Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, November 18, 2010

Sila pastikan garaj aok sentiase tertutup...

Salam....

Alkesoh, ander la sorang lelaki umor dalam lingkungan 50an yang jadi CEO kat sebuoh syarikat korporat yang besor kat Kolumpo.

Pada satu hari, Boss ni pangge la dia punya seketari masuk ke opisnyer.


Macam biasa si seketari ni pon masuk la…


“Tolong buatkan surat untuk client kita…” Si Boss ni pun mula la menyusun mukadimahnyer… Si seketari yang baik ni pun mula la mencatit ayat-ayat yang Boss dia sebutkan.


Biasa la… mende Boss.. memang malas tulih. Seketari ader… lawo pulok te.. Cakap punya cakap, Boss ni pun bangun... dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan seluk poket seluor…


Lepas 10 minit, acara mengarang ayat pun habih. Si seketari pun bangun dan sebelum keluor bilik Boss dia bersuara…


Seketari : Boss.. pagi tadi kan.. masa saya nak datang ke ofis.. saya nampak pintu ‘garage’ boss terbuka…


Boss : (Terkejut dan kelam kabut) Ye ke?? Tak apa, nanti saya call rumah… Terima Kasih..

Si seketari pun teruih la balik ke meja dia. Si Boss pulok teruih la talipon rumoh dan cakap dengan bini dia.


Boss : Yang.. tolong tengokkan ‘garage’ rumah kita.. pintu dia terbuka la…


Bini : Tak la bang.. baru tadi saya tengok.. mana ada terbuka…


Boss : Iye… terbuka… cuba pergi tengok semula.


Bini ; Tidakkk, tertutup… saya tau la bang…


Boss : Pergi la tengok… kalau tak terbuka, macamana orang boleh nampak???


Bini : Okey la.. okey la…



Setengoh jam kemudian, masa Boss tengoh duduk rilek-rilek… dia terperasan yang zip seluor dia terbukok.. (Dah memang perangei Boss ni habat sikit.. tak suka pakei underware).. Hambik nok… habih nampok…


Maka mengelaboh la si Boss ni.. macamana nok cover malu kat seketari dia ni… puas la pikir…


Dan petang yang sama jugek, si Boss pegi kat meja seketari dia…


Boss : Errr… pagi tadi, masa you nampak ‘garage’ I terbuka… ada tak you nampak kereta BMW kat dalam tu?


Seketari : Tak ada pun.. yang I nampak cuma ada sebuah Perodua Kancil dengan dua tayar depannya pancit!!!


Sekian...

Skrin LCD anda kotor...

Salam....

Skrin berhabuk, banyok debu....kadang2 ande kesan kotoran kat skrin ter. Sini ande satu software baikkk punya.

Keknyer ande orang kate software ni najis...

Kot sape2 nak cuba boleh le klik sini....Free je, tok payoh bayorpun....

Ce wokme tengok2kan...

Sekian....

Monday, November 15, 2010

ماهر زين - إن شاء الل...menyentuh kalbu.

Salam....

Pertama kali koi dengo nasyid nih, tertanya2 sapelah penyanyi yg sedak sgt nanyi lagu nih...

Rupanyer mamat kelahiran Lubnan ni yang tengah popular dengan lagu2 nasyid ni versi BI.


Moh la dengor kalo tak caye ....




Kalo kabo tak sedak, pedooh je ....

Wassalam...

Sunday, November 14, 2010

Mari bandingkan....18sx..

Salam...

Mari lihat perbandingan antara dua gambo nih....sama ke tak.

Rase koi lebih kurang je........

Hehehe











Selebriti dan wartawan hiburan merupakan dua pihak yang saling memerlukan. Selebriti perlukan wartawan agar popular, sementara wartawan selebriti sebagai bahan bacaan. Sebab itu, banyak selebriti yang membuat sensasi agar popularitinya naik, seperti yang dilakukan selebriti ini. Demi populariti, ia rela memperlihatkan payudaranya kepada para wartawan.

