Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, May 7, 2009

Moh Melawat projek Cikgu Saharul

Salam...
Dulu masa mula2 buat projek, orang kampung asyik tertanya2 je...gi manalah sokmo cikgu Saharul ni dengan pakaian macam baru balik dari kebun .....

Masa tu, mula2 berjinak2 nak tanam sawit buat kebun....lagi pun banyak kerja kena buat, terutama gi memerun...

Apabila koi singgah kat sebuah rumah yang selalu koi lalu di hadapannya, barulah makcik2 tu tahu yang koi ni buat kebun..dia ingat koi bela lembu...

Lepas tu bila dah tahu, tak kisah la....kalau jumpa pakcik2 yang biasa bergurau dengan koi, sokmo tanya pasal sawit...

"camna sawit awok? "....
koi jawab "macam tu lah"....tidak akan bertukar jadi getah lak" koi kata sambil melawok.

Tu cerita bulan 6 tahun 2007.

Ni setelah hampir 3 tahun berlalu, boleh dikatakan sebahagian besar cuti serta masa petang dihabiskan ke kebun sawit dengan harapan koi akan berjaya seperti peneroka yang tanam sendiri.

Setiap kali sampai kebun koi yang jaraknya lebih kurang 20 minit naik motor, rasa senang hati dan gembira tetap terasa walaupun hati gusar sokmo takut2 bencana yang tak disangka menimpa seperti yang koi ceritakan dalam tajuk blog lalu " Aku, Kebun sawit, dan usaha untuk berjaya"...

Daripada segi buat kerja , lebih baik lakukan sendiri seperti meracun dan membaja kerana koi mampu buatnya walaupun sesuatu kerja tu sampai berminggu2 baru habis...tapi koi puas hati.

Pembesaran pokok sawit dalam kebun koi ni macam2 ada....yang dah berbuah ada, yang baru nak keluar bunga ada, yang baru nak keluar sudip pun ada, yang macam nak mampus pun ada, yang baru tanam pun ada, yang tanam tapi tak besar2 pun ada ....

Maklumlah nak bagi baja mahal2 tak cukup duit, guna je baja biasa je......itupun Alhamdullillah ada juga koi beri makan..

Tapi dalam sekitar 70 % juga la yang boleh dikatakan berpotensi mengeluarkan hasil...30% lagi tu memakan masa sikit...sebab masalah tanah dan baka yang kurang baik.

Dari segi baka sawit lak....macam2 baka kawan tanam. Yang paling banyak baka dari Bukit Pensen, baja dari Risda Kg Awah, baka beli nusery Cina, dan baka pokok liar pun ada. Ikutdan je sebab masa tu nak sulam tapi benih takde...terpaksalah...


Malas lah nak cerita lagi.....

Ni lah gambar2 permadangan dalam kebun sawit koi ni... nampak je semak, tapi rumput2 aje yang banyak tu...






Yang atas tu bukannya pokok sawit tu....tu pokok ??????? yang sengaja koi tanam kat tepi paya...Pokok tu boleh membuatkan kita jadi lunai.......

Papalih.....bebudak sekarang ni...

Salam....

Papalih....budak2 sekarang ni..macam2 pesen ada, kebanyakannya banyak terarah kepada benda2 yang tak baik....

Percaya atau tidak ramai remaja belasan tahun dah pandai minum arak dan menganggap minuman tersebut sama seperti minuman2 lain. Kalau tak percaya tengok lah gambar ni.... sebahagian daripada botol2 arak yang bersepah2 dan dibuang merata2 setelah selesai habis diminum.

Lokasinya hanya di hadapan kompleks guru Purun aje...dan waktu biasanya sebelah malam.

Bagi kome yang tinggal di kompleks guru ni memang kome perasan pun, tapi dah tak larat nak tegur secara terus..maklumlah kan bebudak tu kalau dah mabuk, nanti takut pulak dikacaunya harta benda kita, kang kes naya pulak. Jadi kome ni beritahulah jaga asrama minta tolong nasihatkan...lagipun tempat dia orang minum tu pun berhampiran dengan asrama juga.

Yang peliknya, benda haram jadah tu amat senang diperolehi dan ada dijual di kedai India yang ada di Purun ini....yang menghairankan lagi, kedai tu manalah ada lesen menjual minuman keras, tapi boleh jual pulak. Yang lebih pelik lagi, kebanyakan pelanggannya adalah bebudak melayu yang sedang meningkat remaja sekitar usia 13 hingga 20 tahun.

Kalau ditanya, mengapa JKK, Polis, MDB, Pihak Jabatan Agama Islam, tak ambil tindakan... tak tahu la sebab apa...JKK Purun ni bukannya tak tahu , mungkin saja tak nak ambil tahu kot...mungkin mereka anggap bebudak2 yang minum arak tu ada mak ayah diaorang...buat apa sibuk2...agaknya la...

Pernah satu ketika dulu, ada kes mengamuk berlaku di kedai tersebut yang mana seorang budak melayu membaling objek keras kepada peniaga kedai India tu yang tak bagi budak tersebut membeli arak.. Mungkin budak melayu tersebut pernah berhutang ke, mencuri ke, tak tahu la kenapa.... ....
Lepas tu si tauke kedai tupun report polis....salah seorang pegawai polis pula semacam menyebelahi pula tauke kedai tu dan langsung tak ambil kisah pun mengapa jualan arak boleh berluasa di tempat melayu tinggal.

Memang menghairankan......mungkin ada sesuatu kot yang kita tidak ketahui di sebaliknya.

Kalau nak tahu, jenis arak yang diminum oleh wira2 hampas purun ni adalah sejenis alkohol yang amat berbahaya. Harganya memang murah sekitar RM3-7 je sebotol.

Utuk mendapatkan kesan yang high, mereka perlu meminum 2 atau 3 botol sekali gus. Rasanya pahit dan bau yang dikeluarkan memang kuat sehinggakan kita duduk sebelah pun boleh perasan.

Yang menyedihkan lagi .......pengemar2 arak ni adalah bekas anak didik kome sendiri...Masa diorang sekolah rendah, tak pernah mencuba minum arak ni, tapi bila dah naik sekolah menengah, boleh dikatakan tiap2 malam melepak kat situ sambil minum.

Bukannya kita orang tak nasihatkan...seingat koi, memang selalu juga pesan jangan minum arak, jangan hisap dadah, jangan cuba2 merokok......tapi masa tu sekolah rendah...bebudak lagi.

Tapi bila dah dewasa sikit, rodong2 pula ramai.....maka mudah la buat benda2 yang tak baik tu...
memang sedih....

Mengapa ye....mak ayah diaorang tak tahu ke ?

Entah lah....rasanya tahu kot, tapi dah tak boleh buat ape2. Zaman sekarang ni anak2 agaknya lebih berkuasa dari emak bapak.

Entah la...........takkan lah koi lak bagi ceramah kat diaorang.....bagi nasihat, marah cam kita ayah diaorang.....tak patut lak rasanya...cukup lah hanya tegur2 mana yang patut...nak ambil tindakan lebih baik pihak Jabatan Agama Islam Bera dengan kerjasama JKK Purun.

Tapi....sampai bila???

Sepatutnya langkah terbaik yang perlu dilakukan ialah menghalang dari arak tersebut dijual......kalau dah takde barang mungkin aktiviti tersebut makin berkurangan....kalau bekalan ada sokmo dan mudah lak didapati.............itulah jadinya......

Entahlah........apa yang koi dapat cakap...papalih awok.

Wednesday, May 6, 2009

Murid SK Purun luar biasa...

Salam......

Percaya atau tidak, beberapa orang murid sekolah Purun mempunyai satu kelebihan yang amat luar biasa. Dengan adanya bakat semulajadi dengan bantuan jurulatih yang tak tahu letih, murid2 Purun yang terpilih mempunyai kelebihan membuat memek muka yang sememangnya lucu, ada gaya tersendiri dan mengalahkan badut2 yang pernah kita tengok.

Kalau tak percaya, bukti di bawah menjelaskan segalanya.........


























































Betul tak ?....................................

Cerita Si Anak Ikan

Salam...

Ikan pun ada cerita........

Pada suatu hari, di sekitar lubuk tempat ikan2 berkumpul, dalam Sungai Palas berhampiran dengan Bukit Pensen, adalah berbelas ekor anak ikan sedang mendengar cerita aki ikan tentang bahayanya dunia luar terutama di kawasan2 tumpuan manusia memancing.

lalu diceritalah pada cucu2 ikan tentang satu dugaan yang amat besar dan kalau termakan dengan dugaan itu, alamat hidup tak lama lah di dalam sungai ini.

"Wahai cucu2 aku semua, ingatlah apabila kamu sudah dewasa nanti, kamu akan pergi ke kawasan lain untuk mencari makanan. Ingatlah.....jangan mudah terpedaya dengan umpanan2 yang menarik lagi berbagai2 bentuk yang menyebabkan kamu terliur dan lupa yang itu adalah satu perangkap."

Cerita nya aki ikan tu dengan penuh semangat...maklumlah dah tualah katakan...

lalu ditanya oleh seekor anak ikan yang agak agresif. " Ye ke aki, macam mana rupanya umpan-umpan yang nampak macam sedap tu sehingga boleh menyebabkan bahaya yang amat sangat? Tak kanlah ada makanan yang sedap2 dalam sungai ni yang ada bahayanya" .

" Tu la awok semua tak tahu, kita kat lubuk ni memang la selamat, sebab tiada manusia yang pernah ke sini. Ini nak cerita di luar kawasan tempat tinggal kita. Kat luar tu macam2 pesen ada, jangan cucu2 ingat semua makanan yang boleh didapati tu semuanya selamat belaka. Jangan mudah terpedaya dengan berbagai jenis umpan yang bergantungan di dalam air. Ada umpan cacing, cengkerik, tepung, udang2 kecil dan macam2 lagi makanan2 yang menyebabkan kamu hilang panduan." Kata aki ikan dengan penuh semangat nak bagi nasihat.

"Kalau kamu semua nak tahu, selepas kamu makan umpan yang bergantungan itu, kamu akan terasa sesuatu yang amat perit di tekak kamu, dengan sepantas kilat diri kamu akan terpelanting naik ke atas permukaan air. kamu akan tergantung di udara sebelum tangan2 kasar memegang kamu, mencekik badan kamu untuk mengeluarkan mata kail dari mulut kamu. Pada masa itu, tiada sesiapa yang dapat menolong kamu, dan kamu akan merasa penyeksaan yang amat sangat. Selepas itu, kamu akan dimasukkan ke dalam rajut yang kasar dan amat menyakitkan. Di situ, kamu akan mengidap kesakitan yang amat sangat sehingga suara kamu sudah tiada lagi. Lama kelamaan kamu akan lemas di darat. Pada masa itu, kamu akan rasa menyesal yang amat sangat. Tapi apa boleh buat, sudah tiada apa2 lagi yang boleh membantu kamu".

"Uh...dasyatnya aki, lepas tu apa lak terjadi?", tanya lagi seekor anak ikan.

"Selepas beberapa ketika kamu berada di dalam rajut, tibalah masa kamu dibawa pulang ke rumah manusia tersebut. Kemudian kamu akan terasa sesuatu yang tajam mengikis sisik2 yang cantik di badan kamu. Setelah habis semua sisik tersebut tanggal, muncung, ekor, dan sirip kamu akan dikerat-kerat. " Tak cukup dengan itu, perut kamu dibelah, segala isi perut kamu akan dikeluarkan, dan kamu akan dikelar2 seluruh badan kamu. Sungguh dasyat apa terjadi pada kamu sehinggakan kamu langsung tidak bergerak, dan membiarkan apa saja yang dilakukan kepada diri kamu".

"Setelah kamu dibersihkan, kamu akan dimasukkan ke dalam suatu bekas yang ada serbuk kuning dan putih. ketika kamu digaulkan dengan kedua2 serbuk itu, kamu akan terasa pedih yang tidak terkira sakitnya. "

"Beberapa ketika kemudian, kamu akan dimasukkan ke dalam kuali yang di dalamnya mengandungi minyak panas yang sedang mengelegak". Habis segala badan kamu menjadi garing. Setelah badan kamu digoreng, kamu akan dimakan oleh manusia2 itu tanpa belas kasihan".

