Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, March 14, 2010

Stresnye seorang cikgu.......

Salam....



Petang tadi ade sorang Hamba Allah beritahu yg cikgu2 ni seronok dapat bercuti seminggu. Pas tu pulak dikabonya yg cikgu ni keje pagi je, petang boleh pegi kebun, pegi bandar, pegi cari ikan
( kabo kat koi le tu).

Pas tu pulak gaji cikgu tinggi2 belake. Baru keje sebulan dua dah beli kete baru.

Koi diam aje sebab apa yg dikabonye tu betoi belake. Cume secara realitinya, keje cikgu ni bukankan spt kat jabatan lain yang bile habis keje je, takde fikir bende lain dah. Mase keje, keje dan mase rehat, rehat betoi2.

Yg cikgu ni, waktu cuti sekolah kalau setakat pertengahan penggal ni, ade yg kene bertugas ngajar kelas tambahan.

Dan lepas cuti ni nanti......tengok le. Mesti banyak keje yg sedang menunggu.......


Sekian.....

Saturday, March 13, 2010

Pesanan cikgu semase menjawab peksa...

Salam....

Buat calon SPM yang kantoi baru2 ni.......sebab kenapa ????? .....


Itulah sebabnya result bebudak ni payah nak strong kalau tak mementingkan pelajaran...sebabnya..kan cikgu dah pesan dah...

Sekian...

Friday, March 12, 2010

Alhamdulillah .....hujan jugak sebentar tadi..

Salam....

Pada hari semalam, cuaca menampakkan sedikit perubahan dari musim kemarau ke riak2 nak hujan.

Sebabnya dalam pukul 2 lebih petang semalam, hujan sudah turun walaupun tak beberapa lebat namun cukup mencuci ruang angkasa yang dipenuhi debu2 halus.

Pagi tadi pula cuaca mengizinkan warga sekolah mengadakan perarakan Sambutan Maulidur Rasul dengan jayanya tidak seperti tahun lepas yang setiap warga sekolah basah kuyup ditimpa hujan.

Dan sebentar tadi sewaktu koi dan anak sulung berjemaah di masjid, tiba2 aje hujan turun dengan lebat dalam masa lebih kurang 10 minit.

Nampak gayanya di ruang angkasa, langit masih lagi gelap tanpa bintang dan kemungkinan besar hujan akan turun lagi.

Kehadiran hujan membasahi bumi amat ditunggu2 apatah lagi penanam sawit kecil-kecilan macam koi ni yang masih belum hilang pening kepala memikirkan betapa kian sehari ke sehari anak sawit menunjukkan kelayuan yang amat ketara kerana kurangnya bekalan air.

Dan sempena cuti sekolah seminggu ni memberi peluang kepada koi membereskan kerja2 di kebun sawit yang buat masa ini jarang2 koi kunjungi disebabkan kesibukan aktiviti mencari ikan dan persekolahan.

Walau apa2pun pengeluaran kali kedua sawit koi telah selamat dijalankan walaupun hanya 301 kg tetapi berpadanlah dengan umurnya yang akan menjangkau 3 tahun pada bulan 7 nanti.

Akhirnya...buat murid2 dan guru2.............selamat bercuti. Dan jangan lupa bawa keluarga bercuti agar kepala yang berserabut dengan tugas2 guru yang semakin hari semakin melambak dapat dikurangkan kerana pertambahan tugas dijangka akan berlaku selepas cuti ini nanti...

Jadi, kalau rasa kepala berserabut masa ni.....moh tengok video lawak kat bawah ni...


Sekian....

Thursday, March 11, 2010

Koi ngikut je...

Salam...

Kat sekolah tadi, ade rodong ngajak koi pegi mencari ikan sebelah petang . Koi ngikut je sebab dengor rodong yg pegi baru2 ni dapat hampir penuh 4 tong putih dengan hanya pegi dalam lebih kurang 3-4 jam aje.

Lagi satu kebetulan pulak esok ade majlis sambutan Maulidur Rasul dan ade orang sponsor makan tengah hari.

Jadi, pakat2 tadi, kome sedekoh sedikit ikan yang kome dapat tadi buat lauk tambahan makan tengah hari untuk esok.

Kebetulan air sungai dah banyak putus2 nya. Kira2nya sape cepat die lah yg dapat....sebabnya serata org mencari ikan semasa musim kemarau ni....

Yang kome ni pegipun hok tempat yang orang dah cari....tapi masih lagi banyak dapatnya. Maklum le pegipun tak lama lebih kurang 3 jam aje...

Itupun dah memadai........

