Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, March 25, 2011

Cikgu melepaskan budak ikut mood ?

Salam...

Ayat maut sewaktu perbahasan usul pada saat2 akhir yang menghangatkan suasana yang semakin tegang dek kepanasan dewan yang sedia panas.

Usulnya baik cuma meminta pihak sekolah melepaskan murid keluar tepat masa balik.

Jika balik pukul 1.15 petang. Bunyi je loceng, murid2 terus keluar spt sekolah2 di negara barat. Tak perlu tutup kipas, susun kerusi, bersalam dengan guru dan berbaris membaca doa hendak pulang.

Cuma yang memanaskan hati , katanya " ada guru yang melepaskan budak pulang ikut mood".

Seolah2 cikgu2 di sini melepaskan pelajar pulang ikut sesuka hati. Kadang cepat dan kadang lambat. Begitulah maksud ungkapannya agaknya lah....

Oooo...kalau boleh lepaskan murid ikut mood............lagi la sukanya cikgu2 ni. . Agak2 malas nak mengajar, suruh budak balik je. Agak2 murid malas buat kerja..suruh balik ke rumah.


Hehehe..............

Sebagai pengajaran......kita nak bercakap biarlah sesuatu yang ada manfaat untuk kebaikan bersama dan bukannya mencari salah orang lain. Sesuatu yang kita tidak jelas, elok bertanya terlebih dahulu dan jangan hendakkan nama popular, memberikan usul dalam mesyuarat yang memerangkap diri sendiri.

Akibatnya, jadi bahan lawak dan kritikan serta kutukan orang lain.

Sekian....


10 comments:

Aku Anak Pahang said...

Moralnya biorlah budak balik ikuti time dia yak kalau kuar cepat bukan masanya susah juga nanti pihak sekolah dipersalahkan.

zulkbo said...

salam..
parents mana la yang
bercakap tak pakai akal
kadang kala..sedih bila
mak ayah pula yang berlebih

saharul said...

kes tunggu anak lama le tu..biasa le, ada masenyer terlewat jugak keluarnya bebudak nih...

Sham said...

sekoloh koi besok metingnya...tak taula ape citenye besok...

Anonymous said...

salam Cikgu,

Biasa juga saya mesyuarat terjumpa orang yang suka bercakap. Kononnya nampak hebat dan ada idea tapi idea merapu dan tak boleh pakai pun.
Bab melepaskan budak ni saya rasa biarlah cikgu uruskan kecualilah ada kes kritikal tertinggal bas ke oklah. Doa sebelum balik tu pun bagus kurang2 pun ingatlah skit budak tu pada agama takdalah budak tu dah besar nanti jadi kurang ajar dan sampai tahap cikgu pun dirogol.Jadi betullah kalau anak kita biadap tu memang salah kite sendiri sebab kita yang bagi mereka mua. Terimaa jelah hakikat tu..

Mountain Climber

Ateh Nour said...

Sallam,
Masa keh sekoloh rendah dulu, kala nok balik cikgu buat kuiz dulu, sapa dulu dapat jawab dia boleh balik, sapa lambat dapat jawab lambatlah dia balik, tak pernoh cikgu melepaskan kome bedere gitu macam ayam keluor dari reban.

terokai seni said...

mok bapok tak than jammed juga, nok-nok time ujan... tu yang deras je nok balik

saharul said...

hok yang beri usul tu pun tak sedor yg dier tak beri kerjasama dgn pihak sekolah....fikir yg dier je betoinyer...

Nizam Awang Brahim said...

Dia ingat dia betol sangat gamoknye...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ciku ada nak kasi letup mamat tu..roger gua.... tau