" Dan akhirnya apa yang tinggal hanyalah tulang2 kamu yang sudah tidak memberi apa2 erti lagi kepada mereka. Maka, riwayat kamu berakhir di situ." Ceritanya lagi si aki ikan ni kepada cucu2nya dengan harapan cucunya dapat ingat apabila sudah dewasa kelak.

Selang beberapa bulan kemudian, maka dewasalah si anak ikan ini dan masing2 pun keluarlah dari lubuk mencari makanan.

Sedang mereka berenang2, maka ternampaklah seekor cacing yang begitu mengiurkan. Apa lagi, salah seekor anak ikan tersebut dengan pantas meluru kepada cacing tadi.

Melihatkan seekor anak ikan itu beriya2 nak makan umpan cacing itu, salah kawannya pun bersuara " heh....jangan makan cacing tu, umpan tu...ingat tak aki kita cakap masa kita kecil dulu".

" Tak de lah...aki kita tu sebenarnya penipu...takkan lah cacing sebegini dijadikan umpan. lagipun kita dah lama cari makanan, perut pun lapar".

Tanpa mengendah nasihat kawan2nya, si anak ikan yang degil ni pun terus melahap cacing tersebut. Tiba2 tekaknya terasa sesuatu yang tajam sedang mencengkamnya...apa lagi , meronta2 lah sambil meminta tolong....

Tapi apakan daya, kawan2 si anak ikan ni hanya dapat melihat saja tanpa nak beberbuat apa2...hanya tangisan air mata saja yang dapat dikeluarkan, bah kan melihat keadaan kawan mereka yang mengelupur kesakitan hendak melepaskan diri dari mata kail.

Bagi si anak ikan yang terpedaya, tergiang2 apa yang dinasihatkan oleh akinya dahulu yang pastinya adalah sesuatu yang benar sama sekali...tapi apakan daya........

Maka..... tamatlah riwayat si anak ikan yang tidak mendengar kata.....


sekian...

Monday, May 4, 2009

Belajar grafik.

Salam...

Sejak pandai sikit guna program Adobe Photoshop, koi minat lak buat sesuatu yang kalau nak dikira buang masa sampai berjam2 lamanya.

Tapi, kalau difikirkan, pada buang masa dengan tengok tv, lebih baik reka grafik yang boleh tingkatkan kemahiran.. manalah tahu ada gunanya esok lusa.

Maka dengan bertungkus lumus berjam2, siap le grafik yang tak berapa lawonya tapi bagi koi kira ok dah berbanding ngan orang lain yang langsung tak reti buat...

Hilang Ingatan ke ?

Salam....
Nak cerita sikit le pasal hilang ingatan ni. Bukannya kawan yang hilang ingatan, ni kisah murid2 kawan kat kelas 3 C iaitu kelas yang ada 'class'. (Kelas no 2 la...)

Dalam mesyuarat kurikulum baru2 ni ada beberapa guru yang mengajar subjek teras kat kelas tu mengadu yang murid kelas tu seakan-akan hilang ingatan..yalah kan baru ajar hari ni, esok dah lupa. Tu la yang sakit hati sangatnya. Bayangkan jadi cikgu mengajar murid cam gitu..dah le soal disiplin satu hal, nak mengajar pulak cam2 karenahnya.

Tahun lepas kawan ngajar Pendidikan Seni kat kelas tu...memang power, bila masuk je kelas tu...rasa tension pun bermula...tu baru ajar seni...dengan tak bawa kertas lukisannya, pensil warna hilang la, dan macam2 alasan malas nak buat...itu baru umur 8 tahun tu...

Apabila dah masuk Tahun 3, kawan kena ajar pulak Bahasa Melayu...fuh, memang satu cabaran yang dasyat...lagipun mana pernah kawan ajar BM tahap satu.

Nak katakan tak reti membaca, adalah sorang dua, yang lain tu ok gak bab membacanya, tapi tak tahu le apa yang diorang baca, apabila bagi soalan pemahaman je....lingkup.