Sekian....

Wednesday, March 10, 2010

Hisap rokok bile nak mati jadi panas...

Salam.....

Sewaktu Pak Meon sedang sedap ngisap rokok gulung , tetibe je datang Pak Itam kabo kat Pak Meon yang orang isap rokok ni bile nok mati jadi panas.

Apa lagi, maroh le Pak Meon dikabonye gitu. Maklum le perokok tegarlah katekan....

Yang Pak Itam ni pulok taknok ngaloh....kabonye lagi memang betoi org yang isap rokok ni bile nak mati jadi panas.

Pak Meon ni pulak jenis panas baran orangnye. Dikabonye kepada Pak Itam supaye cakap baik2 sikit. Karang tak pasei2 kene baling dek kerusi.

Pak Itam ni jenis suke bergurau......"la....kalo awok tak caye......awok hisap le sampai habis.....nanti api tu dah sampai pangkal kat jari yg awok pegang tu...memang panas rasenye"...
Kate dek pak Itam sambil ketawa berdekah2 mengenakan Pak Meon...

Terkebil2 mate Pak Meon dikenakan dek Pak Itam tu.....

Hehehehee..

Moral : Jangan cepat maroh ke org hok suke bergurau ni.....

Tuesday, March 9, 2010

Marilah kite sebor2kan yak...

Salam....

Tadi koi bukak emel dan dalam satu emel tu ade menceritakan pasei 3 surah penting kite mesti pegang betul2.

Selain tu diceritekan jugak pasei 3 kekuatan org islam patut kite pegang pade zaman kucar kacir ni..

Elok lah kite bace untuk menambah ilmu pengetahuan.....dan kalo berkesempatan, moh la kite sebor2kan semoga kite juga dapat pahala.....


Assalamualaikum
Sekadar menyampaikan. ......

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!

Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.
Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.

Wassalam .

Monday, March 8, 2010

sebab tulah gunenye pakai helmet...

Salam.....

Topi keledar tu penting untuk keselamatan. Kebanyakan penunggang motor yg mati mungkin disebabkan kecuaian mengikat helmet dgn betul.

Selain tu, kalau nak pakai helmet, pilihlah yg ada cop sirim....supaya selamat.....

Kalau nak tengok tahan ke tahan kepala kita apabila guna helmat....tontonlah kempen pendek kat bawah ni....


Kan koi dah cakap..............


Wassalam....

lagi lawak bodo....

Salam...

Semalam pasei iklan coklat yg membuatkan seseorang tu gagah....ni pulak dua lagi iklan bodo yg membuatkan kite tergelak menengoknye...



Agak2nye mboh org pompun kat negara kite cam kat Thailand nun buat gitu kalau dah hamun tengok org lelaki tak betul gitu ?

hehehehhe.....

Sunday, March 7, 2010

Nak tenaga kuat ???

Salam....

Org katalah, nak ke tenaga kuat makan le makjum ke, jamu ke, ubat ke....atau apa2 jelah yg boleh menguatkan badan kita.

Tapi kalau tengok pada iklan ni.....tak payah beriye2 beli ubat mahal2....padan dengan makan coklat je dah membuatkan tenaga kita sekuat gajah...

Kenapa ? tak percaya ?........................



Begitulah salah satu iklan pedooh yang dicipta pada tahun penghujung tahun 90 an.....

Saturday, March 6, 2010

Time kasih le tolong promosi blog koi nih...

Salam....

Koi sedikit teruje jugak bila blog koi dipromosikan dalam blog Anak Pahang Blogger yg baru dicipta rase koi dalam awei2 tahun 2010 nih..

Time kasih bebanyok la buat admin yg menubuhkan blog tu yang koi tengok berperanan menghimpunkan ramai blogger Pahang ni buat tatapan umum.

Buat rodong2 blogger yg lain kalo ade mase moh la weh kite memeriohkan blog tu yak...

Sekurang2nye, blog yg kita buat ni, dapat disebarkan dengan lebih meluas lagi....

Bagus sebenornye blog tu....sekurang2nya kite dpt mengenali rodong blogger hok ade di Pahang nih...

Wassalam...

Friday, March 5, 2010

Selesai satu program....

Salam...

Petang tadi habis doh program mesyuarat agong PIBG dan majlis pelancaran program belajarlah sayang kat sekolah Purun ni..

Ini bermakna salah satu antara tugas yg perlu koi selesaikan, sudah bereh dan koi bersyukur sebab perjalanan majlis ni tadi berjalan lancar..

Sebenornya tugas koi dah selesai awei2 lagi dah, sebab koi ditugaskan buat banner dan banting aje.

