Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, February 7, 2011

Macam-macam pesen...

Salam....

Apabila koi melepak kat sesuatu tempat dan topik bualan masa dan ketika itu pasei kemajuan kampung, pasti banyok suara-suara sumbang mengutuk serta mengata akan halnyer pemimpin teratas masyarakat di sini.

Antara isu yang diutarakan ialah pasei tak buat keje. pasei lembu berkeliaran tanpa tindakan, pasei ladang, pasei lampu jalan yg tak menyala2, pasei pekedai tambah kedai hingga ke birai jalan dan banyok juge le isu2 sensitif dan terlampau yang tak selesai2.

Sebagai orang luar yang cari makan kat sini, koi tak boleh le nak kutuk lebih2 sebab yang duduk kat atas tu rasenyer memang banyok keje hingga tak terdaye menyelesaikan masalah kampung walhal itulah tugas utamanyer.

Tapi yg realitinyer, sejak kebelakangan ni, memang di sini jauh lebih mundur berbanding dgn Felda sekeliling yang kalo dilihat banyok juge le perubahan yg berlaku dari mase ke semasa.

Kalo kat sini, popalih......................kadang2 koi naik heran jugak akan pentadbiran yang seolah2 macam tak buat keje langsung.

Tak tahu le kot keje yang dibuat tu orang tak nampak. Keknyer apa yang orang kampung harapkan ialah hasilnyer. Tak kire le gone gaya ke kejenyer, tapi hasil akhirnyer mesti nampok jelas dan nyata.

Kite tengok pasei lembu pun cukup le. Tiap2 malam berkeliaran, ibarat macam kongsi kampung pulak jadinyer.

Lampu jalan..........pun satu hal. lampunyer ade keknyer tak menyala. Kalo yang kat umah orang tu takpa tak nyala sebab individu yang bayar. Ini yg kat lokasi2 tertentu spt kt kwsn masjid, sekolah, klinik dan tempat2 awam pun gitu jugak.

Se lagi, jalan tar di bebeberapa kawasan yang pecah akibat paip pecah. langsung tak dibela. Sesetengah tempat tu dah sampai bertahun2. Gitu jugak le keadaannya. Tak payah pegi jauh, kat mula2 masuk kampungpun dah nempuh jalan yang rosak.

Itu yang nyata lagi terang benderangnya. Yang masalah dalaman, yang kome2 nih tak tahu.....lagi le banyok gamoknyer.

Tapi sebagai cikgu yang dah macam orang kampung sini, koi kerap jugak dengor keluhan beberapa orang tak kira peneroka mahupun generasi menceritakan hal bagaimana pemimpin utama di sini spt takde. Dan kadang2 ada di antaranye yang melemparkan gelaran yang kita sendiripun tak sedap didengor...

Tapi nak buat camna........ibarat kate dek sorang rodong tu..........

"Kalo dah tak mampu memimpin, baik serahkan kepada orang lain aje drpd asyik kena kutuk dek orang je......tak pasei2 org lain dapat dosa sebab mengate...."

Itu le antara topik hangat yang seronok kalo dibicarakan waktu2 berkumpul beramai2..........

Sekian..........

10 comments:

Aku Anak Pahang said...

Salam Cikgu, mana tmpt gitulah gayanya YB tak pasal lalu.. kadang hari mengudi aje nampok lepas haram tak nampok lalu. Sesekali mikir kepuak nie boleh sakit hati juga.

saharul said...

betoi ngat cakak aok ter...keknyer kalo takde laporan dan usaha pemimpin kat sini, yb pun tokleh nak bantu jugak....

terokai seni said...

lama dah koi tak ke purun, gitu jadiknya ye

zulkbo said...

salam..
sapa la gamaknya
YB Bera tu yak..?
sibuk ke..?tak pe lah
tahun depan bui ke
orang lain buat keje
la pulak..

saharul said...

salam...

yb bera ni ok lah jugak...hok yg diamanahkan utk memajukan kg ni yg tak berapa ok nyer....

