Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, June 19, 2009

Sam dan Dol...

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku.
Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia
mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan
bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku
dah kena potong!

------------------------------------------------------
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya
9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk
dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Sumber :http://cikgusempoi.blogspot.com/

Thursday, June 18, 2009

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Sumber : http://catatanseoranginsan.blogspot.com

Monday, June 15, 2009

Bertugas balik..

Salam...

Cuti 2 minggu rasenya sekejap je. Ngapelah kerajaan tak bagi cuti sebulan ke, barulah lama sikit.
Hari ni, boleh dikatakan semua cikgu tak de mood je nak ngajar, maklumlah nak refresh balik mood kena ambil mase sikit. Gamoknya esok ok le kot.

Sekolah koi lak, masih serabut dengan baik pulih wirering elektrik. Tak habis2 dia orang buat. Rasanya dah sebulan lebih. Bapok le serabutnya. Yang makmal komputer koi tu dia orang pakat tinggal je kerja yang tak habis, jenuh lalu koi bersihkan guna vakum. Dah le tebuk lantai dengan mozek sekali, pastu tinggal gitu je, syiling pun diaorang bukak dan tinggal gitu je.. Koi jugak la kena kemas balik. Dekat sejam lebih juga lah koi vakum separuh makmal tu. Berpeluh2 koi ngerjakan. Dah tak larat barulah koi minta tolong Abang Noor tolong sambung, nasib baik le moh tolong. Kalau dia orang nak sambung balik kerja2 dalam makmal tu, koi nak marah diaorang, yang masa cuti dulu ngape tak bereskan. Ni P&P dah nak jalan nak buat kerja lagi..nyampah betul koi.

Ni makmal komputer tu dah cantik dah, semua dah beres dah. Cuma pusat akses lagi masih serabut. nanti lah minta tolong Khadijah bersihkan....tadi pun koi dah bagi kunci pendua kat dia. Mungkin dia pun tunggu kerja2 wirering tu siap baru nak kemas balik..

Hai...gitulah jadi cikgu ni, kena banyak sabor.....

Tadi mase borak bgan bos, pasal penadol siam, dia kata ade beli sekilo, koi kata cantik sangat le tu, nanti ade masa boleh le gi nuba ikan. Ikan pun dah beranak pinak dah ni...lama tak gi buat aktiviti tu rasa gian pulak.....nanti boleh la koi cakap kat rodong2 boleh plan tempat baik punya...lagipun cuaca pun dah mula panas ni...molek sangat le ....

Sekian...

Sunday, June 14, 2009

Makan kenduri rodong koi kat Kepayang.

Salam....

Balik dari kebun tadi koi singgah kat rumah Amir, masa tu adelah Din dengan Kaduk tengah berborak sambil buang masa melepak. Pastu diaorang ajak gi ikut rombongan Usup kawin kat Kepayang. Koi pun balik la mandi dan ambil keta kancil dan pergi le ikut.

Ramai jugak lah kaum kerabat dan rodong2 Usup yang pergi, ada lah dalam 6,7 buah kereta. Sampai di sana koi tak tunggu lama, pergi makan nasi lah....tapi agak serabut sikit lah kenduri kat sana. Tempat makan dah lah agak sempit, pastu ada pulak kaum perempuan ni tak nak bangun dari tempat makan asyik nak berborak aje. Yang kome ni puaslah cari kerusi nak duduk.

Satu lagi nak basuh tangan pun susah, tempat basuh tangan pulak dalam satu bekas dan letak kat kawasan hidangan, orang pulak ramai....fuh memang serabut lah jadinye.

lantak la....janji koi dah makan, lepas tu balik la tunggu apa lagi.

Sampai kat rumah pulak, elektrik belum ada lagi. TNB servis enjin dan dari pukul 8 pagi sampai pukul 4 baru lah ade. Usah ceritalah, dahlah cuaca panas, dalam rumah pun panas, angin pun takde....tak dapat la nak tidur lena, berpeluh2 badan.

Yang si Hazim ni tak habis2 meragam, asyik nangis je....is..is........

sekian..

Friday, June 12, 2009

Bangunan yang tak mungkin boleh dicipta..


Salam...

