Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, May 20, 2010

Sambutan yg gempak...

Salam....

Biarpun sambutan hari guru sudah berlalu, namun sekolah koi baru menyambutnye pada hari semalam.

Setelah 14 tahun merayakan di peringkat sekolah, kali ni sambutan yang dijalankan membuatkan koi begitu teruja dengan aktiviti2 yg dijalankan.

Dulu2 perhimpunan pagi dijalankan di dataran, tapi kali ni kome diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar serta iringan muzik gamelan semasa berada di pentas utama.

Sebagai kenang2an koi rakamkan beberapa aktiviti yang sengaja koi simpan di zon maya ni supaya manalah tahu 10-30 tahun akan datang, anak2 koi boleh tengok balik gone gaya majlis sambutan hari guru semasa zaman ayahnya dulu kat sekolah.....


Tentatif program yang koi tolong buatkan di saat2 akhir...

Guru dan AJK PIBG sama2 menyanyikan lagu tema dan lagu guru Malaysia.

Bacaan Ikrar guru...

Hadirin di dalam dewan

Habis acara di dewan, guru2 berbaris untuk menerima hadiah drpd murid2...sambil bersalam-salaman.

Acara sukeneka yang penuh dengan penipuan...

Murid2 diberi roti dan sebotol air mineral sumbangan sekolah sebelum acara pentas dimulakan.

Guru2 dan staff sokongan perempuan membuat persembahan tarian...


Antara murid yang mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Persembahan Pelajar Pendidikan Khas...

Tugas rutin koi bila aktiviti sekolah....

Pekerja kontrak dan jaga sekolah ....inilah masa nak santai...

Persembahan pelajar tahun 6 yang menggamatkan dewan walaupun takn sampai 2 hari berlatih..


Cabutan bertuah murid....seorang guru sediakan 3 hadiah untuk cabutan....

Guru lelakipun turut sama buat persembahan..

Mantan GPK Koko menerima hadiah perpisahan daripada Kelab Guru.

Dan majlis kedua meriah selepas jamuan.......pertukaran hadiah antara guru. Nilai RM 30.00 dan tema tahun ni adalah febric..


Dengan berakhirnya Sambutan hari guru ni, secara tidak langsung berakhirlah satu aktiviti kelolaan KGKT yang wajib dijalankan tiap2 tahun.

Malam ni satu lagi aktiviti KGKT iaitu Majlis Bacaan Yassin dan solat berjemaah serta sedikit usrah bagi pusingan kedua...

Sekalung tahniah buat jawatankuasa yang bertungkus lumus menyediakan persiapan khas untuk merayakan diri sendiri.....

Sekian........

7 comments:

terokai seni said...

slamat hari guru

banyok ngumpui hadioh?

Saliza said...

Kat mana2 pun, bila sukaneka je mmg penuh dgn penipuan.. heheh..

Nizam Awang Brahim said...

Slamat Hari Guru weh...

Nurul Aziz said...

selamat hari guru.
dulu suka tengok cikgu2 buat persembahan..setaun hanya sekali je kan

al-mankaraqi said...

tahniah dan selamat hari guru!

zulkbo said...

salam ziarah hari jumaat cikgu..
penghulu segala hari..
moga kita mendapat hikmahnya
dan di kurniakan kesihatan
yang baik..

zamtavac said...

Salam Hj....

Tahniahlah aok dapat GPK KO baru....