Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, September 10, 2009

Habis dah UPSR ...

Salam....

Tepat jam 4.30 petang tadi, selesai sudoh te urusan UPSR yg koi jadi pengawasnya. Keluar dari bilik kebal kat SM Purun, koi rasa lega sesangat sebabnya pusat koi jaga takde masalah langsung, semuanya berjalan dengan baik je...walaupun koi bukan ketua kat pusat te, tapi sebagai membantu ketua yg jugak rodong koi.

Walaupun dah berapa tahun pengalaman jadi pengawas ni, kali ni koi bapok le rasa hamunnya sebab dalam bulan posa....tok leh nak rasa makan tengah hari sekolah tempat koi jaga ter belanja. Kalau tak spt kebiasaan kalau tok bulan pose bapok kle bestnya jaadi pengawas ni.

Dulu2 masa muda2, syok juga kalau jaga peksa ni. Tok kiralah UPSR, PMR, SPM ,STPM ke....walaupun kalau STPM tu sampai 3 jam setengah nunggu calon jawab..
Tapi apabila dah umur nak masuk kategori separa vateran ni, kurang dah minat ke arah benda gitu.

Rasanya tahun ni koi last dah jadi pengawas UPSR ni, koi nak releks aje dah....koi rasa bagilah pulak can kpd cikgu2 baru cari pengalaman baru....


cat dog

Salam...

Agak2nya ni gambar betul atau super impose !!!!


Wednesday, September 9, 2009

Petua Imam Syafie

Empat perkara yang penting

Empat perkara menguatkan badan


1#. makan daging
2#. memakai haruman
3#. kerap mandi
4#. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1#. banyak berkelamin (bersetubuh)
2#. selalu cemas
3#. banyak minum air ketika makan
4#. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1#. duduk mengadap kiblat
2#. bercelak sebelum tidur
3#. memandang yang hijau
4#. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1#. memandang najis
2#. melihat orang dibunuh
3#. melihat kemaluan
4#. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1#. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur

1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. Tidur para ulama` dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. Tidur para raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencerna kan makanan yang banyak
dimakan.
4. Tidur Syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




p/S:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
' Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat ' . Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
(yang ni je x de empat )..hehe

Misteri bola putih dan bola hitam

Cerita yang koi baca dalam blog seseorang yang .................cis cis cis....

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si
anak cuma bagitau,"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu.

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut
roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah,
syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.
Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya
bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu...

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk
kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.

Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!!.

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!


Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih.
Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek
anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya."Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"


(anda semua pun ingin tahu kan ..?)





Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan
masanya sudah hampir tiba...


"sebabnya ....saya.. saya... saya...."



*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.
Isk!Isk! Isk!..........Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat
aku.

P/S : Sorry aarr sebab post ni . Ye lah...Takkan nak jadi
korban sorang-sorang je kan ...


ace: terima kasih kerana membaca.. sama-sama kita berkongsi kekecewaan ini.. haha.. sharing is caring is loving... Selamat ari raya.. haha

blog paling banggang dlm dunia...

Salam

Buat rodong2 blogger......cuba anda lawat blog seperti alamat di bawah ni

http://messengerofgodtoday.blogspot.com/


dalam banyak2 blog yang koi baca, blog kat atas tulah blog yg paling banggang sekali....bukan nak mengata, tapi hakikatnya memang gitu.....tak percaya? cuba buka..........

Puasa si miskin

Cerita yang diceritakan kembali....

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


Wassalam...

Tuesday, September 8, 2009

babi memang babi

Salam..

Petang tadi koi baru balik menjenguk projek sawit koi yang dah lama koi tak pergi .dalam bulan posa ni. Sepanjang perjalanan, hati koi rasa macam tak berapa sedap je, tambahan pulak perut laparnya amat, haus, dan macam2 lagilah perasaan yang timbul dalam bulan yang mulia ni.

Sesampai aje kat kebun tu, dog ( anjing ) yg ada kat situ berlari menyambut tuannya sambil menjeling dalam raga motor koi ade ke takde bawak nasi. Mungkin si dog tu rindu kot kat koi sebab lama tak melawatnya. Koi memang dah stambay dah sebab sian kat binatang tu, datang2 takde benda bawak, jadi koi sediakan makanan istimewa iaitu nasi campur kari lembu untuknya.

Yang koi bengkeknya, 50 pokok anak sawit yang koi sulam selepas dimakan dek gajah dulunya, habis lalu dimakan pulak oleh babi...memang babi betullah binatang ni, patutlah dipanggil nya babi...memang sial betul . Yang koi peliknya, setiap pokok tu koi dah balut dengan jaring VRC 1 inci. itupun habis dibelasahnya....

Apa ke tidok koi benggangnya, kiralah sepokok koi ambik dulu RM14 sekali dengan transport upah tanam Rm 2 sepokok, campur baja lagi............................banyak betul dah koi ruginya...

