Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, August 20, 2009

Mat Sama

Salam...

Di tempat koi ni, ade sorang pakcik tu namanya Mat Sama. Kome yang tak tahu asal usul namanya merasa pelik sangatlah dengan 'nikname' yang diberikan kepada pakcik yang 'sempoi' tu. Jadinya, disebabkan tertarik dengan gelaran unik tu, koi cuba membuat siasatan macam mana gelaran tersebut diperolehi.

Dengan bersusah payah mengorek cerita daripada beberapa kenalan, akhirnya terbongkarlah kisah bagaimana nama Mat Sama menjadi nama panggilan kepada pakcik tu.

Rupa2nya ada cerita di sebalik cerita.......

Dulunya Pakcik Mat ni pernah membela kambing biri2. Banyak jugalah kambingnya hinggakan Pegawai Felda yang bertugas jadi kagum dengan kehebatan Pakcik Mat ni membela kambing.

Jadinya, pada suatu hari datanglah pegawai ni ke ladang Pak Mat untuk menanyakan ke halnya bagaimana resepi menternak kambing biri2 yang baginya belum pernah melihat kambing berbiri bewarna hitam...

Pegawai : Assalamualikum Pak Mat.
Pak Mat : Waalaikumussalam...oooo encik pegawai , benda ke halnya datang ladang koi pagi2 buta ni.
Pegawai : Gini Pak Mat, saya ni nak menanyakan beberapa soalan kepada Pak Mat berkenaan dengan berbiri Pak Mat yang ada kat sini.
Pak Mat : Boleh...takde halnya..tanyalah..
Pegawai : Nampaknya berbiri Pak Mat ni ada dua jenis, satu yang hitam dan satu lagi berbulu putih. Berapa ekor semuanya?
Pak Mat : Tak banyak sangat, adalah dalam seratus lebih ekornya.
Pegawai : Berapa jauh biri2 ni berjalan cari makan?
Pak Mat : Yang putih ke yang hitam?
Pegawai : Yang putih.
Pak Mat : Yang putih sekitar 2 km je.
Pegawai : Yang hitam pulak ?
Pak Mat : Yang hitam pun sama..
Pegawai : ooo...selain rumput, apa lagi pak Mat bagi makan kat berbiri ni?
Pak Mat : Yang putih ke yang hitam ?
Pegawai : Yang putih..
Pak Mat : Yang putih tu dalam pakcik bagi dedak dan hampas nyor.
Pegawai : Yang hitam ?
Pak Mat: Sama juga..
Pegawai : ( mula tension dah ) ooo gitu ye...aaaa berapa banyak mana pulak bulu berbiri yang Pak Mat dapat pada seseekor berbiri ni ?
Pak Mat : Yang putih ke yang hitam ?
Pegawai : Yang putih
Pak Mat : Adalah adalah sekilo dua..
Pegawai : Yang hitam?
Pak Mat : sama juga..
Pegawai : (Mula dah nak marah) kalau dah sama belaka apa pulak bezanya yang putih dan yang hitam tu?
Pak Mat : oooo.. bezanya ye ..yang putih ke yang hitam?
Pegawai : Tak kisahlah putih ke hitam ke, merah ke biru ke....( agak marah dah )
Pak Mat : Yang putih tu pakcik punya...
Pegawai : Yang hitam pulak?
Pak Mat: Pun sama.................

Lepas dari terima jawapan sama belaka, maka pegawai tupun baliklah ke pejabat FELDA dengan muka yang paling buruk pernah dia buat....

Jadi....begitulah kisah Pakcik Mat mendapat gelaran 'Mat Sama'....

Sekian...

4 comments:

endiem said...
This comment has been removed by the author.
endiem said...

Kah3 pegawai felda pun sama dengan pak mat sama..

Webmaster@Echam said...

kah..kah..kah.. Kat Felda mudah betoi nak dpt nama gelaran ni.

Cikgu Jang .. said...

Gitulah bila dah ramai dan nama biasa2 yang kebanyakannya sama, jadinya timbullah nama panggilan yang memudahkan orang lain mengenali.
Biasanya nama yang diberi merujuk kepada kes pada seseorang tu, sama ada kisah yang pernah dialaminya, atau sesuatu yang ada pada diri orang itu, atau sifat seseorang itu.
Kat sini yang koi rasa nama yang unik seperti Mat Sempudai, Mat Slow, Husin Batu api, husin got, Usup keretapi, Dollah minyak, dollah gondol dan macam2 lagilah yang kadang2 membuatkan kita gelak dengan nama tersebut.