Cume, petang ni tadi koi ambik video jelah sebagai koleksi sekolah dan sebagai persiapan isi tayangan video semasa majlis penyampaian hadiah ujung tahun nanti.

Memang setiap aktiviti sekolah, tak perlu diarah akan koi tangkap video supaya handycam yang koi beli tu dulu digunekan sebaik2nye..

Mesyuarat tadi macam tahun2 lepas jugak, tak ade yg barunye....YDP masih org lama, cume AJK aje beberapa muke baru di kalangan penjaga.

Mintak2 pentadbir janganlah pilih koi lagi jadi AJK utk tahun ni sebab koi rase lama sgt dah berkhidmat dalam PIBG ni....elok le dibagi pulak kat cikgu2 baru yg ade kat sekolah ni supaye dapat menimba pengalaman...

Ni rodong koi cikgu Che Mat Asri sokmo ditugaskan membace doa....maklum le sekolah koi ni takde ustaz, jadi die sokmolah yang kene baca sebab kerektornya macam seorang ustaz walaupun sebenarnya bukan.

GB koi kalau berucap......muke memang serius sokmo....

Pastu memang kena guna LCD. Sebab itulah awei2 tahun dulu koi dah pindahkan LCD di kelas yg tak digunakan ke dewan supaye senang kome nak gune apabile ade program kat dewan.

Cadangnya memang nak jemput PPD Bera sebagai perasmi. Tapi dihantar je wakil En. Ismail Ramli ( Ketua Unit HEM PPD) ......itupun lebih baik pade langsung takde wakil...

Sambutan penjaga memang memberangsangkan di kalangan kaum hawe...sampai sontok ke belakang dinding..

Tapi di sebelah kaum adam.......ginilah sokmo2 nye.....jarang sgt dewan nih penuh dengan penjaga lelaki.....gamok koi tidur kat umah kot sebab cuaca panas dan mate mudoh ngantuk...

Antara staff dan cikgu sekolah koi yg masih anak dare lagi .....( yg tengah tu kawin doh)

Punya banyak hamper utk cabutan bertuah, satu pun tak singgoh ke name koi. Ngapelah koi ni jarang sgt bertuohnye.... Tapi dapat jugalah cenderehati dlm jabir tupun walaupun tuale kecik aje....

Pihak PIBG tak lupe jugak memberi cenderahati kat wakil pelajar hok dapat 5A tahun lepas.

Banting sebagai gimik perasmian program belajarlah sayang yang sudoh ditarik dek perasmi tadi....

Lepas je majlis ucap berucap dan bagi2 cenderahati, mesyuaratpun dimulakan.....

Make hampir2 dah dekat pukul 6 tadi, selesai sudoh semuanye.....dan berduyun2lah kome semua ke kantin sekolah menikmati jamuan mee hon goreng.....

Gitulah adenye......sekian...

Thursday, March 4, 2010

Musim permainan dah bermula...

Salam...

Petang semalam, ngacu jugak la main bola sesama budak2 sekolah ni sempena melatih pemain sebagai persiapan nak pegi berlawan pada bulan 4 nanti antara sekolah.

Lame sangat dah koi tak main bolanya. Kasut bola yg koi beli jaman belum kawin dulu sampai reput tapaknya disebabkan lama tak gune. Kena ganti tapak baru pulak baru boleh gune.

Nak main dengan remaja kat Purun ni di padang awam, badan dah tak rhot. Ialah dah tua. Jadi dapat main ngan bebudakpun dah kira ok. Sambil2 melepaskan gian dan mengeluarkan peluh.

Koi sebenornya salah sorang jurulatih bola ni kat sekolah. Nak taknak, petang2 kena turun jugaklah membantu. Maklum la, cikgu2 lelaki tak ramai....jadi sebagai menunaikan tanggungjawab yg diberi elok lah bersama2 jurulatih lain turun padang melatih budak2.

Kome start latih baru 2,3 hari....masih kelam kabut dengan bebudak ni sebab ramai sgt yang berminat nak mainnya. Ingat minggu depan kome dah start pilih lebih kurang 22 orang dulu sebelum pemain sebenar seramai 16 orang yang akan dipilih mewakili sekolah ke pertandingan peringkat zon Bera nanti.

Tahun lepas, kome kalah dalam pusingan kedua. Tahun ni, kome dah mula awal berlatih....paling tidakpun dpt masuk akhir. Sekurang2nya kome dapat menyaingi pasukan hoki lelaki yg dah jadi johan.

