Bertolak dari Purun 3.30 ptg, sampei kat tempat nak tahan jaring dah pukul 6 lebih.
Yang pasang jaring, terus ke sungei yang siapakan khemah dan masak makan malam, terus memasak.
Keknyer kali ni memang rezeki kami ikan2 kecik je yang banyoknyer.
Ikan2 besar ade le dalam sesepuloh ekor. Itupun spesis lampam dan sebarau.
Sebelum nih, dengor cerite, penoh hampir 3 tong bekas isi air batu, geng yang tahan jaring kat situ.
Tapi mungkin rezeki kome satu tong je. Itupun sudah memadai buat kome.
Terletak dalam astet Bukit Keramat ( Kemayan), bersempadan dengan ladang Felda Lui Timur, memang satu lokasi yang agak jauh jugak le kome pegi.
Hari dah petang, paling utama, sediakan makan malam dulu. perut kenyang, hatipun senang. Maka banyok le modal buat berborak2 malam ter nanti.
Ni dinamakan rumah tapok yang dibina oleh orang asli menangkap ikan menggunakan kaedah tapok iaitu menahan pukat di tengah2 sungei ketika air besar.
Ni kalo musim ikan banyok, mboh berlori bawak balik sebab ikan tak akan masuk ke dalam pukat yang dipasang disebabkan laluannyer dah tertutup.
Dapat le lampam baye2 piring buat pengubat hati yang letih main air.
Tapi ikan terbul nih memang takleh lari dari mana2 sungei. tetap ade sokmo...
Ikan2 kecik2 ni biorpun mengambil mase nak menyiangnyer. Keknyer kalo goreng............memang sedap....bebudak suka sangat makan ikan kecik ni sebab tulang dier rapuh berbanding dengan ikan besar yang banyok tulang.
Kira2nyer lama dah kome rehatnyer daripada aktiviti gini. Keknyer bile ade mase dan ade tempat. Nok jugak pegi walopun badan penat...
Dan insyaalah.....................sasaran seterusnye, sungei serting yang mempunyai khazanah amat berharga terutama patin. baung, lampam dan ikan ubi...........
Tapi nak peginyer....................tak tahu ke bile.....pakat2 memang nak ke situ...
Sekian....
5 comments:
seronoknya cikgu
hanya org yang mengalami dan minat sahaja tahu nilai keseronokannya aktiviti sebegitu...
salam..
gitu caranya
orang asli menahan ikan yak
mahu berlori betul kalau kena
musimnya..tak marah pulak deme
aok guna pondok tu?
sedaknya ikan terboi....lama dah tak makan!
Salam...
ikan kecik2 ter buat pekasam sedak...
Kat beloh2 Pekan ade ikan pekasam tasik cini..
sedak yg amat..sekilo rm14...
Post a Comment