Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, June 25, 2009

Sukan motor lasak kat Felda Purun


Salam...

Petang tadi masa koi ronda2 naik motor bawa anak koi Hazim, koi lalulah kat padang awam Purun ni. Koi tengok ade Beiho tengah buat kerja kat tepi padang tu. Koi pelik jugak le, buat ape jentolak tu kat situ.

Koi pun pergilah kat padang tu tengok dekat2. Rupa2nya beiho tu tengah buat trek untuk aktiviti motor lasak kat tepi padang tu. Kira teruja jugalah koi nya sebab jarang amat ada trek sebegitu kat sekitar Felda kome di Gugusan Bera ni. Setahu koi yang terdekat hanya kat Kg Padang Luas aje.

Jadi, masa berborak ngan beberapa orang rodong yang ada kat situ, tahu koinya bahawa sukan motor lasak kat purun ni dah mula berkembang. Setakat ni dah ada lebih kurang 10 biji motor kapcai yang dah diubahsuai menjadi motorcros. Tambahnya lagi , 4 biji lagi motor sebegitu sedang dalam pembikinan. Uih, hebat juga lah hobi diaorang yek...banyak juga modalnya ubah suai motor jadi gitu.

Koi tabik kat bebudak gitu, sebab generasi kedua kat sini berani membawa satu perubahan yang bagi koi sesuatu yang sememangnya payah dilakukan. Lagipun dengan adenya trek sebegitu, kurang2nya taklah budak2 yang tengah gian main motor lasak ni bawak motor keliling kampung dan menyusahkan orang ramai. Lagi satu mungkin juga mat2 rempit yang merempit kat jalan antara Purun ngan Kepayang beralih angin pulak menyertai hobi baru ni.

Koi tanyalah incas projek ni, mana dapat modal sewa beiho sodok tanah buat jalan gitu. Paling tidakpun 2,3 hari baru siap treknya. Maka jawab si incas ni, pakat keluar duit sendiri dulu, pastu baru mintak kat YB Dato Ismail Sabri. Sebabnya YB Dato sendiri yang suruh buat dulu, baru duitnya disalurkan kendian.

Jadinya, sebagai seorang guru yang dah ngajar hampir 13 tahun dan sebahagian besar rodong koi dikalangan generasi dan peneroka kat sini, koi amat banggalah dengan semangat generasi kedua kat sini yang ada visi untuk mengembangkan minat,

Cuma satu je harapan koi, jangan pulak nanti ade pulak dengar cerita si buntat ni, si polan ni cedera parah dan patah riuk sebab langgar pokok kelapa sawit sebab berlumba motor lasak kat situ. Maklumlah pasarana dan speksifikasi sebenar untuk trek sukan lasak ni masih belum cukup sepenuhnya. Ataupun impian dan harapan diaorang haya hangat-hangat tahi ayam aje...ikut musim.

Walaubagainanapun koi sememangnya minat juga dengan aktiviti sebegitu, manalah tahu kot2 esok lusa koi pulak yang beria ubah suai motor EX5 koi ni buat motorcross untuk menyertai aktiviti motor lasak kat situ ...manalah tahu kan......




Antara motor2 yang diubahsuai mengikut cita rasa dan kemampuan para pelumba amatur Purun dalam menjayakan misi membahayakan keselamatan diri dan poket....


Sekian...

2 comments:

azinang said...

Terima kasih lah weh kerana mbuat lapuran hal moto lasak ni, koi di gelanggi 1, ada dah buat kejohanan moto mcm tu, awok tengok dlm blog koi masa bulan april 09 yg lepas.
Popaleh awok penganjur dapat RM10,000 hasil kutipan yuran penyertaan.
Berkhendurilah dema meraikan kejayaan itu, dema kata nak buat lagi bulan july ni, tapi tak jadi, sebab kawasan lain dah buat.
Terima kasih lah weh kerana rajin mbuat lapuran tempatan, kita boleh jugak dapat kabor tempat lain.

Cikgu Haji Jang .. said...

OOO..gitu yek. Koi tak tahu lak kat sana ade sukan gitu. Nanti bolehlah kome dapatkan info lebih lanjut camna nak wat kejohanan kat sini. Tima kasih juga sebab dpt nyinggah kat blog koi ni.