Pernah dulu dua masa kawan ajar 'tanda baca' yang paling asas, misalnya kalau nak tulis ayat tu kena guna huruf besar bagi tiga perkara penting iaitu nama orang, permulaan ayat dan nama tempat. Dalam sehari dua ok la...bila kawan chek kerja mereka ..ramai yang betulnya...tapi dah masuk berbulan2.....tak jadi juga....macam tak belajar je...itulah yang dikatakan 'hilang Ingatan'

Satu lagi bab disiplin....memang susah nak kawal...kalau tahap 2 tu, sekali kawan bagi warning, semua takut dan diam....ni tak, sekejap aje diamnya pastu dengan bisingnya, suka merayau2 ke gaduh sesama sendiri ke dan macam2 lagi le...

Nak kawan denda kaw2, takut lak.. anak zaman sekarang ni bukannya zaman kome dulu, ni sikit punya hal mak ayah masuk campur.....cerita sana, cerita sini kisah anak dia kena denda.

Baru2 ni kawan conteng le beberapa orang murid yang tak siap kerja rumah dengan menggunakan pen...alahai bukannya conteng penuh muka, cuma buat tanda bulat kat dahi je....pastu, ada lak dengar cerita cikgu Saharul conteng muka anak dia....itu baru conteng pakai pen, agaknya kalau spray dengan cat lagi le.....masuk surat khabar kot.

Itu le masalahnya....

Faktor2 yang menyebabkan jadi gitu, entah le....gamaknya memang semulajadi kot...takpun keturunan dia memang cam gitu, atau otak hanya boleh berfikir setakat tu je....entah le

Walaubagaimana pun sebagai guru yang berdidikasi, kawan tetap pastikan mereka dapat ilmu sepatutnya....mana yang ok dan dengar nasihat tu, Alhamdulillah........ada peningkatan, tapi yang spesis melaun tu.....kawan kena bagi lebih sikit....

Itulah serba sedikit yang kawan dapat ceritakan tentang perangai murid kelas paling angun di SK Purun ni....

p.s : gambar murid yang tak pakai kasut tu namanya Helmi, tinggal ngan atuknya....dia tu antara murid dalam kelas ni yang paling aktif dan agresif yang menyebabkan guru sampai tahap maksima tensionnya....tu baru sorang, kalau satu kelas gitu...................?

Saturday, May 2, 2009

Catatan....Apabila Isteri pergi out station

BERMULA Pada hari ini, 2 MEI, ORANG umah kawan kena gi bawa student dia Masuk pertandingan rekacipta kat SM Jengka. Maka bermulalah hari2 yang ...

6.00 pagi
Isteri kejutkan, kata dia dah nak pergi sambil mencium tangan dan pipi...syok rasanya..
Kawanpun tanya kat dia...Baju dah gosok?..dia kata dah...Alhamdulillah....walaupun hari ini, esok masih cuti, tapi dia balik hari isnin. Kan hari tu dah keja..

9.00 pagi
Biasalah bila dapat kesempatan bangun lewat, maka kawan tidur lah puas-puas. Pas tu dengar suara anak perempuan kawan minta susu...kena la bangun buatkan. Pastu lak anak yang sulung minta nasi...ialahkan dah pukul 9 pagi, tentulah perut dia lapar. Kawan belek kat bilik, yang kecik sekali tengah tidur,,,tak lama tu sekejap lagi bangun la tu. Lepas mandi kawan pun gi le beli nasik kat kedai yang biasa kawan beli. Lepaas tu kawan cuci pingan mangkuk dalam singki dan salin air sejuk dalam botol..

11.00 pagi
Alah tensionnya la dengan perangai anak2. asyik nak gaduh je..ada je nak direbutkan...yang kawan ni kepala tak berapa nak lunai, asyik keluarkan amaran je pada mereka...sekejap aje...pas tu bising balik.
Untuk mengatasi masalah tersebut, kawan cakap kat diaorang ajak gi umah uwan dia ...boleh makan tengah hari...apa lagi suka sangat kalau dapat gi umah uwan. Kawan cakap tunggu dalam pukul 12 karang, baru gi sana.


