Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, January 5, 2014

Meriohnye di Pkt 4 Pejing....

Assalam...

Masa air banjir dulu nok pegi situ tak lepas sebab air melimpah atas jalan utama, jadi kena tunggu air surut baru boleh pegi.

Jadi selepas banjir nih, nak ejas masa pulok sebab sesi persekolahan sudah bermula. 

Maka tengah hari semalam, dengan kekuatan anggota yang merupakan ahli kelab tetap, berangkat ke Paya di Pkt 4 LKPP Pejing mencuba nasib nahan jaring kat situ dengan harapan yang mengunung tinggi mendapat ikan gred A spt mana yang pernoh kome dapat dahulu dan di situ  tak pernah menghampakan.




Bersedia nak bertolak.




Air paya mula surut, kebanyakan kawasan paras2 pinggang je
Spt biasa kelengkapan berkhemah lengkap dibawa untuk bermalam semalaman di situ.
Pucuk putat yang banyak tumbuh meliar di situ dijadikan ulam  makan malam.

Nak2 pulak kome makan bersama patin yang berjaya mengena sebelah petangnya sebanyak 3 ekor.

Memang rencah gulai tempoyak dah sedia dibawa dari rumah, cuma masakkan aje bersama ikan patin itu tadi

Memang amat2 menyelerakan makan  di kala perut laparnya amat akibat berendam dalam air.

Sebelah malamnya sambil2 menunggu melihat jaring, borak2 kosong menjadi agenda utama.
Tambahan pula diselang seli dengan cerita berunsurkan pedooh.
Sebelah paginya sesi mengangkat jaring

Ular air memang ade sokmo mengena acapkali kome menahan jaring.

Satu tong besar hampir penuh

Tong kecil sudah penuh dengan hasil tangkapan.

Bersedia nak bergerak pulang. Jam menunjukkan hampir ke pukul 11.00 pagi,
akibat ikan yang banyak, kome terpaksa balik lewat.
Setelah dihimpunkan, ikan potok mendapat jumlah terbanyak dan jumlah tangkapan
kesemuanya dianggarkan hampir 40 kg.

Kali ni ikan patin banyok mengena, tak tahulah pulok kalo ikan patin sangkar Sungai Pahang yang pecah masa banjir2 baru ni lepas kat situ.

Sebelah paginya baung banyak mengena berbanding sebelah malam.

Ikan keli di situ memang besar.

Tak ketingalan ikan ketutu atau ikan ubi yang sangkut di jaring.

Ikan laih tak banyak sangat, tapi puas hati sebab rata2 saiz A belaka.

Ikan lalang dan campuran ikan kecil hampir suku tong besar kome bawak balik.

Setelah dibuat pembahagian, dapatlah lebih kurang 7 kilo lebih seorang. 
Nampak gayanya banyok le stok pekasam dalam peti sejuk nanti. pastinya pekasam potok antara pekasam terbaik dan tersedap dalam ketogori ikan pekasam 

Dengan hasil yang begitu memuaskan, lain masa dan ketika jika ddiberi kesempatan, pastinya kome ke situ lagi..

Sekian...

7 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalamualaikum..
seronoknyer dpt ikan bnyk betul ye... lumayan. berbaloi bermalam dgn nyamuk semalaman... berkat org rajin berusaha.. tumpang seronok tgk gambar2 tu seme...

Saharul Nizam said...

satu kepuasan yg sukar digambarkan dgn kata2...

Ahmad Suazzri said...

Assalam cikgu, sy tak pernah merasa nak menjaring ikan sungai di Pahang macam ni. Kalau agak2 kalau tak menyusahkan, sy teringin nak ikut cikgu merasa pengalaman menjaring mcm ni satu hari nanti. Boleh ke cikgu? STK

Ahmad Suazzri said...

Assalam cikgu, sy tak pernah merasa hobi mcm cikgu ni. Kalau agak2 x menyusahkan, boleh ke suatu hari nanti sy ikut cikgu merasa pengalaman menjaring ikan sungai ni? STK

Ahmad Suazzri said...

nak ikut cikgu boleh ke?

Ahmad Suazzri said...

assalam, satu hari nanti nak ikut cikgu menjaring sama boleh ke? x prnh merasa benda2 gini.

Saharul Nizam said...

Waalaikummusalam.....boleh je, keknye group kome nih tak menentu dapatnya, kekadang tu banyok, kekadang tu sikit...tapi kalo nak merasa keseronokan pengalaman berkhemah sambil menjaring, group kome biasa melakukan...