Ass salam....
Kalo cerita pasei jantan ngisap dadah, koi tak heran sgt. Sebabnya dari koi kecik sampei ke tue, saban tahun bilangannyer semakin bertambah.
Hilang pelapis pertama, timbul pelapis kedua, tiga, empat dan seterus-terusnyer.
Keknyer bile dengor pasei betina (nak panggil pompuan, rasenyer tak layak pulak) terlibat same, koi begitu tertarik mengetahuinyer lebih lanjut.
Setakat koi bermaustatin hampir 14 tahun kat sini, dah tiga orang kisoh betina ngisap bende haram tu yang koi dengor.
Yg pertama masih ade lagi kat sini dan sebelum bergelor "J", laki dier pun sama berkecimpung dalam dunia ngisap mengisap tu.
Dan apabile dah bercerai, aktiviti ngisap tu masih diteruskan malahan sudah sampai tahap gaban. Maksudnyer, ngisap bersama jantan2 di port2 tertentu dan kadang2 tu bermalam di port di samping jantan2 lain dengan ditemani iblis.
Yang kedua pulak, laki dier masuk penjara dan aktiviti masih diteruskan bersama bekas rakan seperjuangan laki dier. Gelagatnyer lagi teruk drpd yang pertama tadi. Sebabnyer sebelum melaun tu kawinpun, dah lama ngisapnyer.
Yg beshnyer, jodoh pulak dgn laki dier yang sama2 ngisap sebelum kawin, dan selepas kawinpun tetap aktif meneruskan aktiviti.
Yg ketiga, baru sari dua koi dengor kisahnyer. Bawak anak kecik ke port sampai berjam2. Habis bintat segala badan gigit dek nyamuk, tak hiraukan tangisan anak.
Koi tak berape kenei muke dier, keknyer kalo terjumpa, rasenyer koi kenei. Setakat dengor cerite pasei dier drpd rodong2.
Korek punyer korek, patut le ngisap jugak, rupa2nyer laki dierpun jenis spesis yang sama. Tak heran le si binipun turut terjerat. Tak tahulah pulak kalo dah bercerai dgn laki dier tu.
Tak besh kalo berborak tanpa gurauan sesama sendiri. Begitu jugak heinyer pasei gelagat minah2 ngisap nih.
Tak semena2 ada saranan kalo nak "merasa"..............hulur je 2,3 hinggit, gerenti dapat punyer.
Hehehe...........tapi ayat tu tak habis.
Kalo sanggup terima " HIV"....
di penghujung ayatnyer.
Berkisarkan kisah tersebut, koi cukup kesian. Kesian kat anak kecik yang usung kulu kilir bawak sampei ladang.
Apalah malangnyer nasib si anak kecik dibuat gitu. Yg bodohnyer si emaknyer. Kalo nak ngisap bersama jantan2 kat ladang sawit nun, tak payah le bawak anak sekali.
Ini, tak pasei2 si anak yg tak tahu apa2 terlibat same.....
Entah le......dunia2....
Mintak2 jgn terjadi kat keluarge koi, rakan2 koi, anak2 murid koi cukup le......
Dan harap2 insan2 yang dah tak boleh balik ke pangkal jalan nih, bior pupus ajelah . Janganlah ada pelapis baru lagi.
Sekian....
9 comments:
Salam, tak benderlah ayat yang boleh kawan ngabor selain drp perkataan 'punah' mintak di jauhkan juga drp keluarga dan saudara mara kita.
bukan je "punah"....dah "ranah" pun...
banyok menda nak dihisapnya ter... teruk la orang kita nih, tak pnah nok amik tauladan lalu ke kisah buruk orang lain
salam..
dah realiti gitu..orang yang ngisap ni tak jadi orang..buat la goner..keluar masuk pusat pun balik ngisap balik..kat Jengka nuh ramai dak mati sebab HIV..sedihhh..
Moge janganlah anok2 kite jadi gini.
asalamualaikum dari Brunei...apabila kita tengok pergolakan dunia pada ketika ini, semuanya sudah serba songsang terbalik. kalau kita campurkan agama dengan hal social, nanti orang kata kita ni cakap tak serupa bikin. tapi hakikatnya ke manakah hala tuju kita sebenarnya sebagai umat manusia di bumi ini? ini saya mahu kongsikan salah satu cerita mengenai Nabi Muhammad. pernah dikatakan pada ketika itu Nabi Muhammad tidak makan, dan ada juga yang mengatakan sudah sebulan. Nabi Muhammad cuba duduk, berbaring dan mengikat perutnya dengan batu, namun masih jua ia kelaparan. Maka Nabi Muhammad pun mengerjakan solat dan berdoa "Ya Allah sesungguh aku dalam kelaparan." tiba-tiba Allah menurunkan malaikan Jibril dan berkata ia "Katakanlah apa yang engkau mahukan? jika sekiranya engkau mahukan bukit bukau menjadi emas, akan ku laksanakan." tapi Nabi kita Nabi Muhammad tidak meminta makanan malahan dia meminta kepada Allah supaya JANGAN ADA UMATNYA MASUK NERAKA...mashyallah... tengoklah bertapa kasihnya Nabi Kita kepada umatnya. apa yang saya hendak katakan ini adalah cuba kita renungkan dan ambil iktibar. kembali ke jalan yang benar dan di redhai oleh Allah. Kalau ada sesiapa yang diluar sana yang mengatakan bahawa tiada siapa yang kasihan dan kasih kepadanya, maka butalah hatinya kerana dia tidak tahu yang sebenarnya Nabi Muhammad lebih sayang kita lebih dari kasih sayang seorang ayah. tiada gunanya kita melakukan perkara-perkara yang tidak membawa faedah apatah lagi yang boleh membahayakan nyawa diri sendiri. Dengan ini marilah kita berdoa agar Rahmah Allah itu tidak akan putus. Manusia itu tidak dimasukkan ke syurga kerana sembahyangnya TETAPI kerana Rahmat Allah. semata-mata.
Woo Cikgu Chase the dragon Slayer tu..haha!
Salam kembali...
Koi selalu berjumpa dgn masyarakat asli sebab kampung dia tidak jauh dari sini. Yg tertariknya, puak2 nih kurang yg menagih dadah tetapi lebih kepada minum arak walopun tiada agama. Berbeza dgn segelintir org melayu yg mengaku Islam.
second...time kasih saudara from brunei...panjang lebar nasihatnya...
gambor hiasan je tu...keknyer puak ni sapu belaka...janji kepala lunai...
wsalam cikgu Jang..
tak sayang masa depan sungguh ler dema ni semua. Ni kali pertama koi tahu ada gak pompuan terlibat dalam kes dadah ni. Kesian sungguh ler.
Post a Comment