12.20 tengah hari

Sampai je kat umah uwan, Nazeri ( adik kawan) tengah bersiap2 nak gi kenduri kat umah Pakcik Awang Kubur satu blok dengan mak kawan..ada juga terfikir nak pergi tapi mengenangkan keadaan anak2 yang tak sesuai pergi kenduri tu, kawan batalkan niat dan ajak anak2 gi umah nenek dia. Tu la untungnya kalau rumah emak dan mertua satu tempat..senang...

sampai je umah nenek dia, apalagi masuk le..nenek dia sedang menyapu sampah kat belakang umah.
Nenek diaorang ni macam paham2 je...lantas gi masak untuk makan tengah hari...lega rasanya..
lepas makan tengah hari, kawan ajak anak2 kawan balik Purun, nanti petang abah hantar semua tidur umah nenek malam ni. Dia orangpun setuju la..

6.00 petang
sampai je di umah nenek dia, kawan cakap kat anak2 nanti esok abah ambik...bukannya ape masa lalu kat simpang mayam , ada orang main catur kat kedai Shima..tempat tu best main sebab ramai star veteran..
kawan pun blah dan terus gi kedai tadi. kebetulan pula Yahya ada kat situ, kawan pun ajak dia main...dia memang pandai main yelah kan dah separuh abad main catur dan hari2 lak tu main kat situ...kawan ni bukannya ape saja nak test minda yang dah berkarat sebab dah tak lama main ni.

Main punya main...kalah lah kawan satu prame. nak main prem kedua, hari dan nak maghrib, maka start kereta...balik umah.

sampai je umah....selesai solat...buka je komputer dan aku tulislah apa yang nak ditulis. Lagipun anak2 ada kat umah nenek dia.

9.00 malam.
Sambil menulis blog, kawan tengok cerita Ceplos..kawan memang minat tengok cerita lawak camtu..pastu, kawan gi lak makan mee goreng kat kedai Wira...ramai lak orang.
Selesai makan, kawan gi lak rumah Abang Li main 400 ( main terup). kena rumah batu Pakndak ngan Cikgu Zul...baru dia tahu power nya kawan bila main permaianan tu...
apabila jam menunjukkan pukul 12 lebih balik dan sambung tulis blog untuk kali ini.

Hari esok cadangnya nak gi nuba ikan...

sekian....

Wednesday, April 22, 2009

Belajar buat banner

Salam .....Pada hari ini, satu kemahiran baru dapat aku pelajari iaitu belajar bagaimana membina banner dengan menggunakan program Adobe Photoshop yang dikira satu program grafik yang calang2 orang boleh gunakan.

Aku diminta oleh Guru Besar menghasilkan banner tersebut di mana PPD Bera mahukan semua sekolah menyediakan banner bagi mencapai sasaran Top Four yang disarankan di daerah ini.

Alhamdulillah, dengan berkat usaha akupun pergi berguru dengan kerani yang bertugas di Pusat Kegiatan Guru Bera ( namanya aku tak tanyapun), akhirnya berjaya juga aku siapkan banner tersebut walaupun tak sehebat mana.

Tapi yang pentingnya, aku dah tahu serba sedikit ilmu Photoshop tersebut walaupun hanya sekitar 60 % sahaja.

Ini lah banner yang aku dan kerani tersebut telah hasilkan...

Terima kasih kepada cik kerani PkG tu....




.

Monday, April 20, 2009

Hari bosan sedunia...

Ada satu ungkapan " Hari Bosan Sedunia " , bukanlah satu hari yang diraikan orang di serata dunia ataupun satu hari khusus yang diiktiraf dalam kalendar dunia, tetapi merujuk hari yang seseorang itu merasa bosan lain dari hari yang lain pada dan ketika itu...

Setiap orang akan merasa bosan, dan ada kalanya pada hari tertentu kebosanannya pada hari itu terserlah pada hari-hari yang lain.

Perkara yang menyebabkan perasaan bosan itu datang, mungkin melibatkan beberapa faktor. Paling ketaranya ialah nasib kita pada hari itu seakan-akan tidak menjadi seperti hari yang biasa.

Manusia tidak boleh menyalahkan takdir kerana itu sudah ketentuan Allah SWT. Manusia hanya perlu berusaha dan terus mengharapkan apa yang diusaha itu membuahkan hasil.

Selain faktor nasib yang tidak kita jangkakan, kemungkinan disebabkan tekanan atau stress sewaktu berhadapan dengan tugasan serta rutin harian. Tetapi, itu biasa,tiada orang yang tidak sibuk di dunia ini walaupun kita nampak dia tidak sibuk..tetapi dia sibuk sebenarnya, kita je yang tak tahu.