Ni gambar ayam 2.......ce bandingkan pulok dgn gambo kat bawah nih..........same ke tak.....sifatnyer...
Ni gambo reporter. Kalo tak silap name dier Pamela David....

Begitu le adenyer kalo manusia dah tak ade sifat malu.....



Oppppppppp........jgn ralit sgt merenungnyer karang jadi tak tentu hala....hehehe

Sekian...

Friday, November 12, 2010

Bayi katak ...

Salam....

Meh nengok gambo baby luar biase ni. Berlaku di Nepal...



Macam2 kalo dunia dah akhir zaman nih...

Sekian...

Thursday, November 11, 2010

Dua perkara mengembirakan koi hari ni...

Salam....

Hari ni 11 November bersamaan dgn 5 Zulhijjah, kome warga sekoloh merase gembira walaupun tak berape teruja.

Yg menjadikan kome bergembire pasei keputusan UPSR yang dikeluarkan hari ni mencatat keputusan yg baik berbanding tahun lepas.

Kalo 2009 dulu, kome dapat hanya 3 org 5A, keknyer tahun ni, peningkatan sebanyak 100% menjadikan sebanyak 6 org.

Berbanding dgn sekolah2 berhampiran, kome antara penyumbang kedua terbanyak selepas sekoloh Tementi yang melahirkan seramai 8 orang.

Sekolah lain yang sama banyak iaitu sekoloh Kumai, juga 6 orang yg mendapat keputusan yg sama.

Bagi sekolah2 felda berhampiran, ade yg hanya mendapat 1, 2 dan 3 orang calon 5A.

Kira2nyer pencapaian tahun ni menyamai 2 tahun dan 4 tahun yang lalu, di mana 2 tahun terdahulu, juga seramai 6 orang calon 5A.

Yg sedikit meralatkan kome, 2 orang calon dah A Bahasa Inggeris tetapi Sains pulak dapat B. Kalo tak, gerenti 8 orang calon 5A sekaligus memecah rekod UPSR sekoloh nih semenjak UPSR diwujudkan.

Andainyer pecah rekod, mboh kome syer sikit sorang beli lembu buat kenduri kesyukuran gamoknyer. Keknye hajat tu tak kesampaian....tapi di hati , kome tetap bersyukur.

Yang kedua mengembirakan koi tetapi tak kepada beberapa org berkenaan, ialah pasei hari nih, kome Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan mengadakan mesyuarat Agung Tahunan untuk memilih jawatankuasa baru untuk tahun 2011 nanti.

Besenyer pemilihan AJK baru pada awei tahun depan. Tapi koi fikir, lebih baik tamatkan awal2. Senang sikit AJK baru nak rancang program. GB pulak setuju bile koi minta buat jamuan akhir tahun terus sekali dgn mesyuarat agung.

Kome AJK tahun nih, gembiralah sebab dah lepas tanggungjawab, manakala jawatankuasa baru pulak terpakse ambil alih untuk menjalankan aktiviti2 kelab pada tahun depan.

Selaku pengerusi, koi terpakse faham akan keadaan betape payohnyer membulatkan muafakat antara ahli. Bior pepatah mengatakan :

" Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".....

Rase koi lebih senang membulatkan air.

Sebabnyer air mudah dibentuk, sifatnyer pulok hanya statik.

Tak kepala manusia nih. Macam2 feel ade. Yang mudah berurusannyer ade, yang ambik tak kisahpun ramei, yang ngikut je pun ade. Yang liat membayor yuran toksoh ceritelah. Yang taknok bayo pun ade.

Dan yang paling nyampohnyer hok ade sifat angkuh lagi sombong. Itu yang menyebabkan semangat nak bekerja kuat jadi terbantut.

Jadinyer, tak heran le kalo koi ngabor yang hari nih, koi gembira. Sebabnyer tahun depan, tak payoh beriye2 dah fikir macamane nak jalankan aktiviti yang dapat memenuhi selera semua orang.