Apa boleh buat, kenalah pulak conggak2 berapa pulak koi kena keluar belanja untuk sulam balik pokok tu, takkan koi nak biar terlompang gitu je....rasa rugilah pulak. Bukannya senang sekarang ni nak dapatkan tanah untuk tanam sawit walaupun tanah kerajaan...

Tapi kali ni, atas nasihat pakar, disyorkan koi guna zink untuk balut anak sawit tu, kebolehpercayaannya 80% si celaka tu tak dapat makan pokok tu. Tengoklah...nanti. macammana.....kalau habis dimakan juga......tak leh buat ape dah....memang si binatang tu memang patutpun dipanggil babi....

UPSR hari ni

Salam...

Murid Tahun 6 hari ni melakar sejarah buat mereka sebabnya pada hari ni merupakan hari penentuan pencapaian mereka dalam akedemik selama 6 / 7 tahun bersekolah rendah dan penentuan paling getir untuk pihak sekolah bagi menentukan prestasi sekolah yang hampir 100% bergantung kepada keputusan UPSR.

Andainya keputusan tidak memuaskan di kalangan calon, kot mana pun mereka dapat juga bersekolah, cuma yang membezakannya adalah sekolah harian biasa dengan sekolah berasrama penuh. Bagi yang mendapat cemerlang 5A, harapan untuk memasuki asrama penuh kira2 95% dah sebabnya calon luar bandar diutamakan berbanding calon bandar.

Rasanya peluang untuk berjaya tidak semestinya bermula dengan UPSR, sebabnya selepas ni banyak lagi peperiksaan penting yang menanti dan menentukan haluan pencapaian seseorang pelajar tersebut.

Yang menjadi kisahnya, apabila keputusan tahun ni merosot berbanding tahun2 lepas. Yang terasa kecewanya tentulah guru2 yang mengajar calon2 ni. nak pulak jika keputusan sekolah jatuh menjunam, tentu di kalangan pentadbir akan terasa bahangnya. Nak pulak jika 2 atau 3 tahun prestasi sekolah tu tiada peningkatan...lagilah panasnya....

Apa2 pun ....sebagai rutin seorang guru yang mengharapkan agar anak didiknya berjaya, apa yang dapat disimpulkan hanyalah ' Berserah kepada Tuhan '........

Kalau nak diikutkan, semua perancangan telah dijalankan, tak kira aspek , fizikal, mental dan kerohanian sekalipun telah dijalankan.....yang menentukan hanyalah calon itu sendiri...

Dan hanyalah harapan agar sekolah koi tahun melepasi rekod2 tahun terdahulu....Amin.

Untung Peneroka Felda ...

Salam....

Sari dua lagi peneroka Felda dapat duit raya RM350.00 bg yg serah kat Felda dan RM150 bg yg tanam sendiri...

Hai untung la peneroka2 ni, dah le harga sawit tengah memuaskan, pas tu dapat pulak duit terpijak dekat2 nak raya...lepas lah dema beli lauk @ buat persiapan raya...

Yg kome gaji tak berapa tinggi ni, nunggulah bila Kerajaan nak umum bagi bonus...sekurangnya tak le membebankan selepas hari raya nanti....maklumlah, bulan ni gaji kuar awal, pas tu guna nak raya pulak...nanti lepas raya sementara nunggu gaji bulan 11 pulak...........

malaslah nak cerite.................


Sunday, September 6, 2009

Anda tergamak buat gitu....

Salam...

Kalau ada orang memperkatakan manusia makan manusia, rasanya susah orang nak percaya, tapi kalau tengok gambar kat bawah ni yang berlaku di negara Cina, rasanya masih ada orang yang makan manusia.

Sebelum tu, koi mintak maaflah sebab gambar ni menunjukkan mangsa tidak berpakaian, dan bukan niat untuk menyiarkan gambar wanita sebegini, tetapi untuk tatapan kita yang dewasa ni bahawa kejadian manusia makan manusia masih wujud di dunia ni....




Entahlah.....apa dah nak jadi dengan dunia hari ni....

Mari belajar sejarah elektrik

Salam...

Kali ni bukannya koi nak ajar sejarah Malaysia, bagaimana satu isu dalam blog 'Bujang Susah' yang ada mempertikaikan tentang kisah sebenarnya sejarah Malaysia Merdeka, tapi koi nak ceritakan tentang sejarah wujudnya perkataan elektrik yang menjadi satu keperluan yang sangat penting kepada kita..

Harap2 kita yang hanya tahu guna elektrik ni, dapat mengetahui yang sebenarnya perkataan elektrik ni berasal dari Tanah Melayu dan bukannya dari eropah seperti yang kita belajar sejarah masa darjah 5 dulu ( masa tu koi ambil penilaian darjah 5 dan bukannya UPSR spt sekarang ni)

Kalu tak percaya, baca cerita kat bawah ni...

