Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, December 14, 2011

Medan dalam kenangan...


Lama dah pakatnyer nak pegi bercuti kat sane, keknyer payoh amat ngejas mase dan waktu.

Disababkan dah pasang niat nak ke sane, akhirnyer jadi jugak kome berlapan pergi walopon sorang menarik diri kerana masalah kesihatan.

Dengan tiket tambang murah yang ditempah bulan julai lalu, berangkatlah kome ke Medan dan melancong ke Tasik Danau Toba selama 4 hari 3 malam.

Kali ketiga koi menjejaki negara orang, kali pertama dulu pergi handyai, kedua menunaikan haji dan ketiga merasa pulak pergi Indonesia sebuah negara yang berbeza dengan negara kita.


Lapangan terbang di Medan, ternyata berbeza....

Menginap di Hotel Danau Toba di Medan, 2 malam dengan hotelnya bertaraf 4 bintang. Tapi kalo di Malaysia mungkin 3 bintang kot...

Bergambar bersama pemandu pelancong yang telah memberi khidmat terbaik sepanjang kome berada di situ. Memang bagus amat orangnye..


Pagi kedua bersiap nak berangkat ke Danau Toba yang terletak lebih kurang 180 km dari bandar Medan. Menaiki 2 buah kereta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan jalan raya yang penuh kenderaan dan jugak laluannya kecil.

Sepanjang perjalanan rasa koi mboh ratus kali gamoknyer hon kereta dibunyikan. Dan memang keadaan jalan raya di sana penuh meriah dengan bunyi hon kenderaan serta kaedah pemanduan yang jauh berbeza di sini.



Penggangkutan untuk golongan miskin dan sederhana yang dipanggil "becak" memang banyak terdapat di sini . Juga van penggangkut yang diubah suai menjadi teksi.



Antara restoran eksklusif yang menjadi tempat persinggah kome. Menyajikan makanan yang takde dijual di sini. Juga kaedah hidangan yang begitu menerujakan bagi kome yang buat pertama kali ke sana.


Apabila sampai je, pelayan akan mengidangkan bekas air basuh tangan setiap orang beserta air kosong. Kemudiaan disajikan pula pelbagai jenis lauk pauk di dalam piring atau mangkuk yang kalo dikira hampir 20 jenis atau mungkin lebih.

Kaedahnya, mana lauk yang kita usik atau makan, itulah yang akan dicas bayaran. Manakala lauk yang tak diusik tidak akan dikira.


Yang menarik perhatian kome burung wak-wak goreng dan bebek goreng sejenis itik yang dagingnya lembut sekali.


Yang ni dipanggil nasi capcai....sayur yang dimasak bersama telur hancur....kurang kena dengan selera koi....



Menikmati panorama di tasik Danau Toba iaitu antara tempat yang tersenarai di dunia antara kejadian alam yang cantik di dunia. Terbentuk daripada kawah gunung berapi sekitar 15000 tahun yang lalu. mempunyai kepanjangan seluas 98 km dan kedalalaman mencecah 400m.


Sampai di Pulau samosir yang penug dengan cerita rakyat Kaum Batak. Juga tempat membeli belah yang menyebabkan kome termenung atas bot apabila pulang dari situ setelah kena tuba dek peniaga di Danau Toba...

Apakan tidaknya, sorang2 berbelanja sampai lupa diri, hingga terpaksa menukar duit simpanan lain untuk meneruskan aktiviti yang berbaki 2 hari lagi...

Sambung....




1 comment:

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.