Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, July 10, 2011

Lampam Jawa Lubuk Batu

Salam....

Ke Sungei Seting lagi mencari lampam lawa yang banyok kat situ.

Kali ni kome pegi satu lubuk yang dikenal namanyer Lubuk Batu.

Tak tahu le ngape dipanggil nama gitu, mungkin banyok batu kot dalam lubuk tu.

Hasratnyer nak naikkan tapah barang 4-5 kilo, keknyer, lampam jawa je yang naik. Itupun dah memadai dengan jaring yang ade.

Tambahan pulok air sungei yang besor dan deras arusnyer menyebabkan kesukaran memasang jaring kerana sering kali menggelebang dibawa arus.


Macam biase, tidur semalam menunggu jaring mengena. Makan nasi berlaukkan gulai masak tempoyak berserta ikan pekasam.........toksoh cakak le, lepas main air, makan nasi....kaloh makan kat hotel 5 bintang...


Ini dipanggil " Jermai" iaitu kaedah menangkap ikan dengan menggunakan kaedah pukat yang besar dan panjang. Lebih besar daripada " Tapok ".

Siap ade rumah tempat menaikkan pukat tersebut dan rumah tu boleh dihuni lebih daripada 10 orang.

Biasenyer, musim air besar, jermai tersebut dipasang kerana mase itu le ikan akan mengikut arus untuk bertelor.

Dalam semalaman, jermai tersebut diangkat 3-4 kali bergantung kepada kerajinan tuannyer yang memulas batang balak untuk menaikkan jaring yang rase koi hampir mencecah lebih 200 kg beratnyer.

Untuk menahan dan beroperasi, kena ambil lesen daripada Jabatan Perikanan dulu, Lesen kena tampat kat pondok jemai tu. Kalo tak silap koi, dalam Rm30 setahun lesen tersebut.

Menurut maklumat yang koi ketahui, Sungai Serting dan Sungai Bera, terdapat lebih daripada 50 buah jermai dipasang.

Padan le payoh nak dapat ikan besor, sebabnye, barang ape je melintas kat jemai tu, semuanyer habis sangkut.

Yang dalam gambo tu, jermai kepunyaan penduduk setempat tetapi dah lama tak digunakan lagi. Tengok kepada bentuk fizikalnyer, mungkin hampir setahun sudah ditinggalkan.

Kalo nak digunakan kembali, banyok benda kena baiki terutama bahagian " Punjut" iaitu tempat terakhir ikan tersangkut kena dibersihkan daripada sampah sarap yang turut sama masuk ke dalam pukat tersebut.
Ini antara lampam jawa yang berjaya kome tangkak. Sekor2 beratnyer hampir mencecah sekilo. ( yang besor le)

Dengan berbekalkan satu tong putih yang dipenuhi ikan, kome balik dengan senang hati walopun hajat nak merasa tapah tak kesampaian.

Lain kali, dan lain ketika kome akan cuba lagi...........

Mana le tahu rezeki tapah pulok yang akan muncul....................

Sekian....

6 comments:

Ateh Nour said...

Sallam Cikgu Jang,

Kalau banyok ikan lampam tu antolah kelepih seko dua, keh suka makan ikan lampam bako tawar cicap dengan air belimbing rebus..huhh..kecur air liur..nasib baik tak mengidam..hehe

zulkbo said...

salam..
tu dia..penuh sepeti
rezeki aok kali ni yak?
:)

CekWa said...

buat pekasam sedak ni, bila dah banyok gtu!

Cik SHiNJU said...

Sedaknye ikan lampam jawa...
Balik kg sok nok beli la...

Hanisham Ab Halim said...

Sedak2...

Nizam said...

Puas hati weh....