Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, May 21, 2009

Sambutan Hari Guru Kat Sekolah Koi..

Salam.....

Walaupun Hari Guru adalah pada 16 Mei tetapi sekolah koi buat sambutan pada hari ini. Bagi koi memang suke sangat le sebabnya hari ni koi banyak kelas.

Seperti biasa, sekolah koi buat sambutan macam tahun2 lepas. Cuma pada pagi nya takde dibuat perhimpunan rasmi dan kome terus jalankan aktiviti pemberian hadiah daripada murid kepada guru. Walaupun status anak dan cucu peneroka, anak2 didik sekolah koi ni sememangnya pandai menghargai guru mereka. Nok pulak murid kelas yang kedua. Yang murid kelas Bestari ni susah sikit la nak bagi hadiah kat cikgu dia. Kalau adapun mereka pilih2 juga cikgu mana yang diaorang suka. Seperti biasa, koi dapatlah juga hadiah walaupun tak banyak seperti guru2 lain. Maklumlahkan hanya ngajar subjek teras 1 kelas je. Tapi murid kelas tulah yang paling banyak beri hadiah kpd koi. (Ade gambor koi ambik hadiah tu..)

Selepas tu acara sukaneka dijalankan kat padang. Tapi tahun ni tak semeriah tahun2 lepas sebab tak ada can nak mengelat. Kalau dulu cikgu2 ni bapok le kuat ngelatnya. Macam 2 teknik ade semata2 nak dapat markah banyak. Makakan hakimnya pula bebudak sekolah yang dipilih. Apalagi.....

Selepas rehat, acara dewan diadakan. Dalam dewan ni, beberapa persembahan murid dan guru diadakan. Di samping itu murid turut diberi hadiah dalam cabutan bertuah mengikut kelas. Hadiahnya adalah sumbangan guru2 yang menyediakan 5 hadiah setiap guru.

Dan sebelum balik, selepas jamuan barulah diadakan pertukaran hadiah daripada guru kepada guru. Caranya, guru yang menerima hadiah daripada seseorang guru akan mencabut nama lain dan memberikan pula hadiahnya kepada guru yang telah dicabut namanya . Hadiah macam2 ada tapi telah ditetapkan jumlahnya tidak kurang dari RM30


Walaubagaimanapun, program pada hari ini sememangnya menjadi satu sejarah lagi buat guru2 di SK Purun ni. Nilah caranya kome mengeratkan silaturrahim sesama kome.





















































Sekian....

video

No comments: