Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, December 4, 2011

Tak surut lagi.

Salam....

Hari nih dah masuk minggu kedua, air limpahan sungai palas bertakung kat projek kedua koi tu. Nasib baiklah bahagian bawah je yang ampuh.

Harap2 cuaca semakin panas biar cepat air di situ surut.

Kalau tak, lama terendam mengakibatkan tumbesaran anak pokok tu terencat. Itu nasib baik tak tenggelam habis. Kalau tak, boleh mati anak sawit tu kalau terendam sampai 3 minggu.

Tengok ke air paya tu, hitam legam warnanya. Baunya pula masam semacam je. Banyak sangat campuran2 yang terhasil daripada getah2 pokok yang baru ditebang oleh pengusaha balak di belakang projek tu.


Anak sawit tu baru nak kembali segar setelah hampir setahun dibiarkan menderita di bawah rimbunan semak samun. Nasib baiklah tokey balak tu nak guna jalan kat situ dan sebagai balasannya koi minta tolong terangkan kebun tu menggunakan mesin jentolak. Inipun semak samun tu dah mula membiak kembali, keknya taklah separoh dulu.

Harap2 biarlah air hanya setakat itu je. Jangan sampai terjadi seperti tahun 2007 dulu yang mana hampir 95% kawasan projek di situ ditengelami air banjir yang menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Harap2 janganlah.....

No comments: