Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, March 12, 2011

Berpeluang negok silat depan pengantin...

Salam....

Musim cuti bermula nih, banyok le kenduri kawinnyer. Tak ketinggalan jugak le sorang rodong yang sama sekolah turut melangsungkan majlis kawinnye pada hari ni.

Yg menariknya semasa kenduri tu, turut diserikan pertunjukan silat oleh 2 orang pendekar Kumai ( sebab rumahnye kat Felda Kumai).

Jarang boleh tengok org bersilat depan pengantin nih. Dan kebetulan tadi ada pertunjukan tu menjadikan majlis tu tadi ada kelainan tersendiri.

Bile menengokkan org bersilat tu tadi, teringat zaman koi berkecimpung dalam dunia silat Stan Muakat yang dikendalikan sendiri oleh koi dan rakan2 semasa bujang dulu.

Keknyer, payoh dah nak cari rodong2 yang sama sebangsal dulu tu. Dan kalo adepun mboh dah lupa langkah2 silat pertunjukan tu.


Semoga budaya silat nih dapat diperkembangkan kepada generasi muda supaya tidak pupus ditelan zaman.

Dan buat pengantin baru, Cikgu Siti Khadijah semoga berbahagian bersama si suami pegawai tentera hingga ke akhir hayat kalian....Amin...

Sekian...

6 comments:

Jejaka Desa said...

Koi sedak silat orang Pahang ter la.Tak de ke serunei2.Padan ngibu,nganok ngan tetawok je.Menggeletor weh.

zulkbo said...

salam..
tahniah buat pengantin..
moga kekal hingga akhir hayat..
silat ni teringat koi zaman sekolah dulu..geng silat juga..selalu dapat jemputan majlis kahwin..gayung pancaindera..

abu muaz said...

ya budaya yang ditelan zaman . anak anak muda sudah tidak menunujukkan minta lagi

akuanakpahang said...

Deme bersilat pulut laa yak mmg ralit nengok :)

Sekamar Rindu said...

salam cikgu,

terus terang persembahan silat untuk majlis perkahwinan agak kurang dah sekarang ni..

** folo blog cikgu

cemomoi said...

pengantin pon kena bersilat juga lepas ter