Bior le pengerusi dan orang2nye pulok yang pening kepala pasei tu sedangkan koi boleh ngikut aje apa aktiviti yang dijalankan nanti.......

Sekian....

Wednesday, November 10, 2010

Yg pastinya bukan salah koi...

Salam....

Setelah entoh ke berape kalinyer koi mendesak SDA pejabat Felda supaye menderaskan bayaran elaun STF yang tertunggak beserte dgn duit motivasi dan peruntukan yg diluluskan oleh pengurus besar wilayah sewaktu sukan tahunan dulu sebanyak seribu dulu, akhirnye siang tadi baru koi mendapat khabo gembire.

Keknyer khabor yg koi terime tok berape gembire jugak. Paseinyer drpd 4 bulan yg tertunggak tu, Felda hanya dpt bayo 3 bulan je.

Maknenyer hok bulan terakhir, tiada bayaran diterime walaupun kelas dah habis dijalankan.

Maknenyer kira2 niat sedekoh le segala apa yang dicurahkan tu kat bebudok yg ambik UPSR tu.

Nok kate ape lagi, bile SDA cakap peruntukan utk felda purun dah habis. terima jugak le walaupun kadang2 koi rase terkilannyer amat.

Kalo koi sorang je tok ke jadi maselahnyer. Tapi apabila melibatkan ramei rodong2 nih. Rase macam bersalah pulok. Ibarat macam koi tak buat keje dgn baik.

Maklum le, kite ngajor bukannye secara suka rela. Puas mujuk cikgu yg terlibat. Siap bagi ayat

"Tolonglah koi nih...esok2 ande masenyer aok kena mintak tolong koi pulak"..

supaye cikgu yg dipilih sanggup mengorbankan hari cuti untuk melaksanakan misi felda memberikan pengajaran tambahan kat bebudok yg ambik UPSR.

Tapi apabile kelas dah semua dijalankan, segala tuntutan koi hanto tepat pada masenyer, yg menjadi maselahnyer pulok imbuhan bayaran segala penat jerih yg tertunggak tu tok dapat penuh.

Se lagi, sekoloh tuntut seribu duit motivasi dan seribu duit kecemerlangan mase buat sukan dulu . Keknyer dapat hanya seribu je yg peruntukan motivasi. Yg kecemerlangan, kene tunggu dulu.

Tak tahu le berape lame pulok kene tunggu. Makekan, hujung2 tahun nih kebanyakan agensi dah nak tutup akaun.

Payoh ngarapkan duit orang nih. Serba saloh betoi jadinyer. Tak terima tuisyen karang, masalah besor. Bile jalankan tuisyen tupun ande jugok maselahnyer.

Tapi yang pastinyer, segale kesilapan tu bukannyer dari pihak koi sebagai pengurus tuisyen. Rasenyer pengurusan yang koi jalankan tu dah mengikut saluran yg betoi terutama bab tuntutan. Jarang sgt culasnyer.

Yg merisaukan koi sgtnyer, andainyer tahun depan masih berjalan tuisyen nih, puas pulok le koi cari cikgu yg nok ngajor apabila dah terkena macam tahun nih....

Sekian....

Tuesday, November 9, 2010

Jenis2 hantu kat Siam...

Salam....

Macam2 spesis hantu yg ade kat siam sana nun...



Gitu gayanya yak...

Sekian...

Monday, November 8, 2010

Week....geli melihatnya...

Salam....

Perhatikan video di bawah ni. Apa yg sebenonyer perompak tu makan....hehehe


Sedak ke bende tu?...

Sekian...

Sunday, November 7, 2010

Cerita dua orang rodong sekampung..

Salam...

Usin dan Ucop merupakan dua orang sahabat karib yang bodoh-bodoh alang. Apa sahaja aktiviti yang dilakukan atau ke mana sahaja pergi, mereka tak pernah berenggang.


