Salam....
Ada masenyer bosan bile dah lama tak menjalankan aktiviti meletihkan tapi seronok.
Dan sempena cuti 2 hari, ahli kelab mula mula melontarkan idea menjaring ikan di Peringkat 4, ladang LKPP Pejing di mana dengo cerita ikan dah mula banyok selepas hujan turun baru2 nih.
Dengan seramai 7 orang ahli, bergerak le ke lokasi yang dimaksudkan dan masing2 dah tahu apa tugas yang hendak dan akan dilakukan.
Tapi sangkaan kome agak meleset apabila air paya tak berape besor dan tak berape surut. keknyer boleh le kalo nak nahan jaring tu.
Keluasan paya yang selaut mata memandang dan di dalamnyer menyimpan khazanah alam pelbagai spesis.
Rutin harian, berkhemah adalah satu aktiviti menyeronokan walopon nyamuk dan semut gatal menjadi cabaran utama.
Pagi2 tating jaring tengok ke hasilnyer macam mane.
Paling menerujakan, spesis terbul gred A sangkut dijaring.
Tapi hasil tangkapan tak mencecah satu tong putih seperti mana dulu2 yang penah mencecah 3 tong penuh.
Setelah dihimpun dan diagih sama rata, boleh le bawak balik dalam sekilo lebih sorang. Lepas untuk makan sendiri.
Untuk rekod, tempat nih dah 3 kali koi kunjungi dan kali inilah yang paling sikit tangkapan. Mungkin disebabkan faktor air yang semakin surut serta ikan di dalamnya sudah semakin berkurangan.
Jadinyer, ada ura2 pulak mencari lokasi lain bagi merelisasikan impian untuk mendapatkan spesis yang jarang dijumpai seperti tapah, kerai, gohok, tamalian dan kot ade rezeki dapat patin mucung.....
Dan yang paling penting, dengan menjalankan aktiviti sebegini, kepala yang serabut dengan pelbagai benda dapat dikendurkan untuk seketika waktu...
Sekian....
1 comment:
patut le surut, dah 3 rounddddd... kena bagi 6 bulan rotate ni... sedap buat gulai tempoyok ikan ter
Post a Comment