Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, May 15, 2010

Agak2nya apa perubahan untuk guru esok...

Salam....

Koi jarang menulis pasal guru ni. Sebab koi juga seorang guru, seorang pendidik yang melalui bermacam2 karenah murid demi menjadikan mereka seorang insan.

Koi cari makan dengan profesion ni dan apa2 kepincangan yang berlaku dalam dunia pendidik ni malas koi nak ulas walaupun banyak sangat yang tak kenanya.

Setelah berkhidmat hampir 13 tahun setengah, banyak pengalaman telah koi lalui sebagai seorang guru.

Sepanjang pengalaman yang agak baru dalam era perguruan, bertapa koi mengerti susah dan senang tugas guru.

Cabaran demi cabaran tetap koi lalui. Karenah biokrasi, pentadbir, rakan2 guru, murid, malah penjaga tetap koi hadapi walaupun kadangkala ada saat dan ketikanya terasa hendak bersara aje dari menjadi guru.

Tetapi apabila difikirkan betapa bertuahnya menjadi seorang guru, koi tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.

Dan kini era perguruan terus menerus semakin mencabar, dan koi tetap menyahut cabaran menjadi guru walaupun apa jua yang mendatang.

Kerana koi seorang guru.

Apa2 jua.........SELAMAT HARI GURU.....

Sekian,.....

8 comments:

al-mankaraqi said...

Salam Cekgu.

Koi ucapkan Selamat Hari Guru kepada awok dan rodong2 awok yg sewaktu dengannya.

Dalam khutboh Jemaat semalam, khatib bagitau tugas guru ni umpama tugas "Rasul" memberi hidayah kepada umat manusia.

Justeru, koi berdoa agar Allah s.w.t memberikan ganjaran berlipat kali ganda kepada para guru di dunia dan di akhirat kelak.

Sekian.

abu muaz said...

Salam cikgu.Selamat hari guru . Moga terus tabah dalam mendidik anak bangsa.

Cikgu Jang .. said...

Salam...

Time kasih rodong.....semoga apa yg wokme cakap tu menjadi pegangan utuh dalam diri kome2 nih...

cemomoi said...

slamat hari guru cekgu jang dan sema guru-guru.. koi dan 6 bulan je merasa jadi guru gsst sesekali tu seronok le dan selebihnya guru-guru yang ada sekarang ni le yang lebih paham daripada kami di luo ni..

kelompen said...

tuan haji..
selamat hari guru
ada puisi di blog koi..bacalah

zulkbo said...

salam cikgu..
koi ucapkan selamat menyambut
HARI GURU..siapalah kami yang
berilmu tanpa guru sumbernya..

akuanakpahang said...

Salam cikgu.
Selamat hari guru juga kawan ucapkan pada guru2 semua. Berkerjelah dgn taboh..pasti ada ganjarannya kelak.

relevan said...

Salam Cikgu Haji Jang,,Guru umpama lilin..mboh juga jadi cair.. SelamaT hari Guru..