Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, December 12, 2013

Kurang dah ikannyer.....

Assalam...

Ptg semalam kome bertiga mencuba nasib menahan jaring kat Kuala Ketapa yang terletaknyer di kuala Sg Batu Tementi.
Kalo tengok ke kwsn situ, air macam tasik je bentuknyer, pas tu kedalamannya agak2 koi ade dalam 40 kaki sebab tengok pokok sawit tinggal buah je, pokok getah yg ditanam situpun nampak pucuk je

Lagipun kali pertama menjegah tempat tu untuk melihat kawasan, lain kali apabila berlaku lagi limpahan banjir, bolehlah kome ke situ lagi sebab tak jauh dari Purun. Jalannya pulak dari jalan utama dalam 800 meter je.
laluan ke tasik sementara memudahkan fiber diangkut .
Bersedia untuk mengayuh fiber
Fasa terakhir sebelum balik, menanggalkan ikan di jaring.
Fiber yang siap dicuci diangkut naik ke hilux
Hasil yang diperolehi lebih kurang 2 kilo lebih.
Kwsn situ memang antara kwsan pilihan menahan jaring tetapi semasa kome sampai, hanya ade satu fiber sahaja di situ dan tak banyok jaring yg terpasang.

Rupa2nya, musim ikan banyok hampir berakhir. Buktinye, 5 utas jaring kasar yang dipasang, hanya 6 ekor ikan sahaja yang sangkut.

Walaupun 6 ekor, tetapi sekor ikan kerai kome dapat dan selebihnya lampam dan haruan.

Kira2nya lepas nih, bolehlah rehat dulu dan kalo ade masa lagi kome akan ke Pkt 4 ladang Pejing yg mana di situ ikan gred A boleh didapati. ( rujuk posting terdahulu) ...

Sekian...

No comments: