Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, December 4, 2010

Apabila air sungai mula melimpah..

Salam...

Bile rodong mula mengajok tahan jaring, make berpakatlah kome untuk pegi.

Sasaran kali nih, ke sungei Serting, di mane tempat biase menahan di kala air nyer sudah mula melimpah.

Selepas Jumaat, dgn kelengkapan utk bermalam, bertolaklah kome ke lokasi dan apabila sampai bermulalah aktiviti yang menyeronokan bagi sesetengoh orang yg sukakan aktiviti outdoor.

Yg mahir dan pakar memasang jaring, tak tunggu lama, terus aje ke dalam air. Yg lain, pandei2 le pasang khemah dan masak utk makan malam.


Lokasi kali nih merupakan tempat baru, di dalam ladang sawit Triang 4

Paling menerujakan apabila makan nasi masakan ala kadar seaktu berkhemah dan bertemankan cahaya lilin tatkala perut yg lapar melampui batasan hari2 biase di rumah.

Tangkapan kali nih kurang memberangsangkan. Lebih kurang 4 kilo lebih dgn pelbagai spesis ikan sungei dan ikan paye.

Yg menjadi keseronokannyer apabila susana berkhemah di ladang sawit dgn didengorkan dgn pelbagai cerite sewaktu menunggu mata hendak tidur di samping berperang dgn nyamuk2 yang berase pelik kerana malam tu ada manusia tidur di situ.

Misi seterusnyer........................tak tahu lagi. Keknyer memandangkan air Sungei Bera dan Sungei Serting dah mula melimpah nih, akan ada siri2 outdoor seterusnyer...demi menghilangkan kebosanan sewaktu cuti yang panjang ni...

9 comments:

abu muaz said...

seronoknya aktiviti begini tuan.
masakan simple je tapi tetap berselera.

akuanakpahang (AAP) said...

Salam Cikgu, best juga kalau dapat gini teringin juga rasa hati sesekali bermalam dalam hutan :)

zulkbo said...

salam...
lawo amat jeep aok dengan bot tu ter..
he he..berhati-hati juga weii kala
mengail..takut terjumpa sang pak sawa
yang banyak juga kala air melempah nei..

cemomoi said...

koi nempoh ikan tebakang ande ke? nok isi dalam akuarium

Cikgu Jang .. said...

salam tuan abu muas-tatkala perut kelaparan, nasi dgn ikan goreng semata2 je tetap sedap..

Cikgu Jang .. said...

salam (AAP) - memang best
Salam zul- ularpun nak cari amkan jugak...
Salam cemomoi- kalo andepun riwayatnyer x lama

Echam said...

Seronok wehhhh.. time nilah paling best kalo outdoor...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pekara seronok ialah berikan dan bersampan sambil terju tiruk

ann said...

Tak lama lagi jadi usahan ikan pekasam....