Salam....
Beberapa tahun dulu, ramai peneroka yg meminjam bank utk membiayai kos tanam semula sawit apabila tidak terikat dengan Felda.
Dengan mudahnya bankpun meluluskan RM20 ribu pinjaman bercagarkan tanah ladang seluas 10 ekar.
Apabila individu berkenaan meminjam duit bank, maka Felda secara automatiknya mengganggap tuan tanah terkeluar dari Felda.
Kini setelah 8 tahun berlalu, timbul pula kisah 4 lot ladang di sini akan dilelong oleh mahkamah setelah pinjaman dari bank langsung tak berbayar.
Daripada nilai 20 ribu, kemungkinan mencecah kepada 25 ribu lebih kurang.
Proses lelongnya belum bermula tetapi dengar cerita daripada pihak pejabat Felda, 4 lot tersebut akan dilelong cuma tarikhnya saja yang belum ditentukan.
Penilai tanah akan menilai berapa nilai 10 ekar tersebut, pihak bank cuma akan ambil bahagiannya saja dan baki akan diserahkan kepada tuan tanah.
Anggaran koi dalam 10 ekar tu hampir mencecah RM200,000 pada masa sekarang. Tak tahulah jika penilai tanah menilai lebih daripada tu.
Dengan 10 ekar, kalau sawit berusia 8 tahun, pokoknya sihat alfiat, diuruskan dengan baik pula, setakat 2-5 ribu sebulan tu takde masalah hasilnya. Tapi kena tunggu setahun dua baru sawit tersebut boleh dipulihkan.
Tapi nak cari duit sebanyak 200,000 tu yg masalahnya. Kalau nak pinjam bankpun, setakat 100,000 pun belum pasti boleh dapat.
Itu masalah kalau nak cuba nasib membeli lot yg dilelong tu. Masalah bagi tuan tanah lagilah parahnya.
Andainya betul tanah mereka dilelong, tak tahulah nasib seterusnya. Hasil pencarian utama dah takde, kena berusaha kerja lainlah pula bagi menampung keluarga.
Mengikut maklumat yang koi dapat, ada antara tuan tanah dari 4 orang tu mempunyai masalah keluarga yang kritikal.
Anak2 lelaki terjerumus dalam kegiatan dadah, manakala sesetengah tu pula, anak2 yg sudah besar panjang bekerja kampung sebagai buruh yang langsung tidak dapat membantu menyelesaikan hutang.
3 dari tuan empunya taanah, memang koi kenal tapi, yg peliknya, ngape hutang bank tak boleh dibayar sedangkan gaya kehidupannya bukanlah dikategorikan susah sangatpun.
Mungkin sesaja taknak bayar atau sesaja menunggu pihak mahkamah mengambil tindakan.
Rasa koi lah..............
3 comments:
SALAM..
Alahai..kesiannya sapa
yang tergadai tanahnya tu..
tak de penyelesaian ke?
Bender ginie jgn suka ikut2 rasa binasa jawabnya
kalau dah meminjam bayor ajelah nape perlu cari susah. Perkara macam nie maslaah besar bagi umat melayu itu sendiri bukan di Felda aje dimana jua.
Balik kampung..itu pun jika masih ada kampung..
Post a Comment