Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, September 25, 2011

Bunuh diri kerana cinta ?..

Salam....

Semase melangkah masuk masjid waktu Maghrib tadi, ada jemaah berborak ringkas pasei sorang remaje membunuh diri petang tadi.

Yg koi tak tahu menahu hei tersebut, tercenggang2 seketike memikirkan kesahihan berite ter. lantas menanya lebih lanjut sape ke gerangan yg boleh dikatekan tak cerdik tersebut.

Rupa2nyer cucu peneroka dan merupakan calon SPM tahun ni, keknyer bersekolah di tempat lain . Balik bercuti umah atoknyer.

Dulu penah bersekolah di sini sebelum mengikuti bapanyer berpindah.

Selepas habis jemaah, koi ke rumah sorang rodong yang kebetulan ada lepak di halaman rumah lalu bertanyekan pasei sebenor kes tersebut.

Yg maklumat koi terima, ya atau tak, terdapat satu mesej yg tertulis "puisi terakhir"...dalam hanpon budak tersebut.

Jadinyer terus dibuat andaian, kes menggantung diri tu disebabkan cinta. Gamoknyer le...

Seandainyer koi tengok ke wajahnyer, mungkin koi kenei orangnyer sebab maklumat yg koi terima memang budak tu bersekolah rendah di sini. Kalo ya, soheh bekas anak murid koi le tu...

Jadinyer, koi mula berfikir......mengape le mudah sgt ambil jalan singkat sampei membunuh diri seandainyer membabitkan cinta. Ataupun kalo bukan pasei cinte pun, memang bodoh jugak sampei nak membunuh diri sendiri.

Kok ye pun, besor mane pun masalah melanda, Allah kan ade. Kepada Dialah tempat kita mengadu sebenornyer dan bukannyer mengambil tindakan senekad tersebut utk menyelesaikan masalah....

Dan walo apa2pun, motif sebenar membunuh diri tu, belom diketahui lagi. Bior polis yang menyiasatnyer.

Semoga Allah SWT mengampunkan dosa budak tu.....Amin...

Sekian...


Sunday, September 18, 2011

Ubi kayu gergasi...

Salam....

Kerap dah nengok ke ubi kayu nih, keknyer jarang amat bertemu yang dah tak berapa gaya ubi, dah gaye banir kayu nyudohnyer.

Hari ni, toh macamne, kejiranan kuarters blok koi duduk nih beriye nak gali ubi yang dah ditanam dek salah sorang penghuni di lereng bukit ngadap kuaters nih.

Dan Tetiba tergali le ubi gergasi yang kalo ditimbang mboh lebih sepuloh kilo gamoknyer.

Keknyer gamoknyer bile dah lama dalam tanah tu, ubi yg besor tu dah tak molek dah isinyer. Dah buruk.....

Ni tuan yg tanam ubi ter....

Sedang2 gini pun dah tak berape sedap dah makannyer, dah ganyut rasenyer. Tapi pade buang je, boleh jugak dibuat tapai ke, dibuat lepat ke, pengat ke.....ikut rajin le ape nak buat. Paling tidokpun goreng je .........petang2 dimakan bersama kopi o...ce gone?

Betoi le pepatah ngatakan, diam2 besi berkarat....diam2 ubi berisi.....

Tapi kalo lama sgt diamnyer, buruk jugak jadinyer.....

Sekian....

Thursday, September 15, 2011

Mengapa ekor kucing bengkok di sebelah hujung sekali...

Salam...

Hari ini berakhirnyer UPSR. Maka secara tak langsungnyer tugas koi sbg s/u kecemerlangan UPSRpun dah nak sampei ke penghujungnyer.

Yg ade debaran menanti gone gamoknyer keputusan tahun nih. Ramalan kome gaye2nyer mboh pecah rekod. Koi punyer target kuantiti 70% dan Kualiti 10 org 5A.

Ramalan tu bukannyer ramalan bodo je, koi analisis berdasarkan headcount drpd 7 kali ujian dijalankan.

Setakat paling tinggi, penah capai 70% lulus dan 4 org dah penah capai 5A. Yg lain tu, sangkut sikit2 je....

