Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, September 23, 2009

Raya nya kome...

Salam...

Aidilfitri kali ni, macam tahun2 lepas jugaklah sebelum raya buat lemang lebih kurang dan tolong mana yang patut umah mok koi...

Tapi kali ni adik beradik yang balik tak semua, yang ada hanya keluarga koi, Udin, adik koi Manan dan Fatah je. Kakak koi beraya kat Kg Tok Embun, si Mizi beraya kat Kuantan dan Nazeri beraya kat Terengganu.

Selepas sembahyang raya kat surau dekat rumah, macam biasalah, ahli2 jemaah berarak dari rumah ke rumah mengikut ahli jemaah yang ada masa sembahyang tu. Adalah lebih kurang 14 buah rumah kena habiskan pada pagi tu. Tapi kali ni koi bawak semua anak2 koi pergi beraya ikut jemaah tu, bapok le sukanya bebudak tu sebab dapat duit raya ..

Sebelah petang tu kome balik pulak ke kg mak kat Teluk Sentang, jumpa saudara mara. Tidur jugak le semalam kat situ. Dan malam tu kome dikejutkan pulak dengan berita kematian sepupu mak kat Kota Gelangi 1.

Pagi raya kedua, kome pakat semua pergi Kota Gelangi 1 melawat rumah Allahyarham. Kat situ dapatlah jumpa ramai kaum kerabat dan sanak saudara.

Sebelah petang, singgah kat rumah Mak Itam kat Kuala Krau makan tengah hari. Dah hampir pukul 3 petang baru makan nasi gulai masam patin dan gulai lemak ikan tamalian...usoh ceritalah sedapnya popalih..

Dan selepas kekenyangan, barulah balik semua ke umah mak kome kat peringkat 2 Mayam.

Dan pada khamis ni, diadakan pulak kenduri arwah kat umah wan di kg Telok Sentang. Dapat lagilah jumpa saudara mara kat kampung...







































































































5 comments:

Relevan said...

Salam cikgu Hj Jang..
Line aok ni dekat jer dgn tempat kwn..Telok sentang,Tok embun dan Kuala Krau..

endiem said...

lemang tu sikit amat.. tak cukup, buatlah 4, 5 gantang..

azinang said...

Salam CikGu Hj.Jang,

Pada pagi Isnin tu ( hari raya kedua) koi ada melawat kermh simati tu (Said) koi sampai kerumahnya pukul 8.30 pagi.
Aok tak sampai lagi agoknya masa tu, sebabnya masa tu koi nampak org tempatan je....lepas tu koi kermh org buat kekah dan bertunang di blok 14, juga di gelanggi 1.

saharul said...

Salam abg relevan....kome menang asei sana pun. Ayoh koi org kg loyang, mok koi cucu kpd Hj othman kg teluk sentang nun...

bale awok endiem, bahannya 5 gantang buat lemang popaleh, jenuh kucing, ayam, itik kat rumah koi melantoknya, sebab takde sape nok ngabihkannya...

Salam azinang....awok org sane yek...memang kena pegi melawat . Ialahkan adat hidup bermasyarakat..

intan mayam said...

Salam,cikgu jang apa kabor,koi kak intan anok pakcik aziz ingat dok....ah payoh sangat koi ni kakok pian....gone orang mayam sekarang.awok nampok mak ayoh koi??sihat ke??payoh ngat nak balik kampong.tunggu cuti jelah.awok ade jumpe kok na?lama hant tok jumpe dia.kirim salam jela.....ape pon raye aji nanti datang la ke umoh...