Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, September 26, 2010

Rezeki sebarau di Sungai Batu.

Salam....

Lepas jumpa batu sempadan di ladang mak kawasan Blok D, bergegaslah pulok kome menaiki Cherokee koi ke Sg Batu bersempadan Kumai menjalankan aktiviti kedua iaitu memburu ikan.

Dalam lebih kurang 3 jam menunggu, dapatlah rezeki hari ni, 3 ekor sebarau dan lebih kurang 3 kg ikan pelbagai spesis.

Dek sebabkan lama tak mencari ikan, rasa taknak balik umah pulok. Tapi memikirkan langit mendung semacam je, tambahan pulak hari dah lewat lohor, terpaksa jugaklah kome batalkan niat meneruskan pemburuan.

Sesampai je kat umah, betoi sgt le ramalan kome yg hujan turun bapok le lebatnya....

Tapi sape sangka, dalam sungai yg tak berapa besor sangatnya boleh terdapat ikan sebarau yang besor2. Kome dapat hanya sekor je, yang lain banyak terlepas lari.

Nampak gayanya, pemburuan sebarau di sungai tu tak berakhir hari ni...dan Insyaalah menkala ada kesempatan lagi, akan kome jejaki.....demi melepaskan ketagihan menangkap ikan.


Dengan wajah berpuas hati ahli kelab berpossing ambik gambo utk membuktikan yang sekor sebarau dan ikan lain telah tewas di tangan kome hari ni.

Sekian....

7 comments:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Ikan sebarau ni arwah mak sedara keh dulu dia buat gulai botok, tak sempat keh nok ambik resipinya, tapi rasa bapoklah sedap nya...cukup asam garan,kunyit ladanya..

zulkbo said...

salam..
mahei ikan ni..
rezeki aok murah
selalu yek?

Fadh said...

salam,
amboi sedak amat laa aok makan ikan sg yak...terima kasih laa sbb bgtau laman web te...koi dh jumpe dh...ket nye letih laa jugek nok cari se se...koi letok dh kt blog koi...nok kena adjust width dan lenght bior sepadan ngan blog koi.

CekWa said...

sedak nyer ikan sungai yg fresh gitu...

akuanakpahang said...

Salam rodong..melepas rindu menangkap ikan lepas pose yeek. :)

Jejaka Desa said...

Omboih awok.Berasak kejak koi.Besor sebaro ter.

relevan said...

Wau cikgu..sedak Sebarau..