Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, June 25, 2010

Ye ke Felda dah bankrap..

Salam....

Malam ini Brazil lawan Portugal merupakan satu perlawanan yang koi rase hebat tambahan pulak siaran langsung perlawanan tu jam 10 malam.

Tapi bab bola nih tak meninggalkan kesan kepada koi serta isteri. Yang membuatkan koi tertanya2 ye ke berita tengah hangat sekarang nih mengatakan aset tunai Felda berkurangan dan menjerumus ke arah bankrapsi.

Kalau betul, sedih sangatlah kome sebab apabila duit tiada macammana nak bayar dividen KPF yang tinggi.

Bercerita pula pasal dividen KPF, kadar tertinggi yang Felda pernah beri ialah 16.4 % pada kewangan tahun 1997. Dan pada tahun kewangan 2008 pula, ia merosot kepada 12.5%.

Khabar tak rasmi yang koi dengar pula, tahun lepas KFP membayar dividen 14.0%. Tapi belum pasti kesahihannya sebab pengerusi Felda belum mengumumkannya.

Sebagai pelabur yang setia tetapi tidaklah mempunyai saham yang banyak, jika dividen 14% tu betul, ia merupakan satu berita yang mengembirakan buat kome suami isteri.

Harap2 khabar angin betul dan kalau boleh biarlah lebih tinggi lagi supaya kome boleh membelanjakan duit tu untuk tujuan tertentu.

Sekian.....


5 comments:

akuanakpahang said...

Salam Cikgu...
apapun skg nei mmg byk saham tertentu merundung mungkin situasi ekonomi yang tak nentu hala gamoknya.

cemomoi said...

aiseh ingat baru nok join dah le bajet lari nih ander pulok kabo berangin gini, mikir dulu le gamoknya

zulkbo said...

salam cikgu
harapan kabor tu
hanya kabor angin
FELDA pun sampai
dah nak saman PKR
sebab buat kenyataan
pasei nie...

relevan said...

Uiks..kawan anak peneroka..harap harap FELDA tidak bangkrap..

Cikgu Jang .. said...

hok sebenornye, Felda tak bankrap....cuma simpanan tunai aje yg kurang tapi bilangan asetnya makin bertambah banyak...hidup felda....