Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, September 6, 2010

Patut ke hanya dengan meminta maaf aje????

Salam....

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI). Iklan yang disiarkan sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.


Elok jugalah diharamkan agar orang islam lebih membuka mata dengan kejahatan pihak2 lain yang sewenang2nya cuba merosakkan akidah umat islam di sini.

Dan diharap lepas ini banyak lagi perkara mungkar yang bertentangan dengan nilai2 islam dilupuskan serta merta.

Cuma koi berfikir...............patutkah hanya dengan meminta maaf je....

8 comments:

terokai seni said...

bila orang islam hok buat tu pon jahil menda sensitif gini, bingai sungguh la

Relevan said...

Patut sangat kena minta maaf..

Aku Anak Pahang said...

Kalau org melayu itu sendiri tak tahu baik buruknya sesuatu itu maka punah la berlake..

Anonymous said...

dh ketandusan idea kut

Anonymous said...

salam cikgu, selamat hari raya maaf zahir n batin.

piewahid said...

yg koi pening mikirkan kenapalah panel penilai deme tu boleh lepaskan iklan tu? paster sape lah punya idea dlm syarikat iklan tu, kafir laknat agoknya?

************************************************
1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.

5. Berhati-hati di jalanraya.

mazru said...

salam lebaran di hari mulia..

koi pun x puas ati iklan tu weh..mmg x sesuai lalu..

mohon maaf andai ander terlanjur kate selama berodong di alam maya ni..

hati2 memandu cikgu..

endiem said...

selamat hari raya, maaf zahir batin.