ucop! Kutip kayu-kayu tu… boleh setat baling. Sema buoh mangga tu dah masok!” kata Usin dengan bangganya.


Sekian....

4 comments:

Aku Anak Pahang said...

Hehehe..ada juga jenis pening lalat gitu yek maru :)

zulkbo said...

SALAM..
Maruuuu..popalih
betikk punya rodong
he he..

terokai seni said...

cerita ni tak abih berikutan usin, sumber tukang crita ter doh cedera parah dibaling dengan kayu

Relevan said...

Bingai sungguh bingai ini..