Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, March 22, 2011

Moralnyer...bayarlah zakat ternakan..

Salam....

Singgah di rumah rodong seketika menghabiskan masa2 petang mendengo keluhan penternak lembu kecil-kecilan yang mengalami kerugian akibat serangan hawar mengakibatkan kematian binatang ternakan khususnyer lembu dan kebau.

Memang koi tahu yang serangan tersebut telah menular dalam sebulan dua nih di bahagian barat daya Purun sebelah kampung Bohor dan sebelah kertau menghala ke Pekan.

Banyok dah lembu dan kebau yang mati secara tiba2 tanpa disedari dek tuannyer.

Kebetulan tadi berborok dengan salah sorang penternak lembu kecil-kecilan ni yang menceritekan yang dier ada 4 ekor lembu. Sekor hilang tanpa dikesan dan 4 lagi mati akibat hawar berjangkit nih.

Begitu jugak dengan beberape rodong lain yang turut sama mengadu pasei lembu yang mati disebabkan penyakit.

Kisah hawar nih dah satu hal. Yang ada pulak ada puak suka mencuri lembu orang lainpun satu hal jugak. Setakat berodong dengan penternak2 lembu nih, ade jugak kes2 kesangsian mencurigakan mengenai hal2 berkaitan dengan lembu nih.

Menurut ceritenyer, suspek yang terlibatpun orang sini jugak dan merupakan penternak lembu . Tapi bukti yang mengsahihkan kes tersebut masih belum diperolehi. Kemungkinan kegiatannya begitu licik sehingga susah untuk dibuktikan.

Yang berkaitan dengan penyakit hawar nih, ada suara2 mengatakan sebab musababnyer berpunca dari penternak sendiri. Kalo diikutkan apabila ternakan melebihi 30 ekor yang dah cukup tahun, kenalah keluarkan zakat ternakan.

Jadinyer, dalam berpuluh2 penternak yang ada, entah berape org saja yang membayar zakat ternakan nih. Jadinyer tak heranlah kalo Allah SWT menarik balik nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

Satu lagi, kaedah penternakan yang tidak sistematik juga merupakan satu punca penyebaran penyakit nih. Kalo semua lembu dan kerbau dikurung dalam kandang, rasenyer susah jugak penyakit nih berjangkit melainkan dibawa oleh angin sebagai agen penyebarnyer.

Bukan sahaja ternakan tu dilepaskan berkeliaran, ada sesetengahnyer memasuki kampung saban malam hingga menimbulkan sumpah seranah orang ramai yang tidak dapat hidup aman di kampung sendiri akibat lepas tangan si penternak nih.

Mungkin kejadian nih ada hikmahnyer. peringatan kepada penternak supaya mengeluarkan zakat dan mengambil berat di mana dan ke mana ternakan tersebut berkeliaran.

Dan bagi orang yang tiada kaitan dengan hal ehwal lembu kebau nih, apa yang dapat dicakapkan ialah.......................................sabo jelah.......anggap le satu cabaran.


Wassalam...

8 comments:

akuanakpahang said...

Kawan bersetuju dgn pandangan aok te .. mmg betul pendek kata dalam apa jua harta dan kekayaan yang kita miliki ada hak org lain.. jadi bersihkanlah dgn berzakat tentu membawak berkat.

cemomoi said...

zakat teernakan jangan lepa sok tenggelam cam qarun lak

zulkbo said...

salam..
simpati koi pada rodong aok yang kematian lembunya ter..bab zakat tu tanggungjawab kita dengan Allah..bila dah jadi cenggini harapan ada iktibar darinya..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

betul ciku ckp ..bayar zakat..biasanya orang terlupa zakat ternakan ni

hani@debumelukut said...

Tuhan itu maha adil..Segala yang berlaku ada sebab musabab yg hanya Dia yg mengetahui.

relevan said...

Betul..

abu muaz said...

terlupa kot cikgu...

CekWa said...

kesian jugek kena gtu yak!