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud pedooh / tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang ...

Begitulah ceritanya yang dipetik daripada diari Thomas Edison muka surat 232 bab 3 .

Friday, September 4, 2009

Cerita pagi sahur

Salam...

Ni bukan cerita daripada pengalaman koi ni, ni cerita yang dicerita oleh seorang pencerita yang suka bercerita dengan cerita2 yang bermacam2 cerita...


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi...

ps/: moga2 kita mendapat anugerah menemui malam itu....Insyaalah....

Program Ukhwah seindah Ramadhan....

Salam



Sekolah kome tahun ni betul2 mencatat sejarah. Apa ke tidoknye, bulan posa pun kitaorang adakan program. Program ni pulak bukannya ilham dari cikgu2, tapi program yang diatur oleh student2 UMP yang telah memilih sekolah kome untuk mengadakan program khas untuk bulan ramadhan ni. Ni kali kedua mahasiswa dan mahasiswi UMP tu adakan program kat sini.

Pihak sekolah, kalau ada organisasi lain yang nak buat program kat sini, memang menggalu-alukan, sebabnya banyak kelebihan yang sekolah boleh dapat. Nok mujur, boleh meletup UPSR nanti...baru berbaloi...

Selain tu, Kelab guru dan kakitangan kat sini boleh mengadakan sekali majlis berbuka puasa sebagai satu program rutin tiap2 tahun.

Nak nunjukkan semangat tak semangatnya, tengok le banner yang koi buat atas sokongan GB....


Koi pulak.........................................ikut je le................

Wednesday, September 2, 2009

Promosi berbuka kat Impian Morib

Salam....

Kalau rasa anda :

1. banyak duit
2. malas masak
3. nakkan kelainan
4. nak tengok makanan yang macam2 jenis
5. nak rasa macam orang banyak duit
6. nak bagi isteri dan anak teruja
7. suka membazir
8. nak layanan istemewa
9. kuat makan
10. dah jemu ngan masakan isteri
11. dah jemu beli makanan kat bazar ramadhan

Bufet berbuka puasa di sini, murah bagi yang banyak duit dan membazir bagi yang sengkek.

Anda cuma membayar:

Dewasa RM 32.oo aje / sorang
Kanak2 RM 24.00 aje /sorang

Anda boleh makan selarat yang anda boleh telan sehingga pukul 9.00 malam.
Anda tidak dibenarkan membawa balik makanan kecuali kalau anda seorang profesional menyeludup makanan dibawa keluar.

Terbuka kepada sesiapa sahaja.....

Tuesday, September 1, 2009

Tak pasal2 lepas kat Morib hari ni


Salam...

Pagi tadi masa kat pejabat, koi ternampok satu surat fax atas meja par, koi belek2 nak tahu surat ape kebendanya, rupa2nya surat pangilan gi bengkel atas nama koi. Tengok tarikhnya... la...rupenya hari ni sampai Jumaat nanti. Padanlah koi kena pegi sebab bengkel tu untuk S/U ladap....

Koi tengok pulak tempat bengkel tu diadakan, la jauhnya kat Morib nun...fuh terkedu sekejap mikirkan ngapalah jauhnya kena pegi. Pastu pulak wakil Bera koi sorang je kena pegi. Hati koi dah mula dup dap dup dap dah....maklumlah, mana penah gi kursus ke bengkel ke jauh2 dan sorang2....last kena pegi masa tahun 2001 dulu kat Recsam Penang selama 7 minggu. Tu pun naik bas je...

Pastu tengok senarai nama 10 org peserta dlm surat tu, cikgu lelaki yg dekat ngan Bera yg gi sama cuma daerah Jerantut je, koipun telefon sekolah dia tanya cikgu tu ajak gi sama biar ada teman.

Mulanya cikgu tu jadi nak gi, koi tunggu sampai pukul 1...last2 dia telefon kabor tak jadi pulak disebabkan hal-hal yang tdk dapat dielakkan...

Jadinya, koi nekad jelah.....dalam hujan sepanjang jalan dengan bantuan adik koi Nazeri, last sampai juga koi kat Morib ni dalam pukul 5.00 ptg.

Rupa2nya bengkel ni peringkat kebangsaan anjuran BPG...patutlah koi tengok ramai sangat cikgunya...ingatkan bengkel ni utk wakil daerah di Pahang je...

Tu, nasib baik lah buat kat Morib ni...andainya dibuat kat tengah2 KL nun atau kat Pulau Pinang, atau kat Kedah ke....lagilah ....

Walau ape2 pun, walaupun letih memandu dlm bulan posa ni, dapat juga merasa berbuka kat hotel.....walaupun dengn hanya tiket 'berbengkel.'..

Dan disebabkan malam pertama ni takde slot, tambahan pulak wifi percuma disediakan....ditambah pulak ngan rasa boring, jadi keluarlah cerita ni....untuk saja2...

sekian...