Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, September 3, 2011

Perjumpaan Keluarga T&T

Salam....

Hari Jumaat bersamaan dgn raya ke 4, kome anak beranak beloh keluarge ayoh telah mengadakan satu perjumpaan besar2an buat pertama kalinyer di rumah Ecik Azam, Kg Loyang, Sanggang.

Ecik Azam merupakan paling bongsu dlm adik beradik Allahyarham ayah. Dan meneruskan kesinambungan tinggal di rumah pusaka.

Nama yang diberi bagi perjumpaan ter ialah " PERJUMPAAN KELUARGA T&T" yang mengambil sempena nama aki dan wan koi iaitu Tahir Dan Tijah.

Sedor tak sedor keluarge kome tu dah mempunyai 5 generasi. Itu menunjukkan pertambahan keluarge yang semakin hari semakin besar.

Dan sedor tak sedor jugak, ikatan tali persaudaraan antara kome sudah semakin terkikis lantaran tiada inisiatif untuk mengenal antara satu sama lain.

Justeru itu, program sebegini amat menepati matlamat sebenor iaitu mengembalikan zaman berkumpul anak beranok sebagaimana mase Allahyarham aki dan wan masih ade dulu.

Bile diamati muka2 yang datang, hampir separuh yang koi tak kenei langsung. Nok2 pulok kalo sepupu yang umurnyer jauh berbeza ke bawah. Apatah lagi kalo anak sedara sepupu, lagi le tak keneinyer.

Dengan berjayanyer program yang diaturkan semalam, sekaligus timbul idea baru iaitu akan mengadakan perjumpaan sebegitu pada tiap2 tahun disebabkan kalo nak berjumpa pada masa lain, payoh sangat nak ngejas ke masenyer.

Bertepatan sangat le program sebegitu diadakan. Sekurang2nyer kalo berselisih kat mana2 boleh le tegur menegur sebab dah kenei.



Untuk berkumpul, tuan rumah sediakan khemah sementara.

Dengan sedikit sumbangan daripada ahli, makan tengah hari dapat disediakan.


Inilah rumah pusaka yang masih tegap berdiri walopun usianyer hampir mencecah 60 tahun.
( kalo tak silap koi le ) di mana tempat perjumpaan tersebut diadakan.

Bile sampei ke situ, teringat pulok zaman kecik2 mase kerap balik kampung dan duduk di rumah tu. Terlampau banyok kenangan yang pastinyer hanya tinggal kenangan.

Sekian....

5 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
BEST NYA ! DAPAT JUMPA SAUDARA MARA ! TERUSKAN !

abu muaz said...

tahniah kerana berjaya melaksanakan program sprti ini.

Cikgu Jang .. said...

koi hanya antara peserta yang dipelawa ke perjumpaan tersebut...yg jadi pengerusi penganjurnyer Ayahandak Mat...tima kasih kepada beliau kerana mengambil inisiatif mengadakan program sebegitu..

Fadh said...

molek amat program mcm nie...teruskan di masa akan dtg...insyallah, koi akan usahakan utk buat perjumpaan mcm nie utk keluarga koi plok.

zulkbo said...

salam..
wah...meriah tu weh..
selamat hari raya..
maaf andai ada kesalahan
antara kita yak..?