Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, September 2, 2009

Promosi berbuka kat Impian Morib

Salam....

Kalau rasa anda :

1. banyak duit
2. malas masak
3. nakkan kelainan
4. nak tengok makanan yang macam2 jenis
5. nak rasa macam orang banyak duit
6. nak bagi isteri dan anak teruja
7. suka membazir
8. nak layanan istemewa
9. kuat makan
10. dah jemu ngan masakan isteri
11. dah jemu beli makanan kat bazar ramadhan

Bufet berbuka puasa di sini, murah bagi yang banyak duit dan membazir bagi yang sengkek.

Anda cuma membayar:

Dewasa RM 32.oo aje / sorang
Kanak2 RM 24.00 aje /sorang

Anda boleh makan selarat yang anda boleh telan sehingga pukul 9.00 malam.
Anda tidak dibenarkan membawa balik makanan kecuali kalau anda seorang profesional menyeludup makanan dibawa keluar.

Terbuka kepada sesiapa sahaja.....

4 comments:

Maiyah said...

salam cikgu.. masak makan kat umah lagi best hehe.. dpt makan petai

saharul said...

betul tu Maiyah...koi sokong 100%. paling best kalau ade jering semai lagi la....

Relevan said...

Apa yg paling utama cikgu..kena banyak duit..he2

endiem said...

kalau bini ada 4, anak ada 16 berapa yek?