Faktor lain yang boleh kita andaikan dengan masalah bosan boleh dikaitkan dengan mood kita kala dan ketika itu. Biasanyalah...mood seseorang itu banyak dipengruhi oleh faktor kewangan yang menjadi 'satu perkara penting dalam kehidupan'. Kalau tidak percaya, kita lihat rakan2 kita sewaktu hari gaji....kebanyakannya mempunyai mood yang baik....berbanding dengan sewaktu poket tidak meriah....ada je yang tak kena..

Berbalik kepada topik kita tadi, hari bosan sedunia ini boleh dikatakan disambut pada tiap2 hari...tetapi bukan serentak pada semua orang..mungkin 1 juta, 2.5 juta ke...manalah tahu sebab penduduk di dunia ini ada berbilion2......
Hari seseorang itu datang paling tidak pun setahun sekali, malah kadang kala ada yang datang sebulan sekali, malah yang tiap-tiap hari pun ada. Bagi yang tidak reti buat apa2..

Merujuk pekara 'bosan' ni, merupakan kata adjektif yang merujuk kepada 'perasaan'. Sesuatu yang abstrak dan tidak dapat diukur secara objektif. Kita dapat lihat perasaan seseorang itu dengan merujuk kepada tingkah laku serta perbuatan.
kalau nampak meriah je dan kadang2 terlebih galakpun, itu tandanya seseorang itu tidak bosan pada hari itu, berbanding dengan tingkah laku pihak yang satu lagi ni yang menyebabkan kita juga merasa bosan. Apatah lagi yang empunyai diri.

Semoga anda pada hari ini bukanlah salah seorang yang menyambut "Hari Bosan Sedunia"

Sekian...
Catatan mengarut sempena "Hari Bosan Sedunia"

Saturday, April 18, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 2 ( LADAP)


Salam buat semua....
Alhamdulilah...baru2 sekolah aku di bawah unit LADAP telah mengadakan satu kursus kepada guru2 mengenai Pengintegrasian ICT dalam P&P yang mana satu syarat kepada kakitangan kerajaan untuk melengkapkan 7 hari berkursus dalam setahun.

Tambahan pula sebagai penyelaras LADAP sekolah, tanggungjawab mengelola kursus2 tersebut terletak di bahu aku.

Jadi, dengan title Penyelaras Bestari sekolah yang sememangnya tak seberapa banyak pun ilmu ICT, maka aku buatkan satu kursus kepada rakan2...rupa2nya sambutan amat menggalakkan...
kandungan kursus yang diterapkan adalah....

Pengurusan Makmal Komputer

a) Peraturan makmal

b) Penjagaan alatan

c) Penggunaan NetOp School

Rangkaian

a) Alamat Internet Protokol (IP)

b) Sharing file

c) Sharing printer


Pengurusan Anti Virus

a) Update anti virus

b) Scan file

c) Repair, modify dan remove anti virus


Microsoft Word 2003 dan 2007

a) Kaedah menghasilkan booklet, import picture, edit picture, table dan sebagainya dalam word 2003 dan 2007

b) Menyimpan file dalam word 2007 untuk dibuka dalam word 2003


Copy file .

Burning CD dan copy file dari CD


Zoom-a.com

a) Pendedahan secara umum .


Microsoft PowerPoint

a) Pendedahan secara ringkas

b) Menghasilkan bahan P&P menggunakan perisian PowerPoint .


Secara umumnya, objektif yang cuba aku terapkan adalah tercapai...dalam 80 % aje...OK le tu...

sekarang ini, dah ada 2 kursus dijalankan....ada 3 kali lagi....


Rupa2nya kawan2 aku ni pandai masa kursus je...lepas tu apabila ada masalah....aku juga yang dicarinya.


Setakat ini sebarang masalah ICT kat sekolah ni dapat aku selesaikan dengan baik....Alhamdullilah..



Itu semua memeningkan kepala aku je......

Sunday, April 12, 2009

ini lah keluarga aku...






Buat isteri dan anak2 ku....tanpa kamu semua.....alangkah sepinya hidup ini..