Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, August 29, 2010

Puasa Si Miskin

Cerita yang diceritakan kembali....


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

8 comments:

Webmaster@Echam said...

Ya Allah.... Kita ni sbnarnyer mewah sgt hidup. Ramai lagi yang sdag menderita dgn kesusahan. Bersyukur dgn apa yg kita ada.

zulkbo said...

salam..
mereka ni lah golongan yang
memerlukan zakat kita..kesian..
di saat kita senang lenang selepas
negara mengecap kemerdekaan 53 tahun
ada lagi rakyat jelata yang kais pagi
makan pagi,kais petang makan petang.


***koi heran juga orang miskin ni selalu la pulok beranak,rasanya deme tak de keseronokan lain seperti kit berinternet..TENET deme je la..he he

Heaven's will said...

Asalamulaikum cikgu,memang benar apa yang telah disampaikan itu. Kita semua ini sudah terbiasa hidup dibawah ketiak kesenangan sedangkan masih lagi ada orang-orang yang memerlukan pertolongan. Dengan membaca dan memahami cerita diatas,saya pun sedar akan betapa cukupnya rezeki yang di berikan kepada ku padahal kesemua rezeki itu bukan sepenuhnya milik ku. Allah mentakdirkan adanya orang-orang yang mampu dan orang-orang yang serba kekurangan adalah untuk menolong satu sama lain. Setiap negara selalu ada mengatakan yang mereka ingin menghapuskan kemiskinan. Tapi tidak kah mereka sedar ini semua kehendak Allah semata-mata? Jika Allah mentiadakan kemiskinan sudah tentu setiap manusia itu akan bongkak dan mencintai harta daripada nyawa saudar mereka sendiri. Kita yang mampu ini sepatutnya mesti banyak belajar dari kehidupan orang-orang yang miskin ini. Tanpa mereka hati kita tidak akan mengerti erti kesusahan. Bayangkan saja adakah kita sanggup merebus semula tulang-tulang danging yang kita makan hanya untuk dimakan semula keesokan harinya?Sudah tentu semuanya tidak sanggup melakukannya. Tapi inilah dia hakikat hidup, walau apa jua masalah yang melanda kita semua cuba renungkan seketika bahawa ada lagi orang yang sedang dihempap masalah yang lebih dasyat dari kita.

cemomoi said...

kemewahan membuatkan kita selalu menceceh bila ditimpa sedikit kesulitan

Cikgu Jang .. said...

salam...

org macam nih lah layak menerima zakat dan bantuan sempena bulan yg mulia ini...

relevan said...

Sentiasa beringat ingat pada yang lain..kena pula jika kita di limpahi rezeki yang mencurah..

Jejaka Desa said...

Bersyukur lah ape yang kite ande sekarang ni.Kala kite rase susoh rupenye ande orang lain yang lagi susoh dari kite

Pacifist said...

salam ziarah cikgu jang.di bln penuh keberkatan.moga thn ini lbh baik dr thn sebelumnya.sedih dgn kisah tersebut dan lagi sedih ramai lagi yg buat tidak kisah atas apa yg berlaku. MATA DAN TELINGA KERAJAAN hanya memantau si anu itu sokong dan undi siapa.ttp kisah sebegini dibiarkan.hinggalah BERSAMA MU TV3 datang.lepas itu terhegeh2 tunjuk keprihatinan.kita ada baitumal dan zakat,ttp kenapa golongan ini masih ada.mereka bkn tinggal di dlm gua,aksesnya terhad dan mungkin tidak diketahui.dimana peranan ketua kg,JKK dan apa pula JKKP(persekutuan)