Tapi, nak ke ceritekan pasal budak2 ni...popalih......walaupun masih bebudak, tapi kederat deme banyak.......takleh lalu mengelit sikit, pantang pegang bola lama sikit, bertalu2 datang kaki bebudak ni kat kita. Silap2 berbirat kat tulang kering dilanggarnya..

Jadinya sesekali main dgn bebudak sekolah rendah ni, dikira baik sgt dah tu. Sesekali boleh jugak tunjuk skill lama menggelecek sambil turunkan ilmu...

Gitulah sokmo..........masuk je antara bulan 2-4, takde musim lainlah.....kebanyakan sekolah akan turun padanglah melatih, tak kiralah permainan apa tetapi yang akan dipertandingkan....

Tapi apabile lama tak main, dpt sepak bola sekali, jadi seronok pulak dah...... Sebab itulah koi dah jarang2 pegi ke kebun sebelah petang sebab ada perkara yg lebih seronok lagi....




Sekian...

Wednesday, March 3, 2010

Taklimat Program Belajar Sayang kat bebudak....

Salam...

Program tu ditaklimatkan kat koi pade 8 Feb dulu. Lepas tu koi bawak pulak dalam mesyuarat AJK PIBG pada 11 Feb untuk koi dapatkan bajet mencetak kertas dan lain2 kos berkaitan dg program te.

Dalam mesyuarat tu jugak koi sarankan agar diadakan majlis pelancaran program tu sempena dgn kehadiran penjaga dalam mesyuarat Agong PIBG tu nanti..

Minggu berikutnya koi taklimatkan pulak kepada Guru Besar sebagai prosedur biasa guru dengan pihak pentadbir.

Lepas tu hari semalam pulak kebetulan ade mesyuarat guru, guru besar dengan sendiri taklimatkan secara ringkas program tu kepada guru2.

Dan pade hari ni, selepas rehat koi pulak taklimatkan kepada semua murid Tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6 yang lebih kurang seramai 150 orang.

Koi jugak siap tulis kat papan kenyataan yang meminta mana2 guru yang terlibat dengan P&P di kelas tersebut pada waktu tu, dapat berada di dewan membantu.

Tadi semase taklimat tu hanya ade lebih kurang 4 orang guru aje membantu. Sepatutnya ade 8 orang guru di situ kalo diikutkan mengajar 8 buah kelas Tahap 2...... Yang 4 orang lagi wallahualam, tak tahu kone peginye....

Mungkin yg 4 orang lagi tu gamoknya sibuk sgt kot sebab itulah nak jengok ke dewan pun takdan. Maklum le program yang bukan dipertanggungjawabkan kepada mereka......tak kisah pun takpe, lebih baik buat keje lain atau duduk berborak.......( maaf la ye, sikit terkasar )....

Nasib baik le yang 4 orang lagi tu dapat membantu koi tadi...lega jugak rasenya...dan koi amat berterima kasih kerana 4 orang tu memberi kerjasama yang koi kira amat baik...

Ni gambo koi tengah beri taklimat tu tadi....hehehe

2 orang cikgu yg baru berkhidmat disekolah ni membantu mengedarkan kertas....tahniah kepada mereka berdua. Insyaalah, nanti kalo dua org ni mintak pertolongan koi, dengan hati yang senang koi akan bantu mereka pulak.....

Setiap pelajar dibekalkan modul tersebut sebagai panduan untuk belajar dengan lebih sistematik....

Hari Jumaat ni pulak majlis pelancaran program tu akan diadakan dan disekalikan dengan taklimat kepada penjaga yang berkaitan.

Dan harap2 penjaga mendapat penerangan yang jelas bagaimana program ni dilaksanakan dan mudah2an program ni nanti dapat membantu sekolah ni ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang. Insyaalah.....

Sekian..


Tuesday, March 2, 2010

Apabila kelesuan melanda...

Salam...

Bale...... hari ni, toh ngapenye badan koi rase tok rhot sungguh .

Nok ke nyampai ke tengah hari tadi...bapok le lesunye. Lepas tu sambung pulak dgn mesyuarat guru sampai pukul 5.30 ptg..

Nok naik tangga ke tingkat 3 balik rumah, berjalanpun rase hogei ...

Nok katekan keje banyok, dok juge, cume tadi ade le lebih kurang 2 jam lebih je ngadap komputer nak siapkan banner sempena nak sambut Maulidur Rasul minggu depan.

Koi tanye rodong2, ade ke rase lesu macam yg koi alami ni...rupe2nye.....bukan koi sorang je lesunya. Semua ngadu letih, lesu dan kohot semua badan...