Bukan pasei UPSR koi nak cerite tapi satu kisah mengape setiap ekor kucing di bahagian hujungnyer pasti bengkok. Takde rasenyer kucing yg mempunyai ekor 100% lurus . Kalo tak caye ce tengok ....pasti ade bahagian bengkok di hujungnyer.

Menurut pakar kucing yg tak berape pakar, iaitu salah sorang rodong koi ...........kisahnyer bermula.............

Pada zaman dulu, kucing dan beruang duduk berjiran. Si beruang pulok rajin mencari madu dan diletakkan di dalam sebatang pokok besar.

Yang si kucing nih pulok agak pemalas, cuma tahu meminta je daripada si beruang tu.

Sebab senalo mintak madu yang dikumpul dek beruang, si beruang mula merase muak dan hamun. Manakan tidak, dier susoh payoh cari, si kucing pulak asyik mintak je..

Disebabkan beruang dah tak bagi , si kucing mula mencari ikhtiar utk dapatkan madu tu dengan apa cara sekalipun.

Setelah berhari2 mengintip tempat simpan madu, kucingpun mula ambil langkah dengan menebuk lubang kat batang pokok tu supaye dapat korek madu tu.

Disebabkan hanye boleh telus ekor je, kucingpun menggunakan kemahirannyer mencolek madu dengan hujung ekor dan dapat sikit, dijilat pulak.

Lama juge le kegiatan kucing tu sehinggakan simpanan madu beruang semakin lama semakin susut. Mula le si beruang merase pelik dan mencari puncenyer.

Setelah diintai, baru le tahu yang kucing curi madu simpanannyer.

Satu hari tu, ditunggu je kucing menjulurkan ekor nak colek madu, pastu beruang nih nampak, ditariknyer ekor tu dan disimpul jadi simpul mati.

Apa nak kabor le si kucing, meraung sakan le sebab hujung ekor dah kena simpul. Lari lintang pukang, terlompat sane sini sebab sakit.

Dan akhirnyer setelah berhempas pulas, dapat le kucing ni buka simpul mati tu tapi sampei sekarang ekornyer tetap bengkok.

Gitulah cerite yang koi dengor...............

Saturday, September 3, 2011

Perjumpaan Keluarga T&T

Salam....

Hari Jumaat bersamaan dgn raya ke 4, kome anak beranak beloh keluarge ayoh telah mengadakan satu perjumpaan besar2an buat pertama kalinyer di rumah Ecik Azam, Kg Loyang, Sanggang.

Ecik Azam merupakan paling bongsu dlm adik beradik Allahyarham ayah. Dan meneruskan kesinambungan tinggal di rumah pusaka.

Nama yang diberi bagi perjumpaan ter ialah " PERJUMPAAN KELUARGA T&T" yang mengambil sempena nama aki dan wan koi iaitu Tahir Dan Tijah.

Sedor tak sedor keluarge kome tu dah mempunyai 5 generasi. Itu menunjukkan pertambahan keluarge yang semakin hari semakin besar.

Dan sedor tak sedor jugak, ikatan tali persaudaraan antara kome sudah semakin terkikis lantaran tiada inisiatif untuk mengenal antara satu sama lain.

Justeru itu, program sebegini amat menepati matlamat sebenor iaitu mengembalikan zaman berkumpul anak beranok sebagaimana mase Allahyarham aki dan wan masih ade dulu.

Bile diamati muka2 yang datang, hampir separuh yang koi tak kenei langsung. Nok2 pulok kalo sepupu yang umurnyer jauh berbeza ke bawah. Apatah lagi kalo anak sedara sepupu, lagi le tak keneinyer.

Dengan berjayanyer program yang diaturkan semalam, sekaligus timbul idea baru iaitu akan mengadakan perjumpaan sebegitu pada tiap2 tahun disebabkan kalo nak berjumpa pada masa lain, payoh sangat nak ngejas ke masenyer.

Bertepatan sangat le program sebegitu diadakan. Sekurang2nyer kalo berselisih kat mana2 boleh le tegur menegur sebab dah kenei.



