Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, December 3, 2013

Tanah Lot Banglow untuk dijual di Kerayong, Bera, Pahang .

Assalam...

Sekali lagi, rodong koi iaitu Cikgu M.Johari meminta untuk diiklankan tanahnya untuk dijual. Kali ini satu lot banglow yang kalau sudah siap semuanya berkeluasan 683 meter persegi bersamaan dengan 7352 kaki persegi.

Kalau lot banglow yang biasa dibeli di projek taman perumahan, kebiasaannya berkeluasan 4000-5000 kaki persegi tapi tanah lot yang ditawarkan ini lebih luas dan selesa diduduki.

Sebelum tu diceritakan  asal usul tanah tersebut :

Asalnya tanah tersebut merupakan tanah pertanian seluas lebih kurang 3 ekar. lebih kurang 13 tahun dahulu, Cikgu Johari serta beberapa rakan guru yang lain telah membelinya untuk dijadikan penempatan.

Di atas keluasan tanah tersebut, pembeli asalnya seramai 8 orang dan 7 orang daripadanya  berkerjaya sebagai guru dan seorang kontraktor binaan. Semua tanah tersebut dipecahkan kepada 12 lot dengan anggaran lebih kurang 1/2 ekar setiap lot. 

Cikgu Johari memiliki 3 lot dan  yang lain  memiliki 2 lot dan satu lot. Satu lot telah dijual kepada koi ( admin ) sendiri dan beliau masih memiliki 2 lot. Dan beliau berhasrat menjual satu lot lagi kepada sesiapa yang berminat.

Perkembangan projek tersebut :

Tanah tersebut merupakan sebahagiannya tanah paya dan sebelah atasnya berbukit. Pada tahun lepas kami pemilik tanah telah berkongsi duit untuk meratakan tanah tersebut. 

Fasa satu, tanah yang digunakan adalah tanah bukit dalam kawasan lot tersebut dan semuanya sudah selesai, tetapi masih belum cukup untuk melabelkan tanah tersebut sama aras dengan Taman Jati bersebelahan.

Tahun hadapan lebih kurang bulan Febuari, sekali lagi kerja-kerja meratakan tanah dijalankan. Kali ini tanah dari luar diperlukan. Dan sesudah selesai fasa 2, tanah tersebut bolehlah dibuat undian untuk menentukan kedudukan lot masing-masing.

Selepas setiap lot ditentukan pemiliknya, dalam masa yang sama, permohonan geran pemilikan terus dijalankan  dari semasa ke semasa.

Di bawah ini disertakan pelan yang buat oleh juruukur yang dilantik bagi menggambarkan kedudukan lot masing-masing sebelum dibuat undian.



Kedudukan tanah :

1. Belakang kampung Jernal 
2. Bersebelahan dengan Taman Jati
3. Dihadapannya nanti akan dibina Taman Perumahan Baru.

Jadinya, kedudukan tanah tersebut akan berada di kawasan elit dengan lot banglow yang berhampiran dengan taman perumahan tetapi tidak termasuk kawasan kampung.

Apa yang disampaikan di atas, maklumat yang koi tahu, selebihnya kalau inginkan maklumat lebih lanjut berkenaan tanah tersebut, atau untuk berbincang tentang kos selebihnya hubungi rodong koi iaitu :

 M.JOHARI BIN ABDULLAH 

Telefon  : 0139845456
Emel : mjuhariabdullah@yahoo.com


Harga yang dinyatakan minta koi iklankan ialah RM60,000. 

Sekian....






No comments: