Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, September 21, 2010

Hari ni bermula penentuan...

Salam....

Hari nih, esok dan lusa bebudak tahun 6 mengambil UPSR. Dan keputusannya akan diketahui dekat2 nak cuti penggal nanti.

Hari nih, rata2 cikgu yg terlibat dengan bebudak peksa terutama subjek BM dan Mate tak duduk diam. Hati sokmo dup dap dup dap....berdebor2 rasenyer.

Nok buat bende lain rasenyer takde mood dah sebab mikirkan UPSR yang belum selesai.

Pengaruh UPSR dalam dunia sekolah rendah ni begitu ketara dan terlalu penting. Kejayaan sesebuah sekolah dah taraf pendidikan di sesebuah sekolah hampir 90% diukur berdasarkan pencapaian UPSR.

Disebabkan itulah, rata2 cikgu2 yg mengajor subjek UPSR cukup bimbang dengan hasil yg akan diperolehi . Walaupun kalo nak dikira, segala ilmu yg ade telah dicurahkan, manakala begitu banyak program telah dijalankan, namun rase risau tetap ada dalam hati setiap guru tersebut.

Setakat nih, rasenyer sekolah koi telah sempurna menjalankan setiap program yg dirancang dan sehingga saat2 akhir calon nak masuk dewanpun, ada lagi program akhir yg menunjukkan semangat dan komitmen yg tinggi pihak sekolah terhadap penentuan UPSR ni.

Semuanya ini terserah kepada calon yang menjawab soalan dan takdir Allah SWT yg menentukan sama ada sekolah koi ada peningkatan atau sebaliknya.

Apa yg diharap, sememangnya ada peningkatan dan keyakinan tersebut tetap tinggi berdasarkan usaha yang telah dilakukan selama nih.

Dan andainya pencapaian jauh merosot............................tak tahulah pulak apa yg akan berlaku pada tahun depan......mungkin kome akan dilawati oleh pihak2 tertentu yang sememangnya kalo boleh dielak.......baik dielak...

Tengoklah gone gayenyer.....harap2 biarlah berita gembira mengiringi kome disaat keputusan dikeluarkan....

Dan akhir sekali yg paling penting adalah keikhlasan dalam menjalankan tangungjawab sebagai seorang guru.

Wassalam...

11 comments:

zulkbo said...

salam cikgu
moga anak murid aok
mendapat keputusan
yang menggalakkan..

akuanakpahang said...

Sesama kita mendoakan agar anak-anak kita mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan ini nanti insyaallah.

abangfaizul said...

cikgu... semoga anak-anak murid cikgu cemerlang...

Cikgu Jang .. said...

harap2 gitulah....bior peningkatan tak tinggipun takpe, janji lebih pada tahun lalu...

Saliza said...

Sama2 la kita berdoa cikgu..
Habis dah segala ilmu kita bagi, segala cuti kita korbankan, masa ni terpulang pada murid la nak menentukannya...

roslaini saad said...

Saya heran sungguh kenapa ramai yang risau sangat dengan keputusan UPSR..bukan boleh minta kerja pun pakai keputusan upsr..

Bila naik tingkatan satu...kalau budak ni bagus dalam upsr pun..belum tentu dia bagus dalam semua hal....malah merudum jatuh resultnya...

Cuma kalau ada niat nak hantar anak asrama penuh ..yerlah...mungkin penting...

cemomoi said...

moga dema ni berjaya le dalam peksa ter... harap ramei orang kita hok berjaya nanti

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

selamat upsr pada anak murid dan cikgunya

Cikgu Jang .. said...

Salam...

Errk yg sebenarnya yg menjadikan UPSR satu masalah besar ialah terletak pada sesebuah sekolah tu. Dah memang ukuran kejayaan sesebuah sekolah dibayangi dek UPSR. Itulah yg menjadi masalahnya. Andainya keputusan sesebuah sekolah merundum dalam jangkja masa tertentu sama ada 2 atau 3 tahun berturut2, alamatnya tak senang duduklah pentadbir dan yg akan merasa bahananya ialah cikgu2 yg mengajar.

Dulu sekolah koi 2 tahun berturut2 tak menghasilkan 5A calon UPSR , impaknya seramai 14 orang Nazir turun ke sekolah selama 4 hari membuat pemantauan ....

Toksoh ceritalah letihnya apabila sekolah dipantau.....rasanya macam nak pengsan menjawab instrumen yg diberikan...

Sebab itulah, UPSR ni sebenarnya merisaukan sekolah berbanding pelajar yg ambil sebabnya wujud persaingan dan perbandingan antara sekolah2 berhampiran...

Orang luar memang tak faham setiuasi cikgu dan beranggapan yg UPSR untuk pelajar, tapi hakikatnya pentadbir dan guru2lah yg merasa bahana UPSR sebenarnya...

Semoga Pn Roslaini faham dan jelas sebab apa sesebuah sekolah mengambil berat peksa ni.

Yg penting....kalo mahu selamat.....pastikan keputusan UPSR tak jatuh berbanding sekolah2 lain...

wh0se said...

semoga anak murid cikgu cemerlang semua...InsyaAllah...

relevan said...

selamat ber UPSR..