Untuk berkumpul, tuan rumah sediakan khemah sementara.

Dengan sedikit sumbangan daripada ahli, makan tengah hari dapat disediakan.


Inilah rumah pusaka yang masih tegap berdiri walopun usianyer hampir mencecah 60 tahun.
( kalo tak silap koi le ) di mana tempat perjumpaan tersebut diadakan.

Bile sampei ke situ, teringat pulok zaman kecik2 mase kerap balik kampung dan duduk di rumah tu. Terlampau banyok kenangan yang pastinyer hanya tinggal kenangan.

Sekian....

Tuesday, August 30, 2011

Kisah di perkuburan petang raya...

Salam.....

Pukul 6 petang tadi sewaktu kome anak beranak dan keluarga berkesempatan menziarahi kubur Allahyarham ayahanda yang bersemadi dengan aman di alam barzakh, terjadi satu peristiwa yang menyentuh hati.

Kisahnye seorang pemuda menangisi tanah perkuburan yang masih merah dan kedengaran suara agak merintih2.

Kisah bagaimana pemuda tersebut merintih2 kesedihan seakan2 kisah dalam drama2 melayu yang pernah koi tonton di TV.

Kome biarkan pemuda tersebut di tanah perkuburan yang kome sendiri tidak pasti sama ada ayahnya atau atoknye. Tapi memang yang meninggal tu adalah lelaki dan berita kematiannya tak silap koi baru koi dengar dalam 2,3 hari lepas.

Semasa kome sekeluarga bertahlih di perkuburan Allahyarham ayahanda, si pemuda itu tadi masih lagi berada di sisi kubur dan selang berapa minit kemudian, sebuah kereta dan keluar beberapa orang datang menghampiri tanah perkuburan tersebut.

Yang datang terus memujuk si pemuda tadi untuk mententeramkan jiwanya yang koi rase mungkin bergolak dengan konflik2 jiwa yang koi tak pasti apa penyebabnya.

Tapi tengok kepada keadaannya memang agak besar konfliknya.

Walaupun sesiapa yang telah pergi dan tak kembali lagi ke dunia ini semoga roh2 mereka aman di alam tersebut.

Dan bagi si pemuda itu tadi, diharapkan agar tabah menghadapi dugaan yang menimpa. Yang pastinya orang yang disayangi tak akan kembali lagi ke dunia ini.

Sebaik2nya sedekahkanlah Al Fatihah dan doa buat mereka....kerana antara janji Allah adalah tentang tiga perkara yang tidak terhenti kebaikannya walaupun setelah kita mati ialah doa anak yang soleh dan solehah.

Sekian...


Hari raya tahun ini.

Salam Aidilfitri....

Allah maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Allah.

Cerita pagi raya yg tiada banyak beza dengan raya2 sebelum nih.

Selepas pagi raya, ahli jemaah surau di Blok 1 dan blok 8 akan bersama-sama mengunjungi rumah ke rumah jiran tetangga.

Adat menziarahi disertakan sekali dengan tahlil ringkas dan doa selamat untuk mendapat Rahmat Allah SWT.

Keknya bergantung kepada ahli jemaah yang turut serta atau wakilnya.

Bagi tiada wakil jemaah, rumah yang berkenaan tak disinggahi.

Selepas tahlil, bagi tuan rumah yang agak berduit, bukan sahaja kanak2, malah orang tuapun turut sama dapat duit raya dan sebaliknya bagi sesetengah rumah hanya kanak2 sahaja yang merasa duit raya berkenaan.

Walaupun hanya seringgit dua, itu sudah cukup menggembirakan ahli jemaah.

Tarikan duit raya sememangnya menjadi kelaziman pada hari mulia ini. Itulah keriangan kanak2 sebenarnya yang diasuh pengertian raya dengan mendapat duit raya.

Walau apa2 pun, bukan duit raya yang penting sebenarnya. Kemenangan melepasi cabaran berpuasa dengan godaan2 yang menjadikan hari ini hari kemenangan umat Islam amnya.