Anonymous said...

asamkm,
saya nak kongsi pengalaman. bapa skrg pesara felda. dulu masa di sana masalah kambing lembu berkeliaran memanglah ada. jika bapa bertegasdia beri ketua blok, tak diendahkan. kemudian lembu kambing berkeliaran .Kambing tak payah cakap lah masuk bawah rumah tengah mlm bunyi mengejutkan. Lagi satu, bila dikat nya lembu depan laman, tuannya datang marah ambil haiwannya. Kemudian datang lagi, lalu dibawa nya parang mmengugut dsbnya. kemudian buat lagi. malah didendami pengurusan yang tegas dengan kejadian menyantau sehinggakan ustaz yg bekerja dgn felda pun kena.. tak lama lepas tu dia berhenti balik tgganu. Pokoknya maslah ni takkan kemana, spt sedara sebut mereka nipandai tapi tiada akal.
bila pengurusan tegas, mlm mlm dia sanggup bawah parang panjang dan kerumah pura pura dia di serang anak jiran. Tapi hanya nak menyerang pengurusan. bayangkan kami tengah makan mlm pukul 830 mlm dia terjerit memanggil. Tapi bapa tahu itu adalah helah kerana penerok tersebut bermasalah. selain dari itu ladang semak samu, bila ketua wilayah melawat memang kena bambu sebab seolah pengurusan takbuat apa apa. padahal racun diberi tahan duduk melahu dikedai kopi..
lama kelamaan pengurusan ambil langkah buatkan mana yg teruk sgt dengan kaki tangan yang lain.
lalu mereka menebas lah satu pejabat. ini semata mata asik ladang yg tertentu sja yang malas buat dan kena highlight dgn hq. that is the truth. duduk kedai kopi.. makan minum kedai kopi. masa tu pendapatan tak banyak. so its ol habit die hard. hidup memang susah bila mereka bermetaliti sedemikian. jln, memangteruk. lopak sana sini, tapi akhirnya bergantung dgn hq.jalan memang melambung.maslah air, kami memang biasa hidup tadah air bertong..

Anonymous said...

Kami setiap minggu kena tumpang rumah sedara dinegeri berdekatan utk membasuh baju berbaldi baldi. Hanya kerana memang masalah air dan musim kemarau. bapa di kepung dan di pegang oleh manusia yg samseng kerana mereka marah air tidak ada. sehinggakan kakitgn yg lain pun nyaris kena. semua hidup dengan menadah air dari lori. untuk harian, mlm mak saya dan yang lain pergi ke mana berdekatan, bawa baldi mereka mandi air perigi. bayangkan keliling semua lalangbukan dekat dengan rumah. pergi lepas dal pukul 8 mlm. kerana musim kemarau.Tapi mereka hanya mahu mudah.. macam mana?

Anonymous said...

budak dadah, hisap ganja memang komanlah.. mencuri dsbnya. tapi isu ini berpusing dlm bulatan yang bertukar hanya generasi saja.Susah..
Saya ada saudara dan kami masih berhubung dengan peneroka felda yg mana memang tekun dan baik dari segi karakter dan rajin macam awak. Tak duduk diam buat macam macam. Kami bersekoah dan bermain merayau di kawasan kampung mengaji.. tapi masalahnya bila ada mentaliti macam ni, susah..rumah kena baling keminyan dsbnya...dah lali..hanya kerana bapa tegas melaksanakan. empunya ladang dok kat kedai kopi menanguk sampai mlm ladang org lain kena lakukan. kerana sifat kemalasn ini satu rancangan tersebut punya grading jatuh...itu dulu la..skrgd tak tau la..

saharul said...

Salam...

Time kasih le anom.....gitu yak kisahnya...ibarat pepatah mengatakan..."lain padang lain belalang..."

keknyer kat sini spesis belalang dewa...tu lainnya...

Anonymous said...

Gitulah gamaknya. Org kata cerita sama coma lian bentuk.....