Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, October 8, 2010

Kena tangkap juga si Toyol tu...

Salam...

Malam tadi sekitar jam 9.30 malam, koi pegi lalu kat kawasan perniagaan Purun nih, koi tengok ramei org berkumpul.

Apabila hampiri, barulah koi tahu si toyol yang sedang mengganas ter telah ditangkap dan dibawa ke balai polis Triang.

Mengikut cerita yg koi dengo campur penyedap rase, budak tu kantoi apabila kelibatnye orang nampak berada di dalam kalbot ( saluran konkrit longkang) besar berhampiran dengan umah atuknye.

Rupa2nyer, di situlah tempat dier bersembunyi dan tidur.

Sebelum tu, sekitar dalam pukul 11 pagi, dah ade beberapa orang mengejarnya tapi tak dapat. Pas tu pulak sekitar jam 6.30 petang, sekali lagi die dikejar dek orang ramai, juga terlepas.

Tapi nak malangnya apabila dier bersembunyi kat situ, apabila orang ramai kepung jalan masuk, akhirnya dier terpaksa menyerah diri dan dibawa ke rumah atuknya untuk mengelakkan daripada dipukul orang ramai yg begitu geram dengan tabiat suka mencuri tu.

Semasa disoal siasat, habis diceritakan dek budak tu. Duit2 yang ada pada dier lebih kurang 800 lebihpun dipulangkan kepada pihak polis yang menangkapnya tetapi tak tahulah duit tu akhirnya ke mana. Jadi bahan bukti atau tidak.

Dengan penangkapan si toyol tu, aman le sikit kawasan kampung ni. Kalo tak kome yang duduk kat kuarters guru ni bapok le risaunya sewaktu pergi keje. Maklum le hampir 97 % penghuni di sini bekerja.

Harap2 lepas kejadian spt tu menjadi pengajaran buat remaja2 yg bermasalah kat sini. Sebabnya pepatah ada mengatakan " Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"..

Dan kemungkinan besar, budak tu akan dihantar ke sekolah juvana yang sememangnya itulah tempat dier boleh bersekolah.

Sekian..

7 comments:

zulkbo said...

Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..di berkati Allah
jua hendaknya..moleklah
tu..selesai satu cerita..

terokai seni said...

baik jadik tauladan buruk sempadan jadik sempadan bbudok skang ni payoh tul berbasa

Aku Anak Pahang said...

Bagus die dah kena tangkap..tak dan deme nok buat jerat yeek... nyusah ker org sungguh budak tu.

sahromnasrudin said...

salam ziarah..kenal blog ini dr blog cemomoi..tahniah!! blog ini menarik dan penuh info..syabas ya

Nizam Awang Brahim said...

Kala kene cubit sikit sorang mau lembik toyol ni...

Relevan said...

Bagi penengkeh je satu kali sorang kat kepala toyol tu..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kita doakan semoga si toyol jadi orang berguana selepas ini