Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah Dan Kisah Lawak tapi tajam...

Salam...

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.

Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Seterusnya......

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...

Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..

Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.

Selain terhibur anda fikirlahlah. ..

1. " Lawakkan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "


2. " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah.. baru kena ugut terus larilintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


3. "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


4. "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran"


5. "Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


6. "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..


7. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau e-mail yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama


8. Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???

Kesmpulannya.......

Koi pun termenung sejenak.....

Dan akhir kata ..........

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU AWAL MUHARAM 1432H BUAT SEMUA RODONG-RODONG BLOGER ATAU YANG BUKAN BERGELAR BLOGER ...YANG KOI KENEI ATAUPUN TAK KENEI...

Wassalam....

9 comments:

Aku Anak Pahang said...

Salam maal hijrah juga drp kawan semoga panjang umo dan murah rezeki :)

abu muaz said...

lawak ..
sikit je orang beriman ya...nasib baik imam tak lari.

Relevan said...

Salam maal hijrah rodong !

zulkbo said...

Rodong..
Salam maal hijrah 1432H..
harapan semoga hijrah tahun
ini lebih bermakna dari tahun
tahun sebelumnya..

Muhamad Najib said...

asalamualaikum apa khabar cikgu? salam dari brunei...sempena tahun baru hijrah ini 'koi' berharap dan sentiasa berdoa yang orang islam ini di jauhkan dari fitnah dan tipu daya ahli golongan penyembah Syaitan (freemason, iluminati, etc) semoga dengan tahun baru ini hidup kita akan sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNya

terokai seni said...

ande hok kabo, mujo tak semayang jemaat time ter, kalu dok harus lari juga...

terokai seni said...

ande hok kabo, mujo tak jemaoh hari ter kalu dok harus lari juga

Nizam Awang Brahim said...

Salam Maal Hijrah

tehCspecial said...

tersentap jiwa dan perasaan...even pernah baca lawak ni...tapi pengajaran die mendalam...moga pintu hati C terbuka untuk mendalami dan mendekati Allah...insyallah...haip!