Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, May 18, 2009

Keputusan PTK

Salam...

Alhamdulillah, walaupun hanya satu paper aje koi lulus , tapi itu amat memadai sangat la. Sebabnya inilah pertama kali koi ambik PTK untuk DG32 ni.. Yang bestnya paper umum tu koi dapat aras 4, bukannya senang nak dapat markah banyak tu. Yang paper satu lagi tu walaupun dapat aras 2, koi ada peluang lagi ambik bulan 8 nanti.

Dulu masa mula2 PTK diperkenalkan, pada mulanya keputusan tu koi dapat lulus sebahagian aje, selepas diaorang semak semula, nasib menyebelahi koi, tiba2 aje koi lulus penuh kedua2 paper tu. Pada masa tu koi dah berada tangga gaji paras 2. Telah lulus tu, naik ke paras P3.. start dari tu, sampai le tahun lepas ada lah dalam 5 tahun koi langsung tak mendaftar ambik PTK ni sebab dah takde paras lagi gaji koi nak naik....

Yang sedapnya, masa nak ambik periksa tu, koi tak baca sangat maklumat yang ada pada slip tu, ingatkan periksa tu masih lagi pusatnya di SM Seri Bera, sebab sekali imbas koi baca ada perkataan 'Bera". Mati2 koi ingat sejarah koi ambil PTK dulu yang masih di situ.

Nak dijadikan cerita, koi bawalah kereta slow2 kononnya nak sampai dalam 10 minit sebelum periksalah kononnya. Sampai aje kat sekolah tu, koi pun chek le tempat duduk nak ambik periksa, chek punya chek, takde nama koi. Apalagi cemas jugalah...pas tu adalah cikgu SK kerayong, Cikgu Suhaimi, tengok slip koi, dia kata tempat peksa awok ni kat SM Bera bukannya kat sini. padan le takde nama koi dalam senarai tu...

Apa lagi, punyala ngalabahnya koi ni. Tengok jam masa lagi 10 minit nak pukul 9. Apa lagi start kereta dan pecut la .. Macam tak percaya lak kereta kancil yang jarang koi bawa laju tu, boleh speed sampai 120 - 130 km/jam...

Semasa bawa kereta tu tak putus2 koi doa kepada tuhan, jangan la ada halangan menimpa. Alhamdulillah, tepat jam 10.15 pagi, dengan hati berdebor2 koi melangkah ke dewan pereksa, koi tengok rodong2 jeling aje , mungkin diaorang pelik kot sebab perginya awal, sampainya lewat.

Semasa jawab periksa tu, koi rasa macam boleh lulus aje, banyak soalan yang ditanya koi tahu jawapannya...jadi tekaan koi tu rupanya tepat .....lulus la kertas umum tu.

Masa jawab paper yang kedua tu iaitu Pengurusan Kokurikulum, koi dah rasa dah, mungkin kena ambik semula paper tu....susah juga soalannya.

Walaubagaimanapun...koi mengucapkan syukur sangat kpd ALLah SWT kerana pada hari tu, koi dapat mengambil pereksa dengan aman dan tenteram . Dan selepas ni, koi kena berhati2 supaya koi dapat 4 juga untuk kertas seterusnya.

Mungkin koi nak ambik paper Teknologi Maklumat pulak la, nak test camna, ada rodong kata paper tu agak senang dan tak ramai cikgu yang berani nak ambik paper tu...

Dan harap2 sebelum koi dapat DG41, biarlah koi dah berada di P2 untuk DG 32 ni...lagipun koi hanya ada peluang untuk PTK bulan 8 nanti andainya koi dapat pergi konvokensyen pada bulan 12, dan interview bulan 3 tahun depan...Insyaalaah.

Koi berharap sangat la agar impian koi ini menjadi satu kenyataan...


Sekian..

No comments: