Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, September 22, 2010

'Aduan Rakyat'..dah habis ...kena tukar rancangan lain...

Salam...

Errrk...malam ni habis dah episod Aduan Rakyat yg disiarankan setiap malam rabu jam 9.00 malam.

Selama tersiarnya aduan rakyat ni, banyak jugaklah masalah rakyat dapat diselesaikan dan dengan aduan rakyat jugaklah, ramai agensi kerajaan atau bukan kerajaan tak duduk senang apababila orang ramai menyiarkan kesulitan di tempat mereka.

Sekurang2nya dengan adanya segmen ni, sekurangnya YB2 kat kawasan mereka lebih cakne dengan kesulitan penduduk.

Dengan adanya rancangan inilah Felda kome keluar TV. Keknya masalah yang melanda tak selesai2 jugak.

Sambil2 tu Moh tengok......


Entahlah......gamoknya TV 3 kena siarkan rancangan " Rakyat dah hamun " atau " Rancangan Mari tukar YB" kot baru masalah air di sini dapat diselesaikan...

Apa yang koi cakap tu berasas sebenarnya....buktinya...., moh pegi sini ....bukak paip air.... pastu tanyalah penduduk kat sini......pasti ramai yang dah bosan dengan masalah ni yg tak penah selesai...

Masa raya dulupun, tak senalo ada air , minggu ni pun dah dua kali juga air tak kuar...esok lusa tak tahulah pulak gone gayanya...

Dalam akhbar Sinar Harianpun baru2 ni keluar masalah air ni lagi. kalo tak silap raya ke 4 atau kelima...gitulah...

Apa kata jemput YB tinggal barang seminggu dua kat rumah2 berada di tempat tinggi dan merasa betapa seksanya apabila kemudahan asas disediakan tapi tak berfungsi dengan baik...

Ibarat cucuk kad Bank kat ATM....tapi duitnya tak keluar.....

Kot manepun, koi ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada JBA Pahang yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah air kat sini walaupun boster pam yang tengah dipasang kat tangki air kat Purun ni tak siap2 lagi...dan tersadai begitu je dari sebelum raya hingga ke hari nih.

Tapi, sekurang2nya masalah air taklah seteruk sebelum ni walaupun kadang-kadang paipnya tak berisi air...dan peningkatan penyelesaiannya bolehlah dikatakan drastik walaupun tidak sampai tahap 100%.



Sekian.....



10 comments:

zulkbo said...

salam cikgu..
koi setuju dengan tajuk
rancangan aok ter..
hu hu..mau paneh punggung
YB nanti..

Cikgu Jang .. said...

Maksud koi tu....tukar YB bukannya tukar parti weh...jgn ada yg silap paham lak....parti manapun tak kisah janji penduduk selesa dgn kemudahan yg disediakan... tp kalo YB boleh memberikan khidmat terbaik kat kome2 nih....Alhamdulillah....Syukur..moga2 usaha tersebut diberkati Allah SWT....amin...

Cikgu Jang .. said...

Tapikan....kalo parti yg ada sekarang nih dah tak mampu memberikan khidmat terbaik....apa kata cuba beri kat parti lain pulak memerintah....manalah tahu org baru, semangatpun baru...

Mazru Majid said...

elok jugek kala ander rancangan 'mari tuko YB te aok'

Jejaka Desa said...

Jangan takat sebulan dua ni je ande air.Lepas ter balik asey.Tak gune juge.Tapi 'Aduan Rakyat' ter memang beh...

akuanakpahang said...

Salam cikgu .
Kawan setuju kalau istilah "turun padang" utk YB kita ini.... rasa dan alami sendiri keperitan rakyat jgn tau bercakap aje sesekali kena merasa. Kalau setakat nok bercakap membebel bodo semua org boleh buat.

cemomoi said...

ni dah nak pilihanraya ni, rancangan cenggini kena la stop dulu malu kat yb

abu muaz said...

macam guru besor jugok ...kalau dah lama sgt kat sekolah tuuu...tukang kebun jadi besor kepala... tukar je... kalau gomen dah lama sgt elok ditukor jugok tu... mai kita pakat rasa gomen lain pulok perentoh. Orang Jepun yang maju tu pun kerap tukor2 gomen..maju gilllerr jugok negaranya.

INTAN RH said...

Koi tgk ms karam singh gi ke tmpt aok te..tak sangka ye dlm zaman canggih gini, ada lg kes gini.

ps: ada jg YB yg dtg jauh nk tumpang sekaki attend meeting, semata2 nakkan projek dpt ke org kg dia..siap blh lajukan agenda meeting lg..heheh..

relevan said...

Dengor Cerita masalah air yang kat Mayam tementi dan purun..menjadi lagi time raya dulu..