Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, September 28, 2010

Berkenan koi berurusan dgn pengurus Mayam nih...

Salam....

Hari nih koi ke pejabat Felda Mayam menguruskan masalah ladang sawit yg akan kome ambik bermula bulan 10 nih.

Ingatkan indon tukang potong buah felda tu ambik buah awal bulan tapi rupa2nya pagi tadi dah start potong. Rupa2nya felda potong buah 3 kali sebulan.

Kelam kabut jadinya bila adik koi cakap, betapa banyaknya buah yg sudah dipotong keknyer belum diangkut ke kilang.

Dengan semangat anak felda, koi bergegas ke pejabat petang tadi untuk menyelesaikan masalah pengambilan ladang nih.

Dalam hati, kalo pihak felda tidak benarkan, akan koi lawan habis-habisan dan akan koi bentangkan hujah2 dan fakta2 yang betapa ruginya kalo ladang tu masih diuruskan oleh felda.

Sangkaan koi meleset apabila , segala permasalahan felda yang masih belum ditukarkan nama kepada mak koi dilayan dengan berhemah dan berdidikasi oleh pengurus felda Mayam tersebut.

Dalam masa hampir setengah jam, segala masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan layanan yang diberikan oleh tuan pengurus amat memuaskan hati. Tambahan pula segala soalan yg bermain difikiran koi selama nih terungkai dengan penerangan yg lengkap oleh beliau.

Rupanya takde masalah lalu ambik ladang nih, janji surat menyurat koi buat dan hasil ladang pun akan dihantar ke felda jugak.

Lepas tu pulak, koi utarakan masalah buah yang dah dipotong oleh budak indon dan kalo boleh biarkan bagi kome ambik hasilnya. Sedangkan bulan 10 pun tah berapa hari lagi.

Sekurang2nya hasil akhir bulan 9 nih elok le diberikan kepada kome pulak merasanya, walhal sudah terlalu banyak hasil sebelumnya diambil oleh felda.

Kecek punya kecek, sampai melibatkan mandur buah, dan akhirnya koi berjaya jugak...

Sungguh gembira rasanya apabila urusan pengambilan ladang sudah selesai dan petang tadi hanya panggil lori aje angkut buah yang sudah siap dipotong.

Dengan harga RM 600 satu tan, rasa koi emboh dekat2 nak 4 tan buah tadi tu.

Sekurang2nya duit tu bolehlah digunakan untuk membiayai kos ukur sempadan, korek sempadan, buat jalan masuk baru, buat gate, beli peralatan, upah & beli racun, beli baja dan kos2 lain difikirkan perlu.

Dan bermula hari nih, koi rasa semangat lain macam aje untuk menguruskan ladang tu apabila melihat hasilnya yg mencecah ribuan ringgit sekali potong.

Harap2 biarlah hasil sawit tu sentiasa banyak dan harganya pulak sentiasa naik.....

Hehehehe.....

Sekian......





8 comments:

zulkbo said...

salam..
kaya ala aok kalau
menguruskan sendiri
dengan baik..ayah koi
tak berapa sihat beri
ke felda urus..dapatla
cukup makan je..

cemomoi said...

kaya le yerk, haaaa.. koi ingat cekgu pon nak saman felda ter, tamboh kaya lagi

Cikgu Jang .. said...

salam...koi ambik upah ngurus je....herte keluarga tu, banyak sgt cabangnya .....cume yg paling penting, hasil tu dapat dinikmati oleh kome sekeluarga dan bukannya dapat dek felda je...

endiem said...

harga sawit, getah pun ok sekarang...

Fadh said...

salam cikgu jang,

molek laa diusahakan sendiri...jadi2 laa men'kaya'kan felda...berjuta dah gamok koi hasil ladang te dapat ke org2 besar dlm felda...bkn koi nok nafikan sumbangan felda pada peneroka tp kata dek org nie dalam manis ada kelat dan pahit nye.

relevan said...

Salam cikgu..setidak tidak sudah berhasil juga sawit cikgu yer..bila nak ngetea ni?..

Jejaka Desa said...

Buat sendiri pendapatannye lebih.

akuanakpahang said...

Molek laa te..buat sendiri untung rugi boleh kira sendiri kalau gaya tentu aok senang esok selamat berjaya.