Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, April 17, 2011

Cubaan bunuh diri kerana tekanan !!!

Salam....

Maklumat yang koi dengar ni takde disiarkan dlm media. Hanya cerita daripada mulut seorang yang boleh dipercayai kerana mempunyai hubungan kerja yang rapat seketika dulu.

Kisahnyer seorang guru yang memegang jawatan peringkat tinggi mengalami tekanan perasaan sehingga mengambil jalan singkat dengan mengkelar leher menggunakan sebilah pisau.

Namun umurnya masih panjang kerana bernasib baik anaknya sempat menjenguk ke bilik di mana kejadian tersebut sedang berlaku.

Menurut pencerita, kejadian tersebut berlaku baru2 ni tetapi tidak dihebohkan kerana melindungi kepentingan sesetengah pihak sama ada keluarga mahupun kerajaan.

Setakat itulah cerita yang koi dengar tetapi untuk mengetahu lebih lanjut kejadian itu, masa tidak mengizinkan untuk berbicara lebih panjang.

Impaknya............

Kalau ditelitikan tugas guru sekarang, amat bebeza dengan guru-guru pada zaman koi bersekolah dahulu.

Guru sekarang ni mengalami cabaran dan dugaan yang amat besar dan berat. Dalam kepala tiada mikir benda lain kecuali hal-ehwal di sekolah, masalah murid, kerja terbekanglai, bebenan kerja terlampau, dan macam2 lagi yang kadang2 membuatkan tidurpun kurang lena.

Dulu2 isu bebanan guru diketengahkan oleh kesatuan, keknya apa yang kerajaan berikan kurang memberi kesan kepada perubahan.

Apa yang diharapkan oleh guru2 cukup mudah. Sediakan pembantu tadbir bagi setiap tugas yang selalu dilakukan guru seperti bidang Hal ehwal murid, Bahagian peperiksaan, Bahagian latihan sukan dan sebagainya.

Ataupun khususkan sesuatu jawatan. Contohnya guru bahagian akademik hanya menumpukan akademik sahaja. Guru sukan akan uruskan segala berkaitan dengan dan kokurikulum. Guru yang terbabit dengan tugasan HEM, hanya uruskan bahagian itu sahaja.

Kalau tak, apa yang berlaku saban tahun, tetap begitu juga. Tiada perubahan.

Rasionalnya, andainya akademik sekolah jatuh, hanya bahagian akademik sahaja yang perlu diberi tumpuan. Begitu juga kemerosotan dalam bidang lain. Hanya guru2 yang terlibat sahaja perlu diberi perhatian.

Berbanding dengan kebiasaan, seorang guru juga merupakan:

1. Memberi pelajaran di dalam kelas mengikut sukatan dari kementerian.

2. Memberi pelajaran di luar waktu kelas terutama kelas2 peperiksaan yang tidak mengira waktu termasuk selepas waktu sekolah, selepas asar, malam, dan waktu cuti umum.

3. Menguruskan sub HEM yang diagih2kan kepada guru sama ada bidang disiplin, buku teks, RMT, kebajikan, Harta modal, kantin, bangunan, kebersihan, lawatan, klinik, data dan maklumat, dan banyak lagi yang sesetengah kerja tu memerlukan guru mengabaikan pelajar di dalam kelas apabila pihak atasan mengkehendakan laporan kadar segera.

4. Jurulatih, penasihat, pemimpin kepada sub unit kokurikulum yang secara asanya dipecahkan kepada 3 komponen utama iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan juga unit uniform. Perjumpaan mesti diadakan setiap minggu mengikut giliran. Tidak termasuk kalau sekolah mengadakan olahraga tahunan, perkemahan bersepadu, karnival kokurikulum dan macam2 lagi aktiviti yang wajib setiap sekolah dijalankan setiap tahun.

5. Guru juga merupakan tukang sapu, tukang cat, tukang hias yang perlu dilakukan andainya ada arahan untuk memperindahkan sesuatu kawasan terutama kelas, bilik2 khas dan dewan untuk sesuatu program atau majlis.

6. Kadang2 guru juga kena jadi chef serta tukang masak untuk menjimatkan kos makanan sesuatu program kerana kekurangan budjet.

7. Sesetengah guru terlibat dengan daerah mahupun negeri memegang tanggungjawab sebagai jurulatih utama, pembimbing, fasilitator sesuatu program yang ada di antaranya boleh dikira dengan jari kekerapan berada di sekolah. Kesannya, guru lain terpaksa mengambil alih tugas guru tersebut sama ada untuk releif atau kerja2 segera kerana terpaksa akur dengan arahan.

8. Itu belum lagi kalau ada masalah dengan penjaga yang ada antaranya kurang cerdik dan hanya mencari salah guru.

Jadinya, kalau kes cubaan bunuh diri seperti yang koi dengar tu benar2 berlaku, tidak mustahil selepas ini akan ada kedengaran lagi perkara seumpama itu.

Cuma tindakan sedemikian merupakan tindakan yang amat bodoh dan mempunyai pemikiran yang singkat.

Tapi, rasanya kalau guru yang mengalami tekanan melampau sehingga menyebabkan sakit jiwa, mungkin ramai, cuma kita tak tahu siapa.

Bagi koi pula, tekanan dan bebanan kerja yang semakin bertambah ni ada juga kaitan dengan kredibiliti seseorang guru itu. Maksudnya di sekolah ada guru aktif dan ada guru yang lebih suka berada di sekolah tanpa melibatkan diri dengan daerah , negeri mahupun kebangsaan.

Macam koi, dulu2 kerap mengikuti program Pusat Kokurikulum Negeri jadi jurulatih, kerap keluar sehingga sampai lebih seminggu, terlibat dengan aktiviti pengakap daerah, dan kadang2 dipanggil menjadi pembantu untuk sesuatu program daerah mahupun negeri.

Keknya apabila semua aktiviti tersebut koi hadkan untuk aktiviti tertentu sahaja, rasanya diri agak lapang terutama kalau ada tugasan disekolah yang perlu dibereskan dengan segera.

Kalau tak, macam mana nak buat kerja di sekolah sedangkan diri kita ada komitmen lain di tempat lain. Nak suruh rodong sekolah, ada yang boleh diselesaikan dan ada yang kita seorang sahaja yang tahu mengendalikannya.

Tapi, apa2pun, sesibuk mana tugas guru, sebanyak mana bebanannya, ada pilihan sebenarnya. Sama ada nak teruskan atau letak jawatan.

Bagi koi, kalau koi ada kebun sawit 30 ekar, rasanya lebih akan koi tunggu 300 bulan berkhidmat kemudian boleh mohon pencen awal. Tak sakit kepala ......maklumlah, pokok sawit bukannya pandai komplenpun...................


Sekian.........




12 comments:

akuanakpahang said...

Apu pun juga tekanan rasanya semuanya bermula dari tekanan kehidupan itu sendiri mungkin sebagai contoh guru dan tugas gurunya org lain dgn tugas orang lain. Namun masalah kehidupan dan persekitran itu sendiri mewarnai segalanya. Mungkin masalah kewangan ,masalah kehidupan yang lainnya dirangkaikan didalam situasi ini. Tidak terkecuali kos sara hidup dan perbelanjaan seharian dan keluarga mempengaruhi segalanya. Pendek kata hati itu kena ceria baru datang gembira. Kalau kos sara hidup dengan barang dan lain-lain keperluan asas asyik naik sokmo maru tak datang tension :( Disini bergantungnya iman itu sabar atau sebaliknya kita yang bergelar hamba.

Cikgu Jang .. said...

betoi ngat tu...kerajaan kena cakne tu....
kalo setakat keje je, takkan le sampai nak bunuh diri.....mgkin ade masalah lain tu ...

zulkbo said...

salam..
alahai..goner jadi sampai
cenggitu..nauzubillah mizalik...
semoga di jauhkan kita semua

abu muaz said...

sukar mereka nak dengan rintihan ni cikgu. kita kena tukarkan Putrajaya dulu.

Cikgu Jang .. said...

dengar ceritanya non muslim...

endiem said...

banyak dugaan nya

cemomoi said...

cekgu dian yang membakar diri... ketnya nauzubillah mintak jauh daripada perbuatan tu...

mak bapak tak sehaluan dengan guru tu yang makin rumit tu

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Begitu hebatnya cabaran sebagai guru.

Kita juga sedih kalau ada antara kalangan kita sebagai guru yang begitu tertekan sehingga sanggup malakukan perkara yang dilarang agama. Bukan sahaja agama larang, undang-undang pun larang.

Salam hormat. TQ

Cik SHiNJU said...

Betul...mmg tugas guru skrg ni berat..
Sbb tu koi x sanggup jd cikgu...
Mmg tabik la ke aokme..

Anonymous said...

salam...gona pulok ceritenye cikgu bagi tekanan kt murid yek...dah tau dekat upsr di suruhnye masuk pertandingan recoder....padahal bukannyer lama sangat doh nk periksa upsr sebenornye...kalo dari awal lg doh bg tekanan suruh tiup recoder..masa bila agoknyer nk belajor yea?...kalo la yg dipilihnyer tu budok darjah 5 ..tahanla sikit ...ni budak darjah 6...

Cikgu Jang .. said...

hehehhe...aok ngadu kat koi, x jadi hape..alngkah baiknyer pegi jumpa GB, cakak dgn gb, yang tiup rekoder ni buang air liur...

Tapi, sijil peringkat negeri, laku weh nak gi asrama penuh...berbanding dgn langsung takde penyertaan peringkat negeri..

hani@debumelukut said...

cikgu bukan lagi lilin yg membakar diri tapi lampu kalimantan yg jimat tenaga letrik tapi power berganda2..tak main bakar2 diri cam ni..nauzubillah