Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, February 8, 2011

Bermula musimnya...

Assalamualaikum........

Masuk je bulan dua, takde bendalah.....sibuk le ke padang petang2 bagi memenuhi tuntutan pendidikan yang seimbang drpd segi jasmaninya.

Minggu ni mula dah latihan permainan yang akan dipertandingkan di peringkat zon nanti.

Antara permainan yg ada sama je macam tahun2 yang lepas.

Kat kwsn sini bola sepak, hoki, bola jaring, bola tampar dan bola baling antara sukan yang dijalankan selain olahraga.

Koi tengok bebudak le.....semangatnya mengalahkan pemain Malaysia keknyer nyepok bola sesetengah tu ada yang tak kena langsung walopun semangat nak cuba nasib.

Hingga bulan 4 nih, itulah musimnya.......dan nak tak nak, kome2 cikgu2 merangkap jurulatih yang sokmo letih ni terpaksalah turun jugak.

Tapi yang seronoknya, masa inilah nak tunjuk skill lama kat bebudok yang main bola tu betapa cikgu dier bukan setakat mahir dalam melatih, tapi terrer jugak menggelecek bola.

Kalo disingkap sejarah sebelum ni, sekolah kome hebat jugak dalam permainan ni.....tahun lepas je hoki lelaki johan, hoki perempuan tempat ketiga, bola sepak tempat ketiga, bola jaring naib johan, bola tampar naib johan dan bola baling takde tempat......

Disebabkan reputasi yang kelihatan hebat tahun lepas, jadinyer tahun nih mesti lebih baik dr tahun dulu....sebab itu le kome2 nih dah mula risau menegokkan bakat bebudok tu tak ramei yang berkebolehan main dgn baik....

Nak pulak tahun ni, jersi dan bola dapat yang baru.....jadinya terpakse le meningkatkan prestasi ke tahap paling tinggi.






Wassalam...


5 comments:

Relevan said...

ase buka sekolah je..mesti bz dengan segala aktiviti ye cikgu..

Miecyber said...

Contoh melalui teladan...

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

Sham said...

salam kenal cikgu jang...

skoloh kome dah mula sukantara besok...

zulkbo said...

salam..
bola jangan tak bola..
minum bola,makan bola
asal balik rumah jangan
bawah tudung saji
bola udah..he he..

Nizam Awang Brahim said...

Makin sibuk la 2,3 bulan ni yek.