Salam.....
Bagi orang yang menggemari kulat ni, gerenti kalo ade jumpe kat ladang atau juei kat kedei, gerenti kutip atau beli.
Sebabnya belum ade lagi mana2 saintis dapat menanam kulat dan menghasilkan untuk tujuan komersil berbanding dengan cendawan2 lain yang biase dijual.
Rasenyer yang kenyal, manis dan aroma yang sedap pasti menarik minat penggemarnya untuk menikmati kulat ni tanpa banyok soal.
Keknyer tumbuhan ni bukan spesis yang ditanam tetapi tumbuh pade mase yang tak disangke. Biasenye tumbuh setahun sekali, tapi rase koi baru lagi jumpenyer dalam sebulan dua nih, dah ade pulak tumbuh.
Kulat ni tumbuh di kawasan tanah merah, sedikit berbusut dan di kawasan bawah teduhan pokok2 terutama kelapa sawit. Biasenyer kalo ade guruh yang kuat , keesokan harinya ade le jumpe ia tumbuh.
Kalo ade je kulat nih tumbuh, maka ade le rodong yang akan menelefon koi beritahu sama ada ambik yang dier dah kutip atau beritahu kawasan mana yang ada tumbuh sebabnyer dah tahu dah, yang kite ni merupakan penggemar kulat tahun nih.
Kelmarin dulu, dah ade dua orang rodong peneroka beri kat kome kulat tu buat merase sebab deme jumpa banyok tumbuh kat kawasan biase .
Tapi petang tadi kebetulan koi meronda ladang orang tua, terjumpe le pulak 3 kawasan tempat kulat tu tumbuh dan ada yang sedang baru nak kembang di mana sedang sedap dimakan.
Secara kebetulan atau memang rezeki koi petang tadi terjumpa kulat ni yang sedang sedak dimasak sebab belum kembang sepenuhnya.
Jika kulat tu dah kembang, banyok le ulat yang makan kulat tu dan sekaligus menyukarkan untuk menyiangnyer.
Yang ni dimasak pada malam di mana rodong peneroka yang bagi kat koi seplastik besar dulu. Dapat le 2 kali buat sayur hinggakan sakit2 jugak urat sebab banyok sangat melantoknyer.
Bile berborak pasei kulat nih, macam2 resepi yang diaorang buat. Ada yang masak air, buat sup, goreng kunyit, goreng tepung dan macam2 lagi lah.
Tapi bagi koi, paling sedap apabila dimasak kuah dan taruh sikit lada hitam dan daun kunyit.
Sesiapa yang dah biase makan tu, tahulah betapa nikmatnyer dan bagi yang belum penah makan, pastinya nak lagi apabila dah makan sekali.
Kalo tak caye, cube le makan.....
Sekian.....
4 comments:
Sedakkk ..kome gelor ni kulat tahun..buat sup je bapok sedakk...masak dengan tempoyok pun sedakk..
Kawan biasa buat gulai tempoyak mmg best campo ikan bilis aje :) keknya belah utara nun ada dah yang mati sabit makan kulat tahun nie :(
Sedak amat kulat tahun ni kala masok air.Bukan takat dia je dengan air2 kene hirup...
assalamualaikum cikgu Jang
sedap kulat ni.hubby suka sangat,anak2 pun suka,saya pun dah belajar masak kulat ni.
1st time makan bila my FIL bawa balik kulat ni dari ladang.
Post a Comment