Kalo setakat badan je letih takpe, tapi hok kepala pun serabut dgn keje sediakala, tu yg kekadang tu tengah jalan ditiup angin pun mboh tumbang... saannye...

Rase koi cuace semasa ni yang menjadikan kelesuan tu bertambah kot....gamoknye kurang minum air masak dan banyak sgt memerah otak berfikir yg menyebabkan jadinye gitu...

Tapi gonekan....bior le letih ke , lesu ke....keje tetap keje. Habis keje kite buat bende lain......kot mane pun hidup kene teruskan juga............

Yg penting, malam nanti...koi nak tido puas2.......

Sekian....

Monday, March 1, 2010

Dengo cerite dulu2 pontianak kuat nyakat kat situ...


Salam....

Berbalik pade kisoh kome cari ikan kat tepi sungei serting baru2 ni, banyak le cerita yg pelik2 tapi menarik pasal pengalaman rodong2 yg kerap lepak situ mencari ikan.

Antara kisoh yg menyeramkan tapi sikit melucukan pasal seekor pontianak yg kuat amat menyakat rodong koi yg kerap pegi situ.

Rodong koi ni memang terre orgnye. Koi memang percaye die berani, sebab kalo die terase nak nahan jaring, memang die pegi dan kadang2 tu pegi berdue je dgn bini die bermalam kat situ.

Kabo dek die, dulu ade sebatang pokok ara besor kat situ. Pokok tu lah tempat si pontianak ni lepak2 sambil nyakat sape2 yg duduk kat pondok spt dlm gambor yg ade dlm posting semalam tu.

Cara die nyakat, bukan setakat mengilai aje, kekadang tu, disurainya kayu api yg dibuat unggun api tu.

Kalo setakat ngilai je, tak takut lalu kate dek rodong nih, tapi hok yg suke menyuraikan kayu api tu menyebabkan rodong koi panas hati.

Jadi, adelah sorang peneroka seblok dgn mak koi kat (F) Mayam tu, nama glamornya Awang Kubur sebab rumah die betoi2 depan kubur yang telah membina pondok tu dulu. Pakcik Awang ni memang selalulah pegi situ nahan jaring dan kadang2 pegi sorang die je....

Disebabkan tak tahan kena sakat sokmo, pakcik ni tadi setiap kali pegi situ mesti die bawok tayar kete hok tak gune tu untuk buat bahan pembakar pokok ara tu tadi.

Lama kelamaan dah acap kali kene bakor, mati jugaklah pokok tu tadi dan si pontianak tu kemudiannya dah berhenti nyakat . Gamok koi mungkin pindah tempat lain kot sebab pokok tempat die lepak tu dah terbakar...

Satu lagi kate dek rodong koi ni, pade mase lepas raye dulu, pontianak ni asyik ngilai je dan siap memanggil lagi rodong koi tu pegi kat die...kebetulan pulak rodong koi ni ade bawak mercun roket dan mercun kelawar...

Apa lagi ditalanye ke pontianak tu dengan mercun2 tu tadi....apa nak kabo....takut sgt rupanya hantu ni kat mercun tu..mungkin disebabkan ade cahaya, bunyi kuat dan bau belerang gamoknye...tu yg takut sgtnye...

Lepas tu, 3 bulan hantu tu berhenti nyakat.....mungkin fobia kot bile ditembak dgn mercun roket tu tadi...

Tu antara pengalaman rodong2 yang menjadikan tempat mencari rezeki tu disakat pontianak...tapi puak2 ni bile dah hamun, disakatnye pulak hantu tu....lama kelaman sehingga kini takde dah hantu tu kat situ...

Satu lagi, pasal hantu air...mboh jugak nyakat kat situ, tapi spesis lagi bahaya...

Cara die, org timba air dlm perahu, bahannya ditambah lagi air...mana nak surut air dlm perahu tu...

Penah dulu, dikaburkan penglihatan rodong ni mase naik perahu hari malam. Pusing2 berbalik semula ke tempat tu, kayuh lagi, tak sampai2 ke tebing tempat berada kat pondok tu tadi...

Lama kelamaan, rodong nih tadi, berhenti je kat tebing sungei dan panjat pokok...sampai ke pagi jelah rodong ni tadi tidur atas pokok tu.....

Itu antara ceritenyelah....betoi ke tak, entoh le..tapi ke tengok gayenye rodong tu bercerite...popalih.......memang ngeri mendengornye...

Tapi ........koi memang percaya cerite tu benor sebab rodong2 yang biase dgn die tu mengaborkan memang die jenis berani....

Sekian....