Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, April 15, 2011

Apabila kayu balak dah keluar.....

Salam..

Sepanjang koi buat projek kat hutan sebelah ladang Felda tu, ini merupakan kali kedua kayu balak kat situ dikeluarkan.

Kali pertama dulu hanya kayu capcai je, tapi kali nih koi tengok kayu2 yang bernilai juga le yang ade.

Yang bezanya dulu dan sekarang ialah minat untuk buat kebun sawit di kalangan penduduk sini agak ketara setelah mengandaikan kawasan hutan tu menjadi terang benderang. Cuma memerlukan sedikit kerja yang perlu untuk menjadikan kebun.

Setakat ni, yang koi dengar, permohonan belia Felda sini untuk memajukan tanah paya yang terletak di belakang projek koi.

Yang kedua, permohonan beberapa individu di bahagian menghala ke barat daya yang bersepadan dengan Fekra kertau.

Dan yang ketiga uar-uar beberapa individu nak meneroka tanah di bahagaian paya projek koi yang baru tu.

Dulu, masa koi nak mula buat projek, macam2 cerita keluar yang bertujuan untuk melemahkan semangat. Tapi apabila tengok projek koi tu dah mengeluarkan hasil, ramai kaki kebun dah mula menunjukkan minat untuk sama-sama menceburi bidang tersebut.

Cuma, bagi koi, tak kisahlah tanah mana nak teroka, kawasan mana nak tanam sawit. Cuma satu je yang koi khabarkan kepada mereka tu, yang projek koi buat tu, jangan cuba-cuba nak rampas walaupun statusnya masih belum bergeran.

Dan secara jujurnya, apabila berniat nak buat projek sawit ni, paling penting adalah modal. Yang kedua pula ialah komitmen dan yang ketiga adalah kesabaran yang tinggi.

Satu lagi, buat projek berkumpulan memang akan menimbulkan masalah. Ini kerana hati manusia ni bukannya sama. Sifat pendengki, iri hati merupakan senjata kepada kemusnahan walaupun segi perancangannya nampak baik, hasilnya belum tentu tahu.

Sebab itulah koi buat sendirian. Biar le nak berjaya ke, semak ke, pokok mati ke..........yang penting tak melibatkan orang lain.

Dan secara peribadinya, sememangnya koi galakkan agar tanah di situ diteroka supaya menjadi terang dan sekaligus dapat menggelakkan ancaman musuh dan kita tidak keseorangan di situ.

Cuma koi dah tak larat nak buat kebun lagi. Dengan keluasan hampir 17 ekar kadang-kadang membuatkan koi naik tension memikirkannya.

Lagipun, kalau dah benar-benar berjaya, itu sudah cukup untuk menjadikan koi lebih daripada peneroka itu sendiri dengan keluasan tanah yang ada.

Biarlah kalau ada orang lain nak buat projek di belakang kawasan koi tu, koi kata " ambillah"........






Petang tadi, koi berkesempatan meninjau kawasan situ dan dilihat kerja-kerja pembalakan sudah bermula...........


Wassalam....

5 comments:

Aku Anak Pahang said...

Salam kebun aok te menjadi perangsang utk org lain juga... deme teliur laa tu :)

endiem said...

terang benderang di sodoknya..

terokai seni said...

amboih rajin cekgu yerk... bukan calang-calang nok berkebun ni, duit banyok je pon tak jadik kalo tak kuat semangat

orang melayu memang patut teroka bebanyok tanoh ketnya jangan jual tak tentu aroh dah le

saharul said...

sementara ade peluang, sembat je....nak beli tanah hok bergeran, sampai pencen le x dapat seluas tu...

Sham said...

wow 17ekar meriah tu...moga berjaya ghodong...