Namun begitu, pada masa inilah masa untuk menziarahi rumah sanak saudara dan jiran tetangga di samping merasa juadah yang kebanyakannya sama antara satu sama lain.

Dan Insyaalah, selepas asar nanti, kome sekeluarga akan ke pusara Allahyarham Ayahanda tercinta untuk menghadiahkan tahlil. Semoga Allahyarham Ayahanda ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal solleh.

Anak2 koi dan anak saudara bergambar kenang2an.

Pengunjung yang datang ke rumah mak koi bertahlil, berdoa dan menikmati hidangan yang kome anak beranak masak.

Sambung lagi sikit........

Rumah pertama, nampak masing2 cukup berselera makan dan minum, masuk rumah kedua, masih lagi ada selera...

Rumah ketiga, keempat dan seterusnya................toksoh cakak le, hanya air suku gelas je yang dihirup...nak makan ketupat, lemang, satay, atau seumpama dengannya, dah tokleh masuk dah...penuh....

Tapi, kalo jumpa hidangan yang luar biasa, mboh jugak nak merasa sikit...maklum le bukan ada juadah yang tak penah kita jumpapun ada disajikan.

Akhir sekali, walau apa2pun...................hari ini hari untuk bergembira dan makanlah sepuas2nya selagi ada selera...

Sekian....

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri...

Salam dan selamat berpuasa....

Daripada saya Hj. Saharul Nizam Bin Abd Mubin yang hampir satu bulan setengah menyepikan diri dari arena blog ini, memohon ampun dan maaf seandainya ada posting2 dalam blog ini secara langsung mahupun tidak ada menyebabkan sesiapa berasa hati, terluka, marah atau sebagainya.

Bukan niat untuk menyinggung mana2 pihak tetapi semuanya ke arah penceritaan semata2 untuk hiburan sahaja.

Dan buat teman2 blogger yang sekian lama bersama menyumbangkan idea dan ulasan bagi posting2 yang dikeluarkan, tetap diingati .

Begitu juga dengan pengunjung2 blog " KADANG-KADANG TERINGIN JUA " ini yang senantiasa ada online walaupun posting2 baru tidak lagi dikeluarkan tetap menjadi satu perhatian.

Akhirnya........................Salam Aidilfitri dan semoga hari raya kali ini menjadi lebih bermakna.

Jemput datang ke rumah seandainya ada yang mengenali lebih rapat.

Sekian terima kasih.

Saturday, July 16, 2011

Dapat juga tapah akhirnyer...

Salam....

Disebabkan minggu lepas, kome tak dapat ikan tapah, minggu ni sekali lagi ke serting memburu spesis ikan tersebut.

Setelah mengharungi perjalanan tah berape km, dan bermalam seperti biasenyer sebelum tu, .....dan akhirnyer.............dapat jugak 3 ekor tapah ( dalam gambar) yang 2 ekor daripadanyer lebih kurang sekilo sekor beratnyer.

Memang nak jadi rezeki kome dapat tapah nih memandangkan spesis ni bukan senang nak dapat sekarang ni.

Selain tu, spesis lain yang banyak kome dapat spt baung, lampam ekor merah, lampam jawa, patin, temperas, laih, terbul dan pelbagai lagi ikan "putih" atau bersisik.

Sampai tak daye le ngangkat jaring yang penuh dengan ikan disebabkan kawasan tu memang jarang orang pegi sebab jauh.

Salah satu drpd 3 tong putih yang dipenuhi ikan.

Setelah dihimpun untuk diagih2kan.

Ni bahagian koi....habuan memandu cherokee merentas ladang sawit yang penuh debu dan berliku.

Bahagian ahli kelab kedua

Yang ketiga

Keempat

Kelima

Dan ini antara ikan gred A koi nak makan bersama mak koi kat kampung. Yang lain2 setelah diagihkan dalam 3 kg kepada mak mertua, koi jual kat jiran2 mak koi kat Mayam tu yang kepingan nak makan ikan sungei.

Dapat balik modal minyak jeep dan duit basuh jeep koi tu jadilah..........

