Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, October 4, 2010

Ingat nak tolong sesama melayu,rupanya kena tipu.

Salam...

Bapok le kecewanya bile nak ngidupkan roadtax, dalam sistem takde rekod insuran padahal belum cukup setahunpun lagi insuran kete tu expired.

Bila telefon tanya pade org yg uruskan dulu, runner ( pihak ketiga) yg uruskan suruh kerani pejabat pos cek pada no siri kat geran kete sebab dah tukar geran baru.

Tapi bile tanya kat kerani pulak, nak masuk sistem bukan pakai no siri geran. Hanya masukkan no pendaftaran kete je.

Dah le punya ramai pelangan kat pejabat pos tu, nak tunggu giliran kita, bapok le cemusnya. Sampai2 kat kaunter , tak boleh hidup roadtax pulak.

Hangatlah hati bile kene tipu. Kali kedua tak boleh lagi, cube pulak hubungi incas yg uruskan tukar nama kete tu dulu, keknya langsung takmboh jawab telefon. Nampok sgt nak lari daripada tanggungjawab.

Nampak gayenye kene buat insuran baru la. Yg baki 6 bulan insuran lama tu, anggap burn jelah. Gonekan, takkan nak pegi serang pulak runner yg loklak nipu kite tu dulu.

Inilah susahnya bile berurusan dgn org kita nih. Ingatkan nak tolong sesama melayu, keknyer melayu makan melayu. Memang tak patut betoilah....

Lain kali kena beringatlah...baik berurusan dgn cina, gerenti puas hati.

Sekian....

7 comments:

akuanakpahang said...

Mmg payah kalau jadi ginei ..sebenornya org melayu kita sikap mmg lebur.. ada setengah tu tak tau adab lalu asal untung kedeme sudoh punah kalau kena ginei.

Cikgu Jang .. said...

masa berurusan, cakap dentam dentum.....ingatkan ok lah, rupe2nya dah niat awal nak nipu kite....his his his

zulkbo said...

salam cikgu..
kesian ke aok..begitulah
agaknya anak bangsa ku..
duit cenggitu pun lalu
deme nak makan yak?

luahfikiran said...

SALAM,
INI MASALAHNYA. ORANG YANG KITA PERCAYAI MENJAHANAMKAN KITA !

Kamsiah said...

salam
jgn sesekali berurusan dgn TONTO...tolong org nak tipu org..

relevan said...

Sabo cik sabo..lain kali cari je agen lain..

Cikgu Jang .. said...

settel dah problem tu...acap kali koi telefon dan akhirnya dier usahakan agar insuran tersebut diaktifkan...selamat duit aku....