Mai tengok lukisan ni, nampak simple je tapi boleh ke manusia dirikannya.....fikir2kan lah..
Koi pun pelik macam mana lah reka bentuknya ye !!!!

Thursday, June 11, 2009

Superman Tamil & Babi gergasi


Salam...

Hari ni koi takde benda nak tulis, hati dah le tak berapa cantik, jadi nak senangkan hati yang tak berapa senang ni koi tayangkan gambar superman Tamil yang tak lama lagi akan keluar pawagam dalam bulan 7 nanti....

Tengok le, gambar tu...mancho ape !!!!!!!


Pastu pulak mai tengok gambar babi gergasi ni...
Betul ke tak agaknya ....Ni kalau sondol kebun orang ni, takdan lama, 2,3 kali masuk...papalih ...terang....10 ekar.

Kisah ayam dengan kambing

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinyadengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya.Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo awok?

Kambing: Baik. Papalih awok yek ,ayam. Bukan main lagi . Awok nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya…..

Kambing: Apsal pulak?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak…

Wednesday, June 10, 2009

Hari Terbuka Pusat Jalurlebar Komuniti (F) Mayam..

Salam.....

Petang tadi, dalam pukul 2, koi pergilah balik kampung koi kat Mayam, tengok Hari Terbuka Pusat Jalurlebar Komuniti. Niat koi cuma satu, koi nak masuk kuiz ICT untuk kategori dewasa yang umurnya 20 tahun hingga 40 tahun..

Jadi, koi pun daftarlah nama, dalam sejam lebih barulah kuiz tu bermula...

Koi pun jawab le dengan penuh semangat dengan harapan dapat hadiah. Yang pergi sekali test minda, rodong koi Cikgu Yusri...

Bila diumumkan keputusan...papalih....tak sangkutpun name kome....ingatkan dapat juga tempat kelima ke, rupanya habis disapu oleh kaum perempuan je....koi pun tak kenei tah sape yang menang tu. Gamoknya geng yang buat pameran kot sebab masa ambil hadiah tu nampak puak2 buat jualan je...Sama ada geng Celcom, Maxis, Digi, Telekom...ade belaka...

Koi pun pelik juga, soalan kuiz tu suruh cari sekurang2nya 15 perkataan yang berkait dengan ICT dan multimedia, yang kome ni dapat sampai 18 perkataan. Gamoknye terlebih kot, sebab tu hakim reject...

Lantok la, kome pun bukan nak sangat hadiah tu, tapi saje je nak memeriahkan suasana. Maklumlah tu pertama kali diadakan di Mayam tu.

Selain tu, koi pergi juga lah test kesihatan, chek tekanan darah, kandungan gula dan kolestrol dalam darah.. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan normal. Tak macam rodong koi tu yang tahap kolestrol dalam darahnya di tahap 4...kira tahap jingga lah bahayanye tu.

program tu, penutupnya disempurnakan oleh YB Norulazali adun Guai, beriyelah berucapnya, tapi nampak orang ramai macam tak berapa nak dengar je. Gamoknye cuaca panas sangat kot, lagipun mungkin sistem pembesar suarau tak berapa nak cantik...

Satu lagi, yang jadi pengacara majlis tu Nazeri adik koi.....kira bangga juga la.....sebab keluarga koi ade juga yang dijemput menjadi sebahagian dari program tersebut...

Jadi.....dalam pukul 4 lebih, setelah semua pemenang tahu diumumkan, koi pun baliklah ke Purun........













Kompleks blok B kene serbu..

Salam....

Pagi tadi dalam pukul 11 lebih, tiba2 datang satu group remaja tah ngape tibe2 menyerbu kompleks kome untuk buat kerja menerangkan kawasan.

Kome pun apatah lagi suke sangatle, maklumlah ade orang yang tolong bersihkan kawasan kompleks ni yang sudah lama kome tak bersihkan secara gotong-royong. Maklumlah prengtan cuti sekolah ni, mane lah ade cikgu yang tinggal, hanya beberapa kerat aje yang ade, itupun sibuk ngan aktiviti masing2.

Rupe2nya group tu adalah pelajar Tingkatan 6 yang sedang mengikuti program Anugerah Remaja Perdana yang membolehkan deme tu melayakkan pingat gangsa. Jadi kredit hournya mesti melakukan khidmat bakti selama 8 jam. Maka, untuk melayakkan deme mendapatkan 8 jam tersebut, jadi kompleks kome lah jadi sasaran. Bapok le moleknya...paling tidakpun 2,3 bulan kome takyah susah2 bersihkan kawasan kompleks ni...maklum le, kome ni sebagai cikgu sibuk senalo....

Yang sebenornya bebudak ni di bawah seliaan Cikgu Azhar dan Pn. Dasimah. Padanlah beriye benor tala ke kompleks kome...bijak juga kepala otak suami isteri tu....dia pun senang kerja, kome pun dapat manfaatnye....takyah susah2, Kome hanya sediakan alatan dan perkakasan aje...tak susah sangat sebab cakap aje alatan ape nak, kome semua ade...maklumlah, kaki kebun belaka....

Pastu, apatah lagi terang benderang la kompleks kome ni. Dan yang dapat tempias juga blok C, sebabnya sebelah petang diaorang datang lagi untuk program ni....

Yang bestnya puak2 ni tak banyak cakap. Ikut je ape arahan boss mereka...suruh mesin, dia orang mesin, suruh racun, dia orang racun....

Ya la kot kalau melawan nanti, bahannya Cikgu Azhar gagalkan diaorang takkan naya...dah la penat2 buat kerja tiba2 tak dapat pulak hournya tu, sia2 je jadinya.

Apa2 pun sebagai penghuni kompleks blok B, kome amat mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Azhar suami isteri sebab membawa bebudak tu menolong bergotong-royong kawasan rumah kami ni. Paling tidakpun nampak ceria dan taklah serabut sangat macam sebelumnya.

Harapan kome, kalau ade program semacam ni lagi, serbu2 lah kawasan rumah kome ni.......yekkk
Kome amat mengalu2kan ......



Tuesday, June 9, 2009

Pisang paling nakal


Salam...

Apabila koi tengok gambar ni, koi rasa nak ketawa je.....lawok sungguh le kerektor pisang ni....jangan ade rodong2 koi buat gelagat cam pisang ni dah le...tak pasal2 nanti orang cas tak sihat pulak.........

Monday, June 8, 2009

Racun jangan tak racun..

Salam...

Fuh lega rasenye koi bila dah beres meracun lorong. Cume pangkal pokok belum habis lagi. Adik2 koi yang akan bereskan. Agak rumit sikit le sebab lama betul koi tak racun pangkal pokok tu. Rumput2 tu dah panjang benor. Kena tebas dulu pakai mesin kemudian baru racun pakai pam galas. Kalau tak nanti racun kena kat pelepah sawit.

Nasib baik le Manan dan Fatah tengah cuti panjang sempena cuti U, ade juga lah orang yang boleh bantu. bantu2 pun kira upah juga le...adik beradik, tak leh kira sangat....



























Tu nampak sangat letih nye budak berdua tu....baru jam 11 dah nak balik dah.....








Benda putih berlonggok tu dalam gambar kat bawah , kalau nak kenei tu lah getah buku namanye. Yang siap dikumpul sebelum dijual...Getah kepunyaan Aki Abu yang ditoreh oleh orang Mayam sebelah kebun sawit koi, adalah dalam seminggu diaorang noreh...duitnya adelah pulak dalam 200 ringgit kot, sebab mase ni harga getah dua ringgit lebih aje sekilo....



Agaknye kalau projek getah koi esok menjadi, dapat banyak ni dalam sehari noreh alangkah indahnya dunia........

Bilakah agaknya hari itu akan datang????


Sabor jelah...





Sunday, June 7, 2009

**Kena tipu koi ari ni....

Salam...

Mesin rumput koi takmboh hidup, koi ingat masalah koburator yang rosak. jadi koi pergilah hantor kat umah Amin karat suruh servis...ok la...lepas tu, memang hidup molek la...

Jadi, petang tadi ingatle nak mesin kat depan kompleks ni, maklumle kemuncup dah subur benor hidupnya...
Dengan semangatnye koi pun startlah mesin.....

Mesin punya mesin tak sampai satu minit......bus, bus, bus......enjin nya mati. Koi start lagi lah...molek hidupnya, mesin lah lagi...tak sampai satu minit.....bus, bus, bus...mati lagi. Ade juga 5, 6 kali jadi gitu...

Koi dah angin dah...benda pulak lah rosaknye masin ni....takkan koburator lagi... servis dah buat dah... Koi pun bukaklah pluck, kot kotor ke....memang ye pun, penuh minyak kat kepala pluck tu.. Jadi koi pun tukar dengan yang second yang ade koi simpan...ok lah dapatlah mesin dalam 2 minit....pas tu....mati lagi....

Koi ingat pluck tu tak molek kot, jadi koi start le motor gi kedai Ah Cheng beli pluck baru...
Koi pun tukar lah dan start balik. lega rasanya....".oooo masalah pluck rupenye mesin koi ni...."

Ingatkah ok dah, lega rasanya boleh le koi mesin rumput2 tu.....

Tak sampai 3 minit............la ....mati lagi......hampas betul....ingatkan pluck yang kotor, rupanya benda lain yang masalahnya.....

Koi pun start motor dan bawa mesin tu ke kedai pomen motor.....

Si pomen ni pun kata koburator kot masalahnya....koi ngangguk je....benda kita tak pandai tentang mesin ni....

Pas tu adalah dua puluh minit kemudian, pomen tupun bukak lah koburator....mase nak keluarkan minyak dalam tangki tu, tak de pun keluar minyak......rupa2nya............penutup mesin tu yang masalahnya.....sedei sangat rupanya.....padanlah asyik mati je....penutup yang asal pecah jadi koi tukar dengan penutup minyak tuti yang padan dengannya.....rupa2nya penutup tu kena ade lubang atau tok leh tutup rapat sangat baru udara dalamnya tak terlalu mampat.....oooo padan le bila press je mati, bila pres je mati.....minyak tak masuk mana tak mati....

La......ingatkan besar sangat masalahnya...rupa2 nya sedei sangat bendanya.......

Terkena koi ari ni....

Pandai orang ni melukis...

Salam...

Gone ye orang ni lukis, memang luar biasa lukisannye....
Tengok le camna kreatifnya orang ni....











Rintihan....Hambamu

(Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan doamu")

Saturday, June 6, 2009

Selesema khinzir...

GAMOKNYE BEGINIKAH SELESEMA BABI DISEBARKAN???



(Buat murid2 koi jangan cube2 nak tiru aksi seperti gambor kat atas tu.. nanti tak pasal2 beriye kene samok)


Catatan ini sempena hari pedooh sedunia yang jatuh pade hari ni....

Berikut adalah tanda-tanda wokme telah dijangkiti H1N1 atau demam babi.

1.) Badan awok rasa amat lah lemahnye, kaki semakin pendek, berat badan naik, dan tubuh bertukar pink.

2.) Hidung awok semakin ke depan dan lubang hidung meluas sebanyak 3 kali ganda.Pas tu asyik gian nak sondol orang ramai je...

3.) Telinga menjadi lebar, dan awok tidak dapat berhenti makan.

4.) Awok sentisa mengeluarkan bunyi seperti
'oink oink' atau 'gruk gruk'.

5.) Hingus berwarna putih berlendir pekat sentiasa keluar daripada mulut awok.

6.) Taring mula keluar dan membesar dari rahang bawah (bagi lelaki sahaja) .

7.) Awok mula memiliki ekor berpintal.

8.) Awok rasa nok berkubang sokmo.

9.) Orang yang menyentuh awok terus pergi samak.

10. Pastu pantang jumpe kebun orang, pasti nok sondol punye...

11. Kalau ade orang cerite pasal babi, awok rase nak maroh sokmo..

Jika wokme memiliki tanda-tanda seperti di atas, cepatlah gi jumpa dengan doktor haiwan terdekat atau Pak Murad yang tinggal kat blok 2 peringkat 3 Felda Purun, Triang Pahang.



Ikhlas,
Menteri Kesihatan Planet Garjus

(jangan guna istilah selesema babi - kecik hati die....

Sumber: rodong koi...ragbar-anekdot.blogspot.com/