Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, March 11, 2011

Sudah bermula .....

Salam....

Setelah sekian lama tidak dianjurkan aktiviti kelab badminton Purun, jadinye kome bersepakat mengadakan kejohanan tertutup antara kome2 bermain badminton.

Dengan agihan kumpulan secara undian mengikut tahap permainan, dua kumpulan dibentuk dengan setiap kumpulan mengandungi 5 regu dan setiap regu bermain 4 perlawanan.

Yang seronoknya, setiap perlawanan berlangsung, kelab akan tanggung 2 shuttles untuk satu game.

Dengan reputasi kumpulan serta semangat bakar membakar, perlawanan menjadi hangat dengan penampilan corak permaianan yang bermacam2 gaya.

Cuma yang agak terkilannya, ada pemain yang mendaftar tetapi tidak datang bermain sedangkan kawan seregu menunggu untuk bermain.

Kalau memang taknak bermain, tak usah mendaftarkan diri sedangkan regu lain sudah bermain 3 perlawanan berbanding ada regu yang belum bermain untuk satu perlawanan sekalipun.

Harap2 regu yang belum bermain tu, dapat menyabarkan diri kerana pemilihan pemain adalah secara undian..





Dan setakat ni regu koi sudah berjaya mengalahkan 2 regu yang lain dan seandainya menang untuk perlawanan ketiga, Insyaalah, kome akan melangkah ke perlawanan separuh akhir...

Begitulah adanya...

1 comment:

Aku Anak Pahang said...

Selamat mengaktifkan diri semula dgn kelab badminton... semoga berjaya.