Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, March 16, 2011

Giliran laih mengambil tempat.

Salam....

Bertolak dalam pukul 10.30 pagi menghala ke Sungai Serting pada mulanya.

Tengok air rupa2nya dah surut. Patah balik ke Sungai Bera di kawasan limpahan air hadapan Felda Plantation Triang 2 yang jaraknyer lebih kurang 2 km dari jalan besar.

Sampai je kwsn situ, rupanya dah ada 4 fiber kepunyaan geng mencari ikan yang tidak dikenali. Tengok kwsn persekitaran, rata2 dah dipasang jaring .

Start jeep, cari kwsn lain. Sampai je satu laluan yang dipenuhi air, pasang khemah dan terus cari port untuk pasang jaring.

Memang nak jadi rezeki makan tengah hari, dapat sekor baung baya2 keting dewasa dan sekor sebarau lebih kurang 300 gm.

Dan yang menghairankan sewaktu melihat jaring sebelah petang, lebih kurang setengah kilo je yang sangkut sekaligus kome membuat andaian memang takde rezeki di situ.


Macam biasa, berkhemah adalah satu kemestian apabila berjalan jauh.

Sebarau masih hidup untuk dijadikan lauk tengah hari.

Jangan tunggu lama untuk memproses baung segar setelah perut kelaparan kerana jam hampir menunjukkan pukul 3 petang.

Pucuk sekincir dijadikan ulam makan nasi. Pertama kali koi makan .

Rencah asam lemak tempoyak memang dibawa bersama untuk menggulai baung atau apa2 ikan yang kena kat jaring.

Menu ringkas tetapi sedap. Tambahan pulak ada ikan perkasam .....4 pot nasi koi tanak hampir licin dimakan seramai 4 orang.

Macam biasa, paling sikit pun 20 utas jaring ditahan. Gambar ikan ubi yang seberat 750 gm sangkut di jaring.

Spesis lampam jawa dan potok yang agak besar. Sangkut pada jaring 3.5 inci.

Memang rezeki pagi tadi. 3 ekor baung Sungai Bera yang masih hidup apabila dikeluarkan dari jaring.

Ikan ubi 3 ekor yang kome dapat. Memang sedap spesis ni. Dagingnya banyak dan lembut.

Ikan ni dipanggil bilut. Macam ikan laih cuma bezanya mucungnya yang panjang dan tiada misai berbanding ikan laih. Ada yang lebih dari 2 kilo berat ikan ni, keknya kome belum pernah dapat yang besar2.

Hasil tangkapan yang mencecah hampir 10 kilo yang tak disangka2 sebab pada mulanya tanggapan memang tiada ikan di situ.

Siap sedia hendak balik setelah masing2 berpuas hati dengan hasil tangkapan.

Ini dia ikan laih yang rata2 gred A sebab banyak yang lebar2 3 jari besarnya. Hampir 5 kilo yang kome dapat. Dan kalau dibeli, harga sekilo RM20 kerana rata2 digemari orang ramai.

Cuma kome terlupa membawa jala untuk menjala sebelah malam. Sebabnya sewaktu petang semalam, kome dikunjungi oleh seorang lelaki yang sama2 mencari ikan di situ memaklumkan kawasan tu memang banyak terbul bermain di gigi air.

Menurutnya, ricik halus2 buah sawit yang masak, tabur ke dalam air dan tunggu dalam 20 minit. Tak lama kemudian, ikan terbul dan seluang akan datang makan umpan ditabur tersebut. Dan kalau ada jala, tebarkan saja ke kawasan itu. Silap2 gaya 3,4 kilo boleh dapat.

Insyaalah, tempat tu akan kome kunjungi lagi apabila tiba masa yang sesuai iaitu sewaktu air sungai mula melimpah kerana secara logikalnya, apabila air melimpah, ikan akan turut sama mengalir bersama air terutama spesis baung, lampam, tengalan dan sebagainya.

Wassalam...

8 comments:

Aku Anak Pahang said...

Tu dia yak sepot seorg dema makan nasi mmg best makan berkemoh gitu weh :)

saharul said...

tdk boleh digambarkan dgn kata2 selain sedaknyer makan nasi ari tu.

Relevan said...

Laih buat pekasam cikgu..a 'a a

Sham said...

weh kuat betui wokme mencari ikan ye...puas ati aok...!

terokai seni said...

amboih yerk, koi nengok perut memasing pon dah sarat ter... sepot nasik sorang!

saharul said...

itu le antara keistemewaan berkhemah dlm kebun sawit ni.....masakan ala kadar tapi seleranya bertambah hatta kelaparan bermain dlm air...

zulkbo said...

Salam Cikgu..
memenuhi masa lapang
penuh berfaedah ni..
ada hasil makan sekeluarga
mahu 2-3 hari lauk tu
:D

CekWa said...

koi memang penggemar ikan laih, dulu masa di kerayong mmg carik ikan te..tp sejak tukor ke sabah ni tak merasa dah.....terliur betul tengok ikan te!boleh digambarkan sedatnyer makan tengahari sambil berkemoh gtu!