Dan rasanyer aktiviti mencari ikan ni, kome stop dulu le sementara menunggu bulan Ramadhan nanti.

Dan bila air sungei mula melimpah selepas raya nanti, kome dah dapat banyok port2 baru yang sesuai memburu ikan sungei yang keluar mengikut arus.

Sekian...


Sunday, July 10, 2011

Lampam Jawa Lubuk Batu

Salam....

Ke Sungei Seting lagi mencari lampam lawa yang banyok kat situ.

Kali ni kome pegi satu lubuk yang dikenal namanyer Lubuk Batu.

Tak tahu le ngape dipanggil nama gitu, mungkin banyok batu kot dalam lubuk tu.

Hasratnyer nak naikkan tapah barang 4-5 kilo, keknyer, lampam jawa je yang naik. Itupun dah memadai dengan jaring yang ade.

Tambahan pulok air sungei yang besor dan deras arusnyer menyebabkan kesukaran memasang jaring kerana sering kali menggelebang dibawa arus.


Macam biase, tidur semalam menunggu jaring mengena. Makan nasi berlaukkan gulai masak tempoyak berserta ikan pekasam.........toksoh cakak le, lepas main air, makan nasi....kaloh makan kat hotel 5 bintang...


Ini dipanggil " Jermai" iaitu kaedah menangkap ikan dengan menggunakan kaedah pukat yang besar dan panjang. Lebih besar daripada " Tapok ".

Siap ade rumah tempat menaikkan pukat tersebut dan rumah tu boleh dihuni lebih daripada 10 orang.

Biasenyer, musim air besar, jermai tersebut dipasang kerana mase itu le ikan akan mengikut arus untuk bertelor.

Dalam semalaman, jermai tersebut diangkat 3-4 kali bergantung kepada kerajinan tuannyer yang memulas batang balak untuk menaikkan jaring yang rase koi hampir mencecah lebih 200 kg beratnyer.

Untuk menahan dan beroperasi, kena ambil lesen daripada Jabatan Perikanan dulu, Lesen kena tampat kat pondok jemai tu. Kalo tak silap koi, dalam Rm30 setahun lesen tersebut.

Menurut maklumat yang koi ketahui, Sungai Serting dan Sungai Bera, terdapat lebih daripada 50 buah jermai dipasang.

Padan le payoh nak dapat ikan besor, sebabnye, barang ape je melintas kat jemai tu, semuanyer habis sangkut.

Yang dalam gambo tu, jermai kepunyaan penduduk setempat tetapi dah lama tak digunakan lagi. Tengok kepada bentuk fizikalnyer, mungkin hampir setahun sudah ditinggalkan.

Kalo nak digunakan kembali, banyok benda kena baiki terutama bahagian " Punjut" iaitu tempat terakhir ikan tersangkut kena dibersihkan daripada sampah sarap yang turut sama masuk ke dalam pukat tersebut.
Ini antara lampam jawa yang berjaya kome tangkak. Sekor2 beratnyer hampir mencecah sekilo. ( yang besor le)

Dengan berbekalkan satu tong putih yang dipenuhi ikan, kome balik dengan senang hati walopun hajat nak merasa tapah tak kesampaian.

Lain kali, dan lain ketika kome akan cuba lagi...........

Mana le tahu rezeki tapah pulok yang akan muncul....................

Sekian....

Monday, July 4, 2011

Hari keluarga SK Purun

Salam..

Tahun nih, kome keluarge SK Purun mengadakan hari keluarge di Tiara Beach Resort, Port Dikson.

Ingatkan ada nama beach tu, betoi2 le tepi pantai....rupe2nyer dlm ladang sawit jugak tempatnyer...

Kot manepun, buat anak2 mandi kolam.....jenuh le, sebab tempatnyer khusus utk bebudak mandi je.

Utk pakar2 renang, paras air paling dalampun 2.4 meter je.....

Kot manepun, kira ok le pada langsung tak buat hari keluarge walopun ramai yg takleh pegi sebab kena pegi belajor dan nganto bini belajor....




















Sebagai kenang2an...................ade le gambo kome kat situ...

Sekian.....