Suatu hari mereka berdua telah pergi melastik burung. Mereka meredah semak dan belukar hinggalah sampai ke sebuah kebun. Mereka masuk ke kebun tersebut dan meneruskan aktiviti melastik burung.


Tiba-tiba mereka terlihat sebatang pokok mangga yang lebat buahnya. Maka mereka berdua pun berpakat untuk mengambil buah mangga tersebut. Usin mencari-cari kayu panjang untuk dibuat galah, tetapi tidak berjumpa.


“Tak payoh jolok, baling jer… ha.. kutip kayu tu, kita baling.. kala kena buoh tu karang, dia gugur la…” kata Ucop.

Maka mereka berdua pun mula membaling buah mangga tersebut bergilir-gilir. Setelah beberapa lama membaling, sebiji buah mangga pun tak dapat mereka perolehi.


“Letih dah aku ni… baling-baling tak kena. Ntoh masok, ntoh tidok! Karang kala jatuh buoh tu.. sekali muda, masang pulok tu.... buat penat jer…” Ucop mula mengadu.



“Ha’ah la…ya tak ya juga.. ntoh masok, ntoh tidok!” Usin membalas.


“Baik awok pegi cek buoh tu. Karang buat penat je kita baling buoh muda..” cadang Ucop.


“Awok tunggu sini kejak, aku pegi cek.. masok ke tidok….” Usin tidak membantah.


Usin pun memanjat pokok mangga tersebut, dan mula memicit satu persatu buah-buah mangga yang dapat dicapainya. Kemudian dia turun semula ke tanah.


“Ucop! Kutip kayu-kayu tu… boleh setat baling. Sema buoh mangga tu dah masok!” kata Usin dengan bangganya.


Sekian....

Saturday, November 6, 2010

Fakta dan Auta siri 2

Salam...

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang , bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu persatu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Menurut pakar kesihatan, kentut adalah baik untuk kesihatan, tetapi memudaratkan jika anda mendapat pelempang daripada orang yang panas baran jika anda kentut di mukanya.

Selingan untuk renungan bersama , perhatikan video kat link ni........boleh ke solat macam nih...?

Menurut apa yang koi pelajari dengan ustaz2, mana sah sembahyang kalo pegerakan yang tiada dalam rukun sembahyang......his his his....



Sekian......

Friday, November 5, 2010

Fakta dan Auta siri 1

Salam....

Fakta itu betul, cuma penambahannya menjadikan auta....

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

Bersambung..............

Thursday, November 4, 2010

Apakata kita buat rumah cam gini.....

Salam.....

Setiap orang nok rumah sendiri, tak kiralah gone gayenyer rumah tu.......kecik, besor, banglo, teres, semidi.....tak kisoh le ....janji memiliki umah sendiri satu idaman.

Tapi kalo dah tak mampu, nok buat gonekan. Dapat beranganpun jadi le.....hehehee

Tapi kalo ditengok gambo kat bawah ni, sape sangka batu sekeras tupun dijadikan rumah....popalih...memang dasyat sape2 yang bina umah tu.










Kalo nak tahu, umah2 tu sebenornya dibina di negara Afganistan sana tu..........

Gone le gayenye puak tu bina umah tu gamoknyer.....rase koi mboh bertahun2 baru siap kot....

Sekian.......

Wednesday, November 3, 2010

Bersyukurlah kita tidak begitu.......

Salam....

Walaupun rupa kita taklah hemsempun, tapi kalo tengok gambor kat bawah nih, eloklah kita bersyukur dengan apa yang tuhan jadikan kat kite....











Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu ada hikmah di sebaliknya..............

Wassalam...

Tuesday, November 2, 2010

Perbezaan di antara lelaki dan perempuan...18 SX je..

Salam...

Tengok gambar dan fikir2kanlah simbolik pada gambar di bawah nih...







Dan yang paling kelakar ialah ..............


